Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Nov 2019

Program Hari Bersama Komuniti 2019


29.11.2019 Pusat Internet Kg.Tersusun Batu 8 telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti. Program ini di rasmikan Oleh En. Abdul Razak ,Penghulu Mukim Ulu Kinta. Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Batu 8. Warga IPGKI telah di pelawa turut serta dalam program tersebut. Seramai 11 orang kakitangan IPGKI yang menyertai aktivit dalam program tersebut. Antaranya ialah Gubahan Tuala, Kahoot Game, Cabutan Bertuah dan Pemeriksaan Kesihatan. Sempena program tersebut, pihak Ar-Rahnu memberi perkhidmatan mencuci emas secara percuma. Selain itu, pihak SSPN juga membuka kaunter pendaftaran dan memperkenalkan plan SSPN-i .

Tahniah kepada semua ðŸŒ¹ðŸŒ¹ðŸŒ¹

27 Nov 2019

Ops Cuti Akhir Tahun 2019

27 November 2019. Sepanjang cuti akhir tahun ini, semua staf perpustakaan IPG Kampus Ipoh bertungkus-lumus menyusun semula buku-buku dan tesis agar lebih kemas, teratur dan tersusun rapi. Ini akan memudahkan para pengguna perpustakaan mencari buku atau tesis dengan pantas.

25 Nov 2019

Kemudahan Internet Streamyx di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


Pada 25 Nov 2019, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menaik taraf rangkaian di Unit Perpustakaan. Satu unit Access Point telah dipasang di Bilik ICT bagi memastikan warga kampus dapat menikmati Pada 25 Nov 2019, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menaik taraf rangkaian di Unit Perpustakaan. Satu unit Access Point telah dipasang di Bilik ICT bagi memastikan warga kampus dapat menikmati kemudahan internet Streamyx dengan lebih lancar dan laju. ini juga menjadi alternatif sekiranya internet sediada iaitu Perkhidmatan MyGov*Net mengalami gangguan capaian.
Diharapkan dengan adanya kemudahan ini dapat membantu pensyarah mencari info dan maklumat dengan lebih pantas. Guru pelatih pula dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan kerana sumber rujukan hanya di hujung jari sahaja.
Imbas Pautan Pantas ini untuk mengakses kata laluan. 

12 Nov 2019

Taman Berkarya Siri 3 / 2019



Alhamdulillah..Unit Perpustakaan Ipgki telah berjaya menerbitkan Taman Berkarya Siri 3 /2019 dengan jayanya. Penerbitan ini menghimpunkan sumbangan karya Pensyarah dan guru pelatih IPG Kamnpus Ipoh. Teks penuh Taman Berkarya Siri 3 /2019 ini dapat dicapai melalui link ini


Taman Berkarya Siri 3/2019

11 Nov 2019

Kunjungan En. Dariah (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Tuanku Bainun)


11 November 2019. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan En. Dariah (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Tuanku Bainun). Pelbagai perkara dibincangkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan. Semoga kolaborasi ini dapat dimantapkan lagi agar idea-idea baharu dapat diketengahkan.



7 Nov 2019

Sumbangan Buku 2019 : Cik Wan Nadiah bt Sazali



7.11.2019, Cik Wan Nadiah bt Sazali telah menyumbangkan sebuah buku karya beliau bersama rakan iaitu Siti Aminah Abdul Aziz. Buku tersebut bertajuk 'Komik Tatabahasa Mudah: Tahun 4.5.6 KSSR'. Sumbangan ini diterima oleh Puan Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Buku ini sangat sesuai kepada anak-anak tahap 2. Penyampaian yang santai dan mudah difahami, buku ini juga berwarna dan berilustrasi dapat menarik minat membaca di kalangan anak-anak. Tuan/Puan bolehlah berkunjung ke Perpustakaan untuk melihat sendiri buku tersebut.

Terima Kasih Cik Wan Nadiah ðŸŒ¹ðŸŒ¹ðŸŒ¹