Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

16 Aug 2018

Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Sumber Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta


Lawatan penanda arasan ke Pusat Sumber Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta telah diadakan pada 15 Ogos 2018. Seramai 7 orang rakan Pusat Sumber IPGKI yang terpilih telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh kakitangan Pusat Sumber IPGKI iaitu yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Sabariah Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan), Pn. Nasima binti Addul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nazariah binti Mat Nizar (Pembantu Operasi).
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ahli Rakan Pusat Sumber IPGKI berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Akademik disamping dapat mengeratkan silaturahim kedua buah pusat sumber.
Pusat Sumber IPGKI merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Halim (Penolong Pustakawan) dan seluruh kakitangan Pusat Sumber ILKKM kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi maklumat yang berinfomasi untuk dibawa pulang bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI.
Semoga lawatan ini memberi impak yang positif dan meningkatkan motivasi kakitangan Pusat Sumber IPGKI.


Gambar lain :Lawatan Penanda Aras 2018

Pertandingan Kuiz Mencabar Minda



Jawatankuasa PPPM 2013-2025 IPGKI bekerjasama dengan Pusat Sumber IPGKI telah menjalankan Pertandingan Kuiz Mencabar Minda pada 15 Ogos 2018.

Seramai lebih dari 30 orang pelajar IPGKI yang menyertai pertandingan yang diadakan di dalam Pusat Sumber IPGKI. Johan bagi pertandingan ini adalah Adik Atavan dari Unit S5, Naib Juara dimenangi oleh Adik Ainin Sofiya dari Unit T5 dan tempat ketiga dimenangi oleh adik  Lim Chiaw Chia Huai dari Unit S3. Tahniah kepada semua pemenang dan penerima saguhati seramai 5 orang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PPPM, Dr. Wong Kiet Wah.


15 Aug 2018

Mesyuarat Program Puisi Tiang Lampu 2018


Pada 14 Ogos 2018 telah diadakan mesyuarat AJK Program Malam Puisi Tiang Lampu bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan program yang dirancang. Malahan, pembahagian tugas AJK juga disenaraikan agar dapat melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Lain : Mesyuarat Program Puisi Tiang Lampu 2018

Selamat Bertugas di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh : Pn. Hayati Mat Desa


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat datang kepada Pn. Hayati bt Mat Desa ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau datang melaporkan diri pada 1 Ogos 2018 ke Unit Pusat Sumber bagi membantu Dr. Mohd Nazri (Ketua Unit Pusat Sumber) dalam bidang tugas aktiviti / program dan disiplin guru pelatih. Semoga kehadiran Pn. Hayati dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

14 Aug 2018

Pengumuman : Pertandingan Mencipta Sajak Hari Kebangsaan Ke-61

Unit Pusat Sumber mempelawa semua guru pelatih mencipta sajak sempena Hari Kebangsaan Ke-61. Semoga sajak yang dihasilkan dapat menimbulkan perasaan cintakan tanahair. Malahan, melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat guru pelatih dalam bidang kesusasteraan. 



Program Kelas Bahasa Cina



Pada 13.08.2018 ~ Unit Pusat Sumber Ipgki dengan kerjasama guru pelatih DPLI Beijing telah menganjurkan Program Kelas Bahasa Cina. Program ini diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini turut dihadiri Dr. Yahya Osman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh). Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah, pegawai dan guru pelatih yang turut serta program ini. Diharapkan, program ini dapat memberi manafaat kepada para peserta. Syabas kepada semua AJK Program Kelas Bahasa Cina yang komited dalam melaksanakan program ini dengan jayanya


Gambar lain : Program Kelas Bahasa Cina

Dekorasi Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh


Pihak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang memberi sumbangan kewangan dalam Program Deko-Deko UPS. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Saba Khairuddin Pn. Nasimah Nes Nasimah , Pn. Nazariah Mizar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Gambar lain : Dekorasi Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

Wacana Karya : Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub



Pada 11 Ogos 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Wacana Karya : Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub. Program tersebut diadakan di MIni Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini dirasmikan oleh Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Seramai 90 orang yang menghadiri program tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah yang turut hadir . Alhamdulillah program tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Syabas kepada semua AJK Wacana Karya yang terdiri daripada Pegawai dan kakiktangan Pusat Sumber serta para pelajar DPLI Beijing

Gambar lain : Wacana Karya : Dr. Nazri & En. Hamdan

10 Aug 2018

Bengkel Literasi Maklumat : Unit U4, U5, U6 dan U7


Pada 10 Ogos 2018, seramai 60 orang guru pelatih dari Unit U4, U5, U6 dan U7 telah hadir ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menyertai "Bengkel Literasi Maklumat" yang disampaikan oleh Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin). Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal dan Pn. Nazariah Bt Mizar. Bengkel ini memberi tunjuk ajar dalam melayari jurnal online secara percuma.  Guru pelatih berasa seronok dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel ini. Pelbagai maklumat dan info terkini diperoleh hasil daripada bengkel tersebut. Harapan Unit Pusat Sumber, semoga bengkel tersebut dapat memberi impak positif kepada para guru pelatih untuk membantu mereka menyiapkan tugasan dan tesis.

Taklimat Ringkas Kepada AJK Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan

Pada 9 Ogos 2018, telah diadakan taklimat ringkas kepada AJK Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Taklimat tersebut diadakan untuk mengetahui perkembangan tugas yang telah dilaksanakan oleh setiap AJK. Masing-masing AJK memaklumkan perkembangan terkini dan persiapan yang dilakukan. Untuk makluman semua, Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj hamdan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

        Tarikh             : 11 Ogos 2018 (Sabtu)
        Masa              : 8.30 pg -12.00 t/hari
        Tempat           : Mini Teater, IPG Kampus Ipoh

         Perasmi        : Prof. Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis
         Panel pembentang  : 1. En. Badrul Hisham bin Ghazali (IPGK Raja Melewar)
                                            2. Dr. Roslan bin Chin (USM)
                                            3. Dr. Nordiana bt Ab. Jabar (UMK)
                                            4. Dr. Nor Hasimah bt Ismail (UUM)

Oleh itu, pihak AJK program menjemput semua untuk hadir sekiranya berkelapangan masa.

8 Aug 2018

Perbincangan Lanjutan Program Kelas Pengenalan Bahasa Cina

Pada 8 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diadakan pertemuan dan perbincangan di antara Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), En. Yu Chee Han (Pensyarah Bahasa Cina) bersama beberapa orang pelajar DPLI Beijing. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas pengenalan bahasa Cina kepada guru pelatih major Bahasa Melayu. Dengan adanya kelas ini, akan menambahkan lagi kemahiran berbahasa dalam kalangan guru pelatih. Semoga kelas yang akan diadakan ini berjaya dilaksanakan.


Pemilihan Tokoh Nilam 2018 PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara


Pada 7 dan 8 Ogos 2018, pihak PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara  mengadakan "Pemilihan Tokoh Nilam 2018" .
Unit Pusat Sumber berasa bangga dan teruja kerana PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara telah memilih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sebagai tempat program tersebut. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) mengalu-alukan dan menyokong penuh program tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) turut terlibat sama dalam sesi bengkel "Literasi Maklumat". Terima kasih dan tahniah Pn. Sabariah.

7 Aug 2018

Mengibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan Ke-61


Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar DPLI Beijing. Pada 6 Ogos 2018, seramai 5 orang (Aliffa, Arina Safwah, Satriah dan Mohd Hazimin) kerana membantu menghiasi Pusat Sumber dengan Jalur Gemilang. Semoga usaha baik mereka menjadi contoh kepada generasi muda lain sebagai tanda mencintai tanahair.

Perbincangan Pelaksanaan Program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan

Pada 2 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus telah diadakan perbincangan di antara Penolong Ketua Unit Pusat Sumber  2 (Pn. Hayati bt Desa) dan Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin) dengan 2 orang guru pelatih DPLI Beijing (Aliffa dan Alia) tentang pelaksanaan program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan AJK pelaksana dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Semoga perbincangan tersebut dapat melancarkan lagi program yang dirancang.