Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

15 Feb 2016

Lawatan Ke IRC

Seramai 8 orang staff Perpustakaan IPGKI  beserta 13 Rakan Perpustakaan dan 5 orang pensyarah telah bersama sama menyertai program lawatan ke Pusat Sumber Maklumat (IRC) Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Seri Iskandar, Perak pada 15 Februari 2016. Pelbagai Input input menarik telah dikongsikan bersama serta pertukaran maklumat mengenai perpustakaan telah dijalankan sewaktu program dijalankan. 





gambar 1: rakan perpustakaan IPGKI tiba


gambar 2: sesi taklimat 'briefing' berkaitan IRC


gambar 3: susunan rak di IRC

Gambar 4: Rakan perpustakaan IPGKI melihat persekitaran IRC

Gambar 5 : Rakan Kelab begambar bersama sama


Gambar 6: barisan warga IPGKI


Gambar 7: Pertukaran Cenderahati antara IRC dan IPGKI 


9 Feb 2016

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016





Kami dari unit Perpustakaan IPGKI  ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat malaysia terutamanya bagi kaum cina.



INFO: 
Tahun Baru Cina (Bahasa InggerisChinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
(sumber: 
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina)

5 Feb 2016

Pelancaran Buletin Perpustakaan

Pelancaran Buletin Perpustakaan telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung, IPGKI dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Februari 2016 tepat jam 8.00 pagi pada 05Februari2016 (Jumaat). Buletin ini diterbitkan dua bulan sekali bagi tujuan penyampaian maklumat mengenai hal-hal berkaitan perkhidmatan dan juga program yang telah dilaksanakan oleh unit perpustakaan kepada para pengguna. Semoga  dengan penerbitan buletin ini akan lebih memberi manfaat kepada pengguna khususnya warga IPGKI . Sebarang pendapat dan cadangan dialu-alukan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan IPGKI.




4 Feb 2016

TAHNIAH! staff Perpustakaan IPGKI selamat melahirkan bayi perempuan.

Alhamdulillah dan TAHNIAH diucapkan kepada staff Perpustakaan IPGKI, Pn. Salbiah Binti Mohd Noor dan suami atas kelahiran bayi perempuan mereka. Berita gembira ini telah dimaklumkan pada 2/2/2016 lalu. Pastinya Pn. Salbiah Binti Mohd Noor dan suami sedang berada dalam fasa teruja dengan kehadiran bayi Februari yang comel ini. Semoga si comel membesar dengan sihat.  Tahniah sekali lagi..... (:



1 Feb 2016

Buku terkini Februari 2016

McMurry, J. E. & Fay, R. C. (2012). Chemistry (6th Ed.)

Call no. 540 MCM

Chemistry has made our lives longer, safer and far more comfortable than they would be otherwise. the medicines, fertilizers, insecticides, adhesive, textile, dyes, building materials, and polymers that we take for granted are all product of the chemical industries.

Today’s students use textbooks differently than their predecessors. Chemistry, Sixth Edition is designed to map to the way students seek and process information. McMurry/Fay's text helps students and professors get to the heart of chemistry more effectively, and helps students see the connections to chemistry more clearly. 

    
(2015).Item contoh pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi sekolah rendah (1st ed.)


Call no. 371.209ITE

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan dan keupayaan belajar. Buku ini bertujuan untuk merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi. Buku ini diterbitkan dalam tiga bahasa dalam satu buku

Selamat Datang Pelajar Praktikal sesi Feb16-June16

Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

telah menerima dan mengalu-alukan kehadiran pelajar praktikal Sains Perpustakaan dari UiTM Kedah, Nur Farah Wahida Tarmizi. Terima Kasih diucapkan untuk memilih Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) sebagai tempat untuk menjalani latihan industri bermula pada 01 Februari 2016 sehingga 30 June 2016. Diharapkan pelajar tersebut dapat menimba pelbagai pengalaman sewaktu latihan indrusti dijalankan serta membantu dan memberi kerjasama yang memuaskan kepada staff dan juga unit Perpustakaan IPGKI.