Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

25 Feb 2019

Program Bicara Karya : Prof.Emeritus Bukhari Lubis, Tabir Alam dan Sabariah Bahari


Dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Karya : Prof. Emeritus Bukhari Lubis, Tabir Alam dan Sabariah Bahari. Program ini diadakan pada 23 Februari 2019 (Hari Sabtu), bertempat di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh. Seramai 60 orang menghadiri program tersebut. 4 orang terdiri daripada Pembentang program. Program ini membicarakan karya-karya Prof. Emeritus Bukhari Lubis, Tabir Alam dan Sabariah Bahari yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Semoga apa yang dibicarakan dalam program ini dapat memupuk aura positif kepada penonton. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Program ini.

Gambar lain : Bicara Karya 2019

23 Feb 2019

Bengkel Komunikasi dan Pengurusan Maklumat



Pada 22 Februari 2019 bertempat di Bilik Diskusi, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah diadakan Bengkel Komunikasi dan Pengurusan Maklumat yang disampaikan oleh Dr. Anna Wong (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan). Peserta bengkel ini terdiri daripada guru pelatih DPLI PPC 1 (Beijing) seramai 15 orang. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Anna Wong kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta bengkel. Dr. Mohd  Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Anna Wong. Terima kasih Dr. Anna Wong.

19 Feb 2019

Sumbangan Buku 2019 : Dr. Arulnanthan Visurasam


Pada 19 Februari 2019, Dr. Arulnathan Visurasam (pensyarah Pengajian Tamil) IPG Kampus Ipoh telah menyumbangkan hasil penulisan beliau sendiri bertajuk "Researh In Educatian: An Introducion" dalam versi Bahasa Tamil. Menurut beliau, buku ini merupakan merupakan terbitan yang pertama kali diterbitkan di Malaysia khususnya dalam bidang penyelidikan dalam Bahasa Tamil. Tahniah dan terima kasih Dr. Arulnathan.

Lawatan Tapak Ke SK Muhammad Saman, Manjung dan SK Ayer Tawar


Pada 18 Februari 2019, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) bersama Pn. Hayati Mat Desa (Pen. Ketua Unit  Pusat Sumber II) dan Pn. Nor Hasni Yeop Ghazali (pensyarah B. Inggeris)  telah mengadakan lawatan tapak ke SK Muhammad Saman, Manjung dan SK Ayer Tawar. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat lokasi dan mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi mengadakan Program Language Camp / Fun Learning. Program ini diadakan di antara Unit Perpustakaan dan Unit Bahasa Inggeris IPG Kampus Ipoh dengan SK Muhammad Saman dan SK Ayer Tawar. Semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah.


Lawatan Penanda Arasan 2019 Ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM Sintok, Kedah

Pada 17 Februari 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah , UUM Sintok, Kedah. Rombongan ini disertai seramai 26 orang yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan Rakan Perpustakaan. Rombongan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah disambut baik oleh pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Hayati Binti Mat Desa (Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan dibantu oleh Pn. Nor' Azah Bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber III) serta Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM banyak berkongsi ilmu dan maklumat dalam pengurusan perpustakaan bukan sahaja koleksi buku, malah pengurusan digital serta elektronik dan juga arkib. Pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah turut berkongsi idea dalam menggerak fungsi Perpustakaan bukan sahaja dikenali dengan koleksi buku tetapi fungsi sebagai tempat pembelajaran yang baik dan selesa sesuai dengan keperluan dan kehendak pengguna masa kini. 

18 Feb 2019

Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Perlis

Pada 16 Februari 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Perlis. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Pn. Hayati Binti Mat Desa (Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan dibantu oleh Pn. Nor' Azah Bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber III) dan Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Rombongan ini disertai seramai 26 orang yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan Rakan Perpustakaan. Rombongan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah disambut baik oleh pihak Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP. Banyak perkongsian maklumat dalam pengurusan perpustakaan yang dapat dimanafaatkan sesuai dengan keperluan pengguna.