Pada 23 Ogos 2016, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan En. Zul Fikri Zamir Bin Mohamad Munir setelah beliau selesai menyampaikan ceramah sempena Hari Integriti IPG Kampus Ipoh. Dalam kunjungan ini, beliau telah menyumbangkan 2 judul buku karya beliau iaitu "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang" (5 buah buku) dan "Masharakat Melawan Mahasiswa" (5 buah buku). Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang beliau berikan.
Koleksi Penerbitan
▼
PENERBITAN
▼
24 Aug 2016
Pameran Kemerdekaan
Kelihatan En. David (Pembantu Perpustakaan Kanan) sedang menampal keratan akhbar berkaitan dengan kemerdekaan. Beliau berharap para pengguna perpustakaan dapat menghayati dan memahami dengan mendalam makna kemerdekaan yang sebenarnya. Malahan, semua warga kampus harus bersyukur kerana hidup dalam suasana harmoni dan aman damai.
22 Aug 2016
Sambutan Kemerdekaan @Perpustakaan IPGKI
Sempena Bulan Kemerdekaan, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga tidak ketinggalan untuk menyambutnya dengan penuh meriah. Kelihatan En. Manogran sedang memasang bendera Malaysia di dalam perpustakaan dan di ruang legar perpustakaan. Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Selain itu, Unit perpustakaan juga mempamerkan bahan-bahan seperti foto dan artikel kemerdekaan di Foyer Perpustakaan. Diharapkan bahan-bahan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai kemerdekaan negara kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh
17 Aug 2016
Pembentangan Sesi Selari Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKI
Pada 16 Ogos 2016, Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin telah dipilih untuk menjadi pengerusi pembentangan sesi selari (Bilik Simulasi Bestari) dalam program Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Ipoh. Di Bilik Simulasi Bestari terdapat 4 kertas kerja dibentangkan. Pembentangnya ialah Pn. Hjh. Fatimah Bt. Ibrahim (Jabatan Pengajian Melayu), Dr. Mohd Razimi Bin Husin (JAPIM), En. Mohd Syambari Bin Othman (SK Seri Samudera) dan En. Murugiah A/L Velayutham (Jabatan Matematik).
8 Aug 2016
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 / 1437 H
Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh tidak ketinggalan meraikannya dengan meriah. Semua staf saling bekerjasama menyediakan juadah bagi meraikan tetamu yang diundang. Masing-masing membawa makanan dan minuman yang telah ditetapkan. Pelbagai makanan disediakan seperti ketupat, rendang ayam, nasi kerabu, rojak, bihun goreng tomyam dan banyak lagi.
Unit perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran para tetamu jemputan (penyumbang akhbar dan majalah), para pensyarah dan staf sokongan yang lain.
Galeri Sejarah IPG Kampus Ipoh @Perpustakaan IPGKI
Unit Sejarah (Jabatan Sains Sosial) dibawah seliaan En. Azmi Bin Mohamad Jalani telah meletakkan maklumat atau sejarah penubuhan IPG Kampus Ipoh di ruang hadapan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Ruang ini dinamakan 'Galeri Sejarah IPG Kampus Ipoh'.
Diharapkan pelbagai maklumat akan diperoleh oleh pengunjung yang berkunjung ke Galeri Sejarah ini. Tahniah dan terima kasih kepada En. Azmi B. Mohamad Jalani, En. Badrul Hisham B. Ahmad Sukar, Sallehuddin B. Yahaya dan En. Manogran a/l Suppiah diatas kerjasama dan usaha yang telah diberikan.
4 Aug 2016
Program Menterjemah Judul Buku Bahasa Cina bersama Unit Pengajian Cina
Pada 03 Ogos 2016, Unit Pengajian Cina IPG Kampus Ipoh telah mengadakan kerjasama dengan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menterjemahkan tajuk buku-buku bahasa Cina ke tulisan rumi. Tujuannya untuk memudahkan staf perpustakaan memasukkan data atau maklumat ke dalam sistem pinjaman. Dengan cara ini akan memudahkan guru pelatih membuat pinjaman. Program menterjemah judul ini disertai oleh pelajar dari Unit S2 dibawah seliaan Cik Lam Siew Tai.
Program Bicara Buku Sesi Ke-5
Program Bicara Buku Sesi Ke-5 telah diadakan ada 03 Ogos 2016 bersama pensyarah Puan Kanakambal A/P Velusamy (Jabatan Bahasa) dan dua orang pelajar dari Unit R5 iaitu Cik Thaatchaayani A/P Muthumanikam dan Cik Uganeswary A/P Muthu.
Program ini diadakan pada hari Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar dan pensyarah.
Program bicara buku pada ini terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama dimulakan dengan ulasan buku oleh Puan Kanakambal A/P Velusamy dengan sebuah novel berbahasa Inggeris berjudul 'To Sir With Love. Novel ini mengisahkan seorang guru bernama Sidney Poitier yang menyedari bahawa murid-muridnya perlu diajarkan pelajaran hidup yang lebih penting daripada kurikulum yang telah ada. Beliau melempar keluar semua rencana pembelajaran konvensional yang telah ia susun dan membuat pengaruh yang nyata dan luar biasa terhadap kehidupan peribadi para muridnya.
Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Cik Thaatchaayani A/P Muthumanikam dengan novel karya Haslisa Ramli yang berjudul Cerita Satu Impian. Novel ini mengisahkan semangat kegigihan Dr. Harlina yang sentiasa bergelumang dengan pancaroba dan akhirnya segala kesulitan hidupnya dapat di atasi.
Pada sesi ketiga pula diteruskan dengan Cik Uganeswary A/P Muthu dengan novel berbahasa Tamil yang berjudul 'Aritaaram Poosamale'. Novel yang berlatarkan kisah benar ini mengisahkan kehidupan perjalanan seorang wanita yang diceritakan bermula dari kisah sewaktu kanak-kanak hingga ke dewasa. Setiap pengorbanan yang ditempuh oleh Rani telah menjadikan beliau seorang wanita yang tabah.
Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan pemberian sijil oleh Ketua Unit Perpustakaan, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin kepada ketiga-tiga orang penyampai bicara buku tersebut. Tahniah diucapkan di atas sumbangan yang diberikan oleh ketiga-tiga pembicara buku pada sesi kali ini.