Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

12 Mar 2018

Pameran Inovasi : "Menyelesaikan Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME"

Mulai 12/3/2018 hingga 5/4/2018, Kumpulan Wadah (Jabatan Pengajian Melayu) yang dianggotai oleh Pn. Hjh Norehan bt Muhamad, En. Ruslan bin Abdullah, En. Ahmad Fazil bin Zainal Abidin dan Pn. Rozita bt Omar mempamerkan bahan inovasi yang bertajuk "Menyelesaikan  Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME" di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

Oleh itu, Dr/Tuan/Puan yang berkelapangan masa adalah dijemput ke Pusat Sumber untuk menyaksikan pameran tersebut. Sekian, terima kasih.

8 Mar 2018

Program Pinjaman Antara Perpustakaan


Pada 8 Mac 2018, En. David a/l Rayappan mewakili Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah ke Perpustakaan Za'ba IPG Kampus Tuanku Bainun  atas Program Pinjaman Antara Perpustakaan. Program ini sangat penting bagi memenuhi keperluan pengguna Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh terutamanya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Za'ba IPG Tuanku Bainun atas kerjasama ini. Syabas buat En.David a/l Rayappan atas komitmen yang diberikan. 

Sumbangan Buletin GEMA Edisi 2/2017. Vol.7

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Karyawan Perak kerana sudi menyumbangkan 7 naskhah buletin GEMA  Edisi 2/2017. Vol.7 terbitan Persatuan Karyawan Perak. Di antara maklumat yang terdapat di dalam buletin tersebut:

1. Program Bicara Karya; Zabidin Hj Ismail yang diadakan di IPG Kampus Ipoh pada 29 Julai 2017 anjuran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.
2. Pelancaran buku "Monolog Jiwa" karya Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Hj Hamdan bin Yaakub.
3. Sajak "Pyrex Ros Hadiah Buat Bonda" karya Pn. Hjh Norehan bt Muhamad (Jabatan Peng. Melayu)

Semua warga IPG Kampus Ipoh di alu-alukan mengunjungi Pusat Sumber untuk melihat sendiri dan membaca buletin ini.



6 Mar 2018

Proses Kerja : Keratan Akhbar


Setiap hari En. David a/l Rayappan akan meneliti dan memastikan keratan akhbar yang akan dikongsikan dengan pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Selepas itu, Pn. Rafidah bt Mohd Aris akan menggunting dan mengasingkan keratan akhbar yang telah dipilih oleh En. David. Langkah terakhir, Pn, Nazariah bt Mat Mizar akan memaparkan di papan kenyataan sebelum dijilid untuk dijadikan bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sehubungan itu, terima kasih kepada para Pensyarah IPG Kampus Ipoh atas sumbangan langganan surat khabar yang sangat memberi manafaat kepada semua pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

Program Memartabatkan Kesenian Tempatan




Pada 4 Mac 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan bin Yaakub, Hjh Nor Hashimah bt Mohamed Said telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan deklamasi sajak kategori remaja sempena "Program Memartabatkan Kesenian Tempatan" anjuran Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Hulu Kinta. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

  Johan: Siti Nur Farah Atirah bt Abdul Fatah
  Naib Johan: Nor Aida Nadzirah bt Md Subri
  Ketiga: Nur Ain bt Abu Abas

Selain pertandingan deklamasi sajak, terdapat juga pertandingan-pertandingan lain seperti batu seremban, gubahan sirih junjung, anyaman ketupat, lontaran kasih sayang, lipatan kain batik, melukis poster, pakaian beragam dan pertandingan kolaj. Terdapat juga persembahan keroncong dari IPG Kampus Ipoh pimpinan Hj Meor Zahidi, tarian sewang, tulisan khat dan marhaban. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Aminuddin bin Hj Md Hanafiah (ADUN Hulu Kinta).

Bengkel Literasi Media dan Maklumat 2018



Pada 5 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Media dan Maklumat. Bengkel tersebut di adakan di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh. Terdapat dua sesi dalam bengkel tersebut iaitu sesi pagi dikendalikan oleh Cik Noorzaimah Binti Razali manakala sesi petang dikendalikan oleh Cik Nur Aishah Binti Che Raimi. Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Ipoh dan seorang pegawai daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang menghadiri bengkel ini. 

Bengkel ini memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang maklumat di hujung jari. Selain itu, Penceramah juga berkongsi bagaimana menggunakan maklumat yang relevan dan selamat yang tidak melanggar undang-undang seperti penggunaan jurnal ilmiah. Melalui applikasi Overdrive  pula, pengguna dapat membuat pinjaman buku secara online dengan sangat mudah. Aplikasi ini juga menyediakan perkhidmatan koleksi berbentuk audio yang sesuai untuk pengguna Orang Kelainan Upaya (OKU). Keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak pendedahan kepada pengguna dalam mengggunakan maklumat seharian dan mengenal pasti maklumat yang sahih.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada penceramah daripada PNM atas kerjasama yang diberikan. Syabas diucapkan kepada pihak urusetia bengkel ini yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan dibantu oleh En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). 

5 Mar 2018

Sejambak Budi : Sempena Pertukaran Pn. Asrofah bt Anuas dan En. Manogran

Pada 2 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan jamuan Sejambak Budi sempena pertukaran Pn. Asrofah bin Anuas dan En. Manogran a/l Suppiyah. Turut mengalu-alukan kehadiran Pn. Rafidah binti Mat Aris dan Pn. Nazariah binti Mat Nizar di dalam Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Asrofah dan En. Manogran atas kerjasama dan komitmen sepanjang bertugas di Pusat Sumber ini. 

1 Mar 2018

Aktiviti Pameran Bahan Bacaan Koleksi Peribadi Pensyarah : Pn. Hanizah Abdul Bahar


Pada bulan Mac 2018 ini, Pn. Hanizah Abdul Bahar mempamerkan buku-buku bacaan peribadi beliau di ruang pameran Pusat Sumber Ipgki . Buku-buku beliau pamerkan berunsurkan muzik, keagamaan dan motivasi. Semoga semua pengunjung Pusat Sumber dapat memanafaatkan aktiviti pameran ini. 

Terima kasih Pn. Hanizah Abdul Bahar atas kerjasama yang Puan berikan.

Pesta Buku Bos Gaurus 2018



Pada 1 Mac 2018, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) telah mengunjugi Pesta Buku Bos Gaurus 2018 di Pasaraya Mydin Meru. Pihak Pusat Sumber berkesempatan mengikuti Ceramah Pengenalan "The Perak's Young Writers" dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengunjungi booth jualan buku.

Gambar lain klik Pesta Buku Bos Gaurus 2018