Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Jul 2017

Program Bicara Karya Dr. Zabidin Hj. Ismail

Pada 29 Julai 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Persatuan Karyawan Perak telah mengadakan Program Bicara Karya Dr. Zabidin Hj. Ismail bertempat di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Program ini dihadiri oleh guru pelatih IPG Kampus Ipoh, staff IPG Kampus Ipoh dan wakil-wakil pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak serta Persatuan Karyawan Perak. 

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Nazari bin Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengangkat karya-karya Zabidin bin Hj. ismail berdasarkan analisis para pembentang kertas kerja. Objektif kedua ialah melalui program ini dapatlah berkongsi maklumat dan idea di kalangan peserta. Objektif ketiga ialah memberi motivasi kepada audiens untuk menulis dengan bersungguh-sungguh dalam berkarya. 

Secara rasionalnya, program ini penting untuk pensyarah/audiens untuk memantapkan jati diri dan sikap berdikari berlandaskan karya Zabidin Hj Ismail. Selain itu, para peserta dapat menimba pengalaman para pensyarah berdasarkan analisis karya dan seterusnya dapatlah menambah ilmu pengetahuan dalam menghasilkan karya yang berkualiti.  Panel-panel pembentang dalam program ini terdiri daripada  Dr. Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh), Pn. Norehan bt Muhamad (Pensyarah Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh/Persatuan Karyawan Perak), Hj. Hamdan bin Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu /Persatuan Karyawan Perak), Chai Loon Guan (Munsyi Dewan/Persatuan Karyawan Perak) dan Prof.Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin (Pensyarah Kesusasteraan Melayu, UPSI). 

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik sepertimana yang dirancang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada panel pembentang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Tn. Hj. Jalani bin Hussain


Sepanjang dua minggu ini, bermula pada 31 Julai 2017 hingga 11 Ogos 2017, koleksi bahan bacaan Tn. Hj. Jalani bin Hussain meneruskan Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sebanyak 64 buah buku kepunyaan beliau yang dipamerkan. Sesuai dengan bidang beliau buku-buku bacaan beliau kebanyakannya adalah tentang matematik dan pendidikan. Tetapi terdapat juga buku tentang pengurusan, motivasi dan agama. Semoga para pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dapat memanafaatkan pameran ini.


Terima kasih Tn. Hj. Jalani atas kesudian dan kerjasama yang diberikan.

26 Jul 2017

Program English Language In Eary Childhood Edu Forum


Pada 20 Julai 2017, bertempat di Dewan Seri Tanjung UPSI telah diadakan Program English Language In Eary Childhood Edu Forum. Penceramah dalam program tersebut terdiri daripada Puan Vikneswari Kathigamu (Head program & senior lecturer in early childhood edu) Quest International Uni Perak, Dr. Mazlina Che Mustafa (Fakulti Pembangunan Manusia /Timbalan Pengarah National Child Development and Research Center,  UPSI) dan Tuan Hj  Mohammad Nazari (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak). Manakala Dr. Nordin Mamat (Dekan hal Ehwal Pelajar /pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia) adalah moderator program. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan baik.



Hari Inovasi & Kreativiti Peringkat IPG Kampus Ipoh


Pada 25 Julai 2017 IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Hari Inovasi & Kreativiti yang dirasmikan oleh Dr. Mohd Nasrudin bin Basar, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Syabas kepada semua pihak yang menyertainya. Semoga semua warga IPG Kampus Ipoh lebih maju lagi ke hadapan.

21 Jul 2017

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said

Pada 17 - 21 Julai 2017, koleksi bahan bacaan En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said telah dipamerkan di ruang pameran Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sempena Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah. Sesuai dengan bidang beliau, semua buku-buku bacaan beliau terbitan dalam bahasa Inggeris. Antara buku-buku yang beliau pamerkan ialah The Choice : Islam and Christianity by Ahmed Deedat, The Malayan Emergency : Revisited 1948 - 1960 dan banyak lagi. Terdapat juga buku biografi seperti A Doctor In The House : The Memoir Of Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Gerrard My Autobiography.
Buat para pengunjung Pusat Sumber, jangan lepaskan peluang melihat sendiri dan mengambil input positif daripada pameran ini.


Sambutan Aidil Fitri 2017


Tahniah buat Unit Pusat Sumber dan Jabatan Teknologi Pendidikan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017 peringkat IPG Kampus Ipoh. Gerai ini bertemakan 'raya dalam taman' akhirnya menambat hati para juri sebagai pemenangi tempat kedua Pertandingan Gerai Tercantik. Syabas dan Terima kasih buat En. Rosli Ngah dan team yang membina gerai sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017 ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


18 Jul 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 ~ Tahniah Dr. Nazri dan Pn. Mardziah


18 Julai 2017 - IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 bertempat di Dewan Seri Tanjung. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan IPG Kampus Ipoh di atas kecemerlangan menggalas tugas-tugas yang diamanahkan. Anugerah ini disampaikan oleh Tn.Haji Kamarulizham bin Hazizi , Pengarah IPG Kampus Ipoh. Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 khususnya kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Mardziah Bt Abdul Ghaffar (kakitangan Unit Pusat Sumber). Semoga penghargaan ini memberi semangat kepada yang lain untuk terus komited dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.

17 Jul 2017

Perbincangan Akhir Seminar Bicara Karya Dr. Zabidin Haji Ismail

Pada 16 Julai 2017, bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Unit Pusat Sumber diwakili oleh Dr. Nazri bin Zainuddin bersama Hj. Hamdan bin Yaakub telah bertemu dan berbincang dengan Dr. Zabidin bin Hj. Ismail berkaitan program pada 29 Julai 2017 ini. Perbincangan akhir ini adalah untuk menambah baik program tersebut dan penyerahan cek daripada pihak Persatuan Karyawan Perak demi melancarkan program tersebut.

Taklimat Kepada Guru Pelatih Ambilan Jun 2017

Pada 12 Julai 2017, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan dibantu oleh En. David, En.Manogran dan Pn. Asrofah telah mengendalikan taklimat kepada guru pelatih baharu ambilan Jun 2017. Seramai 160 orang guru pelatih telah mengikuti taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan untuk memberi informasi kepada mereka tentang fungsi, peraturan, kemudahan yang disediakan serta staf-staf yang bertugas di Pusat Sumber.

Program Bicara Buku Siri 2/2017

Pada 12 Julai 2017, Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku Siri 2/2017. Pembicara buku pada kali ini ialah En. Mohd Hafidz bin Osman (Pensyarah Unit Ko-Kurikulum), Anbumalar a/p Subramaniam (guru pelatih Unit R5). Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga para audien mendapat input-input baharu hasil program yang dijalankan ini.

10 Jul 2017

Pertemuan Dengan Presiden Persatuan Karyawan Perak

Pada 9 Julai 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd. Nazri Bin Zainuddin bersama Hj. Hamdan bin Yaakub (Jabatan Pengajian Melayu) telah mengunjungi Presiden Persatuan Karyawan Perak iaitu  Dr. Hj. Zabidin bin Hj. Ismail. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan program yang akan berlangsung pada 29 Julai 2017. Pelbagai maklumat dan percambahan idea telah di kongsi bersama untuk memantapkan lagi perjalanan program tersebut. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi dalam usaha mengangkat karya-karya tempatan, khususnya karyawan di Negeri Perak ini.

NBOS dengan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Pada 5 Julai 2017, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin ( Ketua Unit Pusat Sumber) dan Hj. Hamdan bin Yaakub (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) telah berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri Perak. Pertemuan telah diadakan dengan Hj. Mohammad Nazari Bin Hj. Abdul Hamid (Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak) untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah Program Bicara Buku Karya Dr. Hj. Zabidin Hj. Ismail (Presiden Persatuan Karyawan Perak). Kata sepakat telah dicapai iaitu seperti ketetapan berikut : 

Nama Program:
Bicara Buku Karya Dr. Hj. Zabidin Hj. Ismail
Tarih /Hari:
29 Julai 2017 / Sabtu
Masa
9.00 pagi - 12 tengah hari
Tempat
Dewan Mini Teater,
IPG Kampus Ipoh.

5 Jul 2017

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Pn. Norlia Bt Mat Esa

Pada minggu ini 3 - 7 Julai 2017, koleksi bahan bacaan Pn. Norlia binti Mat Esa (Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan) pula memenuhi ruang pameran Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Buku-buku menarik yang beliau pamerkan seperti Eksiklopedia Al-Qur'an, Ensiklopedia Solat, sejarah tamadun Mesir  dan buku yang berunsurkan motivasi. Selain itu, terdapat juga buku catatan memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Sheikh Muszaphar Shukor. Kepada para pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh, jangan lepaskan peluang bersama memanafaatkan pameran ini. 

Terima kasih Pn.Norlia atas kerjasama ini.

4 Jul 2017

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Tuan Haji Ahmad bin Ahmad Rusdi

Pada 19 - 23 Jun 2017, Tuan Haji Ahmad Bin Ahmad Rusdi (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) telah mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang beliau berikan. 
Semoga pameran ini memberi manafaat dan inspirasi kepada pengunjung Pusat Sumber.

Program Jom Ngaji

Pada 18 Jun 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bersama 20 orang guru pelatih telah dijemput untuk menyertai Program Jom Ngaji yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta.

Program tersebut bermula pada jam 10.30pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Selepas bacaan surah Yaasin, tazkirah telah disampaikan oleh guru pelatih iaitu En. Mohd Lokman.

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. Zainal Abidin bin Sulaiman

En. Zainal Abidin bin Sulaiman (Pensyarah Unit Ko-Kurikulum) telah mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau pada 13 - 16 Jun 2017 di ruang pameran Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Semoga para pengunjung Pusat Sumber beroleh manafaat melalui pameran tersebut.

Terima kasih En. Zainal Abidin ☺☺☺

Taklimat Pusat Sumber Kepada Guru Pelatih PISMP Unit S

Pada 14 Jun 2017, En. Rosli Bin Ngah (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber i) dan En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan Pusat Sumber kepada guru-guru pelatih PISMP Unit S. Taklimat tersebut meliputi kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber, disiplin dan peraturan serta koleksi-koleksi buku yang ada di Pusat Sumber.

Program Bicara Buku Siri 1/2017

Pada 21 Jun 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku Siri 1/2017. Program ini di adakan pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

Pembicara buku pada hari tersebut ialah Pn. Kanakambal a/p Velusamy, Pn. Rajeswari a/p Vellu Pillai dan Pn. Nor Hasni Bt Yoep Ghazali. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran audiens seramai 70 orang. Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Sumbangan Tesis (Kajian Tindakan) Guru Pelatih Unit M


Guru-guru pelatih Unit M di IPG Kampus Ipoh telah menyumbangkan tesis (kajian tindakan) mereka kepada Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mereka telah menamatkan pengajian mereka selama 5 tahun di sini. Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan diberikan. Semoga mereka berjaya menjadi guru-guru yang dedikasi dan memajukan anak bangsa.

Taklimat Pusat Sumber Kepada Pelajar-Pelajar Program DPLI-KDC


Pada 6 Jun 2017, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah memberi taklimat kepada pelajar-pelajar baharu Program DPLI-KDC Ambilan Jun 2017. Taklimat disampaikan berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna. Selain itu borang keahlian turut diedarkan kepada pelajar-pelajar DPLI-KDC.