Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Apr 2019

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2019


Program “Jom Baca Bersama 10 Minit 2019” ini telah diadakan pada 23 April 2019 (Selasa) sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Di peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program ini dijayakan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Batu Lapan Ulu Kinta.
Antara aktiviti pengisian sebelum kemuncak Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah : 

🌷1. Pertandingan Kuiz Bina Kata
🌷2. Pertandingan Impromptu Speech (Pidato Spontan)
🌷3. Pertandingan Kolaj Untuk Prasekolah Seri Mawar IPGKI.
🌷4. Penyampaian hadiah kepada Pemenang Kuiz 
🌷5. Penyampaian Hadiah kepada Tokoh Membaca 2019 ( mengikut kategori iaitu pelajar, pensyarah/pengawai pengurusan dan staff). Tokoh Membaca 2019 ialah Chin Kian Rong, Nayyah Mat Din, Nursyafyqa Nortamizi, En Faizal Hakimi, En. Kunaseelan, Pn. Shuwaibah dan Pn. Azura bt Bahrain
🌷6. Selain itu turut diumumkan Pemenang Teka Bilangan Kacang sempena Karnival Pendidikan 2019 iaitu En.Zahrullail Bin Si Rajab.
🌷7. Penyerahan pinjaman pukal antara Perpustakaan Desa Batu 8 dan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Alhamdulillah, terima kasih kepada warga IPG Kampus Ipoh dan Perpustakaan Desa Batu 8 di atas penglibatan serta kerjasama yang diberikan.

22 Apr 2019

Program Bicara Karya : Shapiai Muhammad Ramly



Pada hari ini 20 April 2019 (sabtu) jam 8.30pagi hingga 1 tengah hari - dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor , Unit Perpustakaan Ipgki telah menganjurkan Program Bicara Karya : Shapiai Muhammad Ramly. Seramai 63 orang guru pelatih yang menghadiri program ini. Turut hadir Pn. Radiah (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan En. Hairi Yahya (Pensyarah IPG Kampus Ipoh). Program ini dirasmikan oleh En. Amiruddin bin Md Ali Hanafiah, Ketua 1 Persatuan Penulis Johor. Melalui program ini , para pembentang berkongsi pembacaan dan analisis mengenai karya Shapiai Muhammad Ramly. Karya beliau menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Termasuklah aspek hubungan manusia dan Maha Pencipta. Seramai 6 orang Pembentang dalam program ini terdiri daripada Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh), En.Badrul Hisham bin Ghazali (Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar), Dr. Hasrina Binti Baharum ( Pensyarah UPSI), Dr.Kanakambal a/p Velusamy (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Pn. Hayati binti Mat Desa (Pensyarah IPG Kampus Ipoh).

Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPGKI) merakamkan jutaan terima kasih kepada guru pelatih dan pensyarah yang hadir dalam program ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan kerjasama team Unit Perpustakaan IPGKI yang komited dalam memastikan program ini berjalan dengan baik sepertimana yang dirancang.

Gambar lain : Program Bicara Karya Shapiai Muhammad Ramly

10 Apr 2019

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris 2019 : Peringkat Saringan


Pada 10 April 2019 - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Hayati Mat Desa (Penolong Ketua Unit Perpustakaan I) dan Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Perpustakaan II) dan 2 orang Pensyarah IPGKI iaitu Dr. Kanakambal a/p Velusamy serta Pn. Hasni bt Yoep Ghazali telah dilantik menjadi juri dalam peringkat saringan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris 2019 anjuran Unit Perpustakaan IPg Kampus Ipoh kerjasama Unit BTPN Perak. Peringkat saringan ini diadakan di BTPN Perak. Pertandingan ini diadakan sempena Pesta Buku Negeri Perak 2019

Seramai 28 orang pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua peserta pertandingan atas kesungguhan yang diberikan.

9 Apr 2019

Karnival Pendidikan 2019


Pada 9 April 2019, IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Karnival Pendidikan 2019. Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh jabatan akademik. Di peringkat Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, telah mengadakan aktiviti Promosi portal u-pustaka , 'Teka Bilangan Kacang' , Jualan buku terbitan pensyarah IPGM dan jualan makanan 'oden'.

Link berikut adalah rakaman lensa sekitar booth Perpustakaan IPG Kampus Ipoh semasa  Karnival Pendidikan 2019

4 Apr 2019

Sumbangan Buku 2019 : daripada Masjid An-Nur , Batu 8 Hulu Kinta, Perak

Pada 7 Mac 2019, Pn. Nor'Azah Bt Abdul Aziz  mewakili Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) telah menerima sumbangan 10 naskhah Al-Qur'an dan beberapa naskhah buku agama Islam daripada pihak Masjid An-Nur Batu 8 Hulu Kinta, Perak. Pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ini.