Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

8 Mar 2019

Program Bicara Buku Siri 2 /2019



Pada 8 Mac 2019 (Jumaat), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku Siri 2/2019  di Ruang Bacaan Perpustakaan. Program ini bermula jam 8.30 pagi - 9.30 pagi. Seramai 67 orang guru pelatih menghadiri program ini. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan guru pelatih yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan. Beliau menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pembicara buku.


Slot pertama program disampaikan oleh Dr. Baskaran a/l Kannan (Pensyarah IPG Kampus Ipoh). Beliau berkongsi pembacaan bertajuk 'Kecerdasan Emosi'.
Slot kedua disampaikan oleh  guru pelatih Dinesvary a/p Thangayah dari Unit R5. Beliau membicarakan buku yang berjudul 'Rindu Sekampung' . Manakala slot ketiga yang berjudul 'Anthima Kalam' disampaikan oleh Shaarumathi a/p Arjunan, Unit R5. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada pengacara program cik Meera a/p Seenivasan.


Semoga program ini dapat membantu guru-guru pelatih untuk berucap dengan lebih yakin di hadapan audiens. Selain itu, program ini adalah salah satu ruang untuk mengeratkan silaturrahim semua guru pelatih tidak kira perbezaan agama dan bangsa. Akhir sekali, program ini juga membantu memupuk sikap suka membaca di kalangan guru-guru pelatih dan seterusnya menggalakkan berkunjung ke Perpustakaan .




7 Mar 2019

Promosi Penggunaan Pangkalan Data Atas Talian Di Portal e-Perpustakaan IPGM

 


🏻Anda memerlukan Bahan Rujukan Ilmiah / Islamik/ Pendidikan /dll πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ»  sila masuk di link berikut:...πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

http: //elib.ipg.edu.my 
πŸ‘‡πŸ»
Login Online Journal 
1⃣
Username πŸ‘‰πŸ»ipgki1
Password  πŸ‘‰πŸ»ipgki@1

*ATAU*
2⃣
Username πŸ‘‰πŸ»ipgki2
Password  πŸ‘‰πŸ»ipgki@2
*ATAU*
3⃣
Username πŸ‘‰πŸ»ipgm1
Password πŸ‘‰πŸ»ipgm@1
*ATAU*
4⃣
Username πŸ‘‰πŸ»ipgm2
Password πŸ‘‰πŸ»ipgm@2

πŸ‘‰πŸ»Tekan  *Log  In*

Bahan Rujukan ada dalam ni...tekan link  πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

πŸ“Œ *EMERALD PUBLISHING*
πŸ“Œ *UDL ISLAMIC*
πŸ“Œ *i-FOCUS*
πŸ“Œ *ERIC*
πŸ“Œ *MCC MyJurnal*

NOTA: dari Meja Perpustakaan 
IPG Kampus Ipoh
6 Mac 2019

#SILA VIRALKAN..
πŸ†•    πŸ†’    πŸ†“    πŸ†™ ®  πŸŽ“  πŸ“š    πŸ—‚   πŸ“  ↔   Ⓜ   ↔

6 Mar 2019

Kursus Bilik Pembelajaran Abad Ke-21 dan NILAM



Pada 5 Mac 2019 (Selasa) ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Perak telah mengadakan Kursus Bilik Pembelajaran Abad Ke-21 dan NILAM bertempat di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Seramai 29 orang guru pelatih menghadiri kursus tersebut. Kursus ini disampaikan oleh Pn. Azatus Sakhia Binti Shakir Maskhor (Pegawai BTP). Sijil Penghargaan kepada Penceramah disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh).

Beliau berkongsi ilmu pengetahuan tentang peranan sebagai guru di sekolah selain daripada aspek pengajaran. Termasuklah menyediakan bilik pembelajaran yang dapat mewujudkan rasa seronok ke sekolah dalam diri anak-anak murid. Ini dapat menggalakkan kehadiran anak-anak murid ke sekolah. Pelbagai sudut diwujudkan di dalam kelas seperti Info, Sudut Membaca dan lain-lain. Beliau juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih memberi idea melakarkan kelas mengikut kumpulan.

Selain itu, beliau juga menerangkan program NILAM di sekolah. Dalam program NILAM tidak tertumpu kepada buku sahaja, bahan bacaan bukan buku juga boleh dicatatkan di dalam buku program NILAM dan di sahkan oleh guru ataupun ibubapa. 

Keseluruhannya, kursus ini sangat sesuai kepada guru-guru pelatih sebagai pendedahan awal sebelum menempuhi profesion guru yang sebenar di sekolah.

2 Mar 2019

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)



Pada 2 Mac 2019 (Sabtu) ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertempat di Ruang Bacaan Perpustakaan IPGKI. Kursus ini disampaikan oleh Pn. Maiyumi Binti Ahmat (Pustakawan IPGM) dan telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Seramai 20 orang guru pelatih yang menghadiri kursus ini. Kursus ini diselia oleh Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan IPGKI) dan turut dibantu oleh Pn. Nasimah Binti Abdul Jal (Pembantu Pustakawan). Kursus ini memberi pendedahan awal tentang pengurusan asas pusat sumber. Pn. Maiyumi juga berkongsi pengetahuan dari aspek mengklasifikasikan koleksi Perpustakaan bagi memudahkan pengguna Perpustakaan membuat carian semula. Kursus ini memberi manafaat kepada guru-guru pelatih terutamanya apabila bertugas di sekolah kelak.

Gambar lain : Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Gambar Kenangan Organisasi Unit Perpustakaan IPGKI Bagi Sesi 2019


Duduk dari kanan : Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan) , Pn. Hayati Bt Mat Desa ( Penolong Ketua Pusat Sumber II) , Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber ) , Pn. Nor'Azah Binti Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber III) dan En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan)

Berdiri dari kanan : Pn. Nasimah Binti Abdul Jal (Pembantu Pustakawan), Pn. Nazariah Binti Mat Mizar , En. Mustafa bin Isram, Pn. Asrofah Binti Anuas.

Pada 1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah bergambar kenangan bagi sesi 2019 ini. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) telah mengingatkan agar semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan ini dapat berkerjasama dan bertugas dalam suasana yang harmoni.

Selamat Datang Ke Perpustakaan IPGKI : Pn. Maiyumi Binti Ahmat (Pustakawan IPGM)


Pada 1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan menerima kunjungan Pn. Maiyumi binti Ahmat (Pustakawan IPGM). Beliau disambut mesra oleh Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan IPGKI) , Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz, Pn. Nasimah Binti Abdul Jal, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan En. David a/l Rayappan. Kunjungan beliau ke Perpustakaan IPGKI adalah untuk melihat tempat kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang akan berlangsung pada 2.3.2019. Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan perpustakaan. Pihak Unit Perpustakaan berbesar hati dengan kunjungan beliau ke Perpustakaan IPGKI ini.

1 Mar 2019

Menterjemah Katalog Awalan 2019 : Buku Bahasa Arab


1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan Ipgki merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Fouzai bin Yusof (Pensyarah IPGKI) atas kerjasama beliau dalam menterjemah bahasa Arab bagi memudahkan pihak Perpustakaan membuat proses katalog awalan sebelum buku tersebut diklasifikasi sebagai rujukan kepada pengguna. Beliau dibantu oleh En. Mustafa bin Isram.