
Koleksi Penerbitan
▼
PENERBITAN
▼
31 Jan 2019
Kolokium Pendidikan 2019 anjuran bersama PROSPEN IPG Kampus Ipoh dan PROSPEN IPG Kampus Darulaman

23 Jan 2019
Program Bicara Buku Siri 1/2019
Pada 23 Januari 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku Siri 1/2019. Program ini diselia oleh Pn. Hayati Bt Mat Desa . Turut dibantu oleh Pn. Nor'Azah Bt Abdul Aziz dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). Seramai 38 orang guru pelatih menghadiri program ini.
Pn. Liew Phaik Hoon (Pensyarah IPGKI) mengisi slot pertama dengan buku bertajuk 'The Food Houglass' karya Dr. Krish Verburgh. Beliau berkongsi mengenai pengambilan pemakanan sihat.
Manakala slot kedua yang bertajuk 'How Not To Die' oleh Dr.Jan Garavaglia. Slot kedua ini disampaikan oleh Pn. Sellina Liew (Pensyarah IPGKI). Slot ketiga disi oleh Cik Sanggertana a/p Kulanthavelu yang bertajuk 'Misteri di Darjeeling' dan slot keempat disampaikan oleh Cik Kasvina a/p Chelva Kumar dengan novel bahasa Tamil yang bertajuk "Kesunyian Yang Indah".
Sijil penghargaan disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPGKI) kepada pembicara buku. Semoga dengan program ini audien mendapat manafaat untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian.
Gambar lain : Program Bicara Buku Siri 1/2019
22 Jan 2019
Ops Disember 2018
Sepanjang bulan Disember 2018, kakitangan Unit Perpustakaan telah bergotong royong :
- Mengecat semula troli-troli buku yang lama dan kelihatan lusuh.
- Mengecat dinding di Kaunter Pinjaman / Pemulangan buku
- Menyisihkan buku-buku, majalah dan buletin lama dan tidak relevan lagi sebagai rujukan di Perpustakaan.
- Mengasingkan buku-buku yang akan dilupuskan.
- Menyusun semula kedudukan rak buku bahasa Tamil, Malaysiana, Buku Teks dan Fiksyen
- Menyusun semula koleksi buletin, jurnal dan laporan tahunan di Bilik Rujukan.
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPGKI) merakamkan jutaan terima kasih kepada staff IPGKI ( En. Mohd Uzir, En. Mustafa bin Isram dan Pn. Asrofah bt Anuas ) yang turut membantu menjayakan operasi ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pensyarah yang memberi sumbangan kewangan untuk membeli cat. Semoga Allah SWT membalas kemurahan dan kebaikan hati beliau dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Gambar lain : Ops Disember 2018
18 Jan 2019
Perbincangan Aktiviti Bersama Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra

Pada 17 Januari 2019 , jam 3.00 petang - 4.00 petang - Pn. Hayati Bt Mat Desa, Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz dan Pn. Sabariah Bt Khairuddin telah ke Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra untuk mengadakan perbincangan aktiviti dalam program yang akan datang. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insyah Allah...
17 Jan 2019
Dekorasi Unit Perpustakaan IPGKI

Pada 15 Januari 2019 , En. Yu Chee Han (Pensyarah IPGKI) telah berkongsi idea dalam mendekorasi Unit Perpustakaan yang berkonsepkan masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina. Beliau dibantu oleh seorang guru pelatih. Unit Perpustakaan IPGKI berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada En . Yu Chee Han atas kerjasama yang diberikan.
14 Jan 2019
Sumbangan Buku 2019 : Terima kasih Dr. Arulnanthan a/l Visurasam

Program Galakan Membaca 2019
Pada 14 Januari 2019 (Isnin), Pn. Hayati bt Mat Desa (Penolong Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) telah memulakan Program Galakan Membaca di IPG Kampus Ipoh dengan membaca akhbar di hadapan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Beliau membaca dengan menggunakan mikrofon supaya warga IPG Kampus Ipoh mendengar dengan jelas dan berkongsi ilmu melalui pembacaannya itu. Semoga usaha ini dapat menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh sama ada para pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih dapat membudayakan sikap minat membaca
Sumbangan Buku 2019 : Terima Kasih En. Azmi bin Mohamad

Pada 14 Januari 2019 (Isnin), En. Azmi bin Mohamad (Ketua Unit Kajian Sosial, Jabatan Sains Sosial) IPG Kampus Ipoh telah menyumbangkan jurnal "Cultural & Social History" volume 15 Issue 1 (Februari 2018) dan Issue 2 (Mei 2018) kepada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Diharapkan sumbangan jurnal ini dapat dijadikan rujukan kepada pensyarah / para pelajar / guru pelatih khususnya bidang sejarah dan kajian sosial. Terima kasih. En. Azmi bin Mohamad.
Program Lingo Outreach 2019
Pada 12 Januari 2019 bertempat di SK Perpaduan, Ulu Kinta telah diadakan Program Lingo Outreach. Program ini diadakan dengan kerjasama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan SK Perpaduan. Program ini telah dihadiri 102 murid tahun 6 SK Perpaduan dan dibantu seramai 29 orang guru pelatih opsyen B. Inggeris IPG Kampus Ipoh (unit R2 dan R3). Program ini adalah di bawah seliaan Pn. Nor 'Azah bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Perpustakaan) dan dibantu oleh Pn. Hayati bt Mat Desa (Penolong Ketua Unit Perpustakaan). Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid bertutur dalam B. Inggeris di samping memberi keyakinan diri supaya berkomunikasi B. Inggeris sesama rakan-rakan mereka. Program ini telah dihadiri oleh Pn. Rogayah bt Pilus (Guru Besar SK Perpaduan), En. Nizam (PK HEM SK Perpaduan), Pn. Anne Marie (Ketua Panitia B. Inggeris SK Perpaduan), AJK PIBG SK Perpaduan, Ibu bapa dan guru-guru SK Perpaduan. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh). Semoga program ini memberi impak positif kepada para peserta.
Gambar lain :
11 Jan 2019
Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber KPM, Putrajaya

Pada 13.12.2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Sabariah Khairuddin (Pustakawan) dan disertai oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan Unit Pusat Sumber dengan lebih baik. Selain itu, lawatan ini dapat mengeratkan ukhwah sesama Pegawai dan kakitangan Pusat Sumber. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dalam perkhidmatan Pusat Sumber yang cemerlang. Insyah Allah...
Gambar lain : Lawatan Penanda Aras Putrajaya