30 Januari 2020. Majlis Penutupan Audit Dalaman Pertama 2020 MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh) dan merasmikan majlis penutupan ini. Beliau berharap para pensyarah dan semua staf menjalankan tugas dengan penuh komited dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Tahniah kepada Unit Perpustakaan kerana membuat pembaharuan dalam aspek memohon ISBN, makluman buku baharu dan pencarian bahan rujukan. Kesemuanya menggunakan QR Code.
Koleksi Penerbitan
▼
PENERBITAN
▼
30 Jan 2020
22 Jan 2020
Perbincangan Program Kembara Diskusi Ilmu
22 Januari 2020 - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Dr. Mohd Hafidz bin Osman (Ketua Unit Kokurikulum) telah bertemu En. Ramli (Guru Besar SK Pos Kuala Mu) untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu. Perbincangan meliputi aspek tarikh, bilangan peserta, pengangkutan, aktiviti dan khidmat sosial. Hasil perbincangan program tersebut akan diadakan pada 12 Februari 2020. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan mampu memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak.
17 Jan 2020
Pertandingan Pembaca Buku Terbanyak Bulanan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Ayuh! Tanamkan azam tahun 2020 untuk terus membaca buku. Jom ke Perpustakaan IPGKI.
#readmeabook
#pnm
16 Jan 2020
Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U)
16 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ipoh. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U) yang dijangkakan pada 13 Februari 2020. Kedatangan mereka disambut oleh Cik Laila (pegawai JAKOA) dan bersetuju untuk membantu bagi menjayakan program tersebut.
15 Jan 2020
Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh
15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin
(Pustakawan) serta Pn. Nor Hasni bt Yeop Ghazali (Pensyarah P. Inggeris) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh untuk mengadakan konsultasi perkhidmatan dan kolaborasi aktiviti tahun 2020. Wakil perpustakaan tersebut iaitu Pn. Hasrifah dan Pn. Nurul menyambut mesra kehadiran mereka. Semoga konsultasi ini dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak
Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Aiman (guru pelatih Unit R1)
15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Aiman (guru pelatih Unit R1) kerana sudi menyumbang bahan bacaan iaitu Perkembangan Kanak-kanak, Pengantar Penyelidikan Tindakan, Pendidikan Insklusif, Murid dan Pembelajaran serta Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku.
Terima kasih, Aiman
14 Jan 2020
Menyerahkan Sumbangan Kepada Waris Arwah En. S. Ahmad Suhaimi
14 Januari 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abd. Jal (Pembantu Pustakawan) telah mengunjungi balu arwah En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said (mantan pensyarah IPGK Ipoh) untuk bertanya khabar dan menyerahkan wang sumbangan daripada warga IPGK Ipoh. Didoakan semoga beliau sentiasa ceria dan tabah menghadapi cabaran kehidupan.
13 Jan 2020
Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih En. Kunaseelan Subramaniam
13 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kunaseelan Subramaniam (pensyarah Peng. Tamil) kerana sudi menyumbangkan buku beliau (terbitan Januari 2020). Tajuk buku beliau ialah "Thondanin Payanam". Diharapkan para pengunjung perpustakaan dapat membaca dan meminjam buku tersebut.
Tahniah , En. Kunaseelan Subramaniam dapat menerbitkan buku ini.
Memperkasa Capaian Internet di IPGKI
13.1.2020- Juruteknik komputer telah melaksanakn konfigurasi suis yang baru diterima daripada Syarikat HP bagi memastikan terdapat kemudahan capaian internet di kawasan Perpustakaan, Unit Latihan dan Teknikal. Tetapan dan konfigurasi juga telah dilaksanakan bagi suis di Makmal Bahasa.
Terima kasih Unit ICT Pn. Siti Zubaidah, En. Mohd Uzir dan En. Baie
8 Jan 2020
Konsultasi Dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta
8 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), dan En. David a/ Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah membuat konsultasi dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Pn. Masmiza dan Pn. Rehan mewakili perpustakaan tersebut. Konsultasi ini melibatkan cara-cara meningkatkan mutu perkhidmatan dan kerjasama melaksanakan program / aktiviti. Semoga konsultasi ini dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak.
Penghargaan Kepada Team Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Congratulations
8 Januari 2020. Sempena menghargai jasa, pengorbanan (masa dan tenaga) dan komitmen staf Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh maka Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) mengambil inisiatif memberi anugerah kepada mereka. Di antaranya ialah Pn. Nasimah bt Abd. Jal (Anugerah Staf Komited dan Dedikasi), En. David a/ l Rayappan (Anugerah Staf Efisien), Pn. Asrofah bt Anuas (Anugerah Staf Kehadiran Terbaik), Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Anugerah Staf Kreatif dan Inovatif) dan En. Mustafa bin Isram (Anugerah Staf Penyayang). Teruskan kecemerlangan dan dedikasi anda semua demi menaikkan nama Unit Perpustakaan dan IPG Kampus Ipoh.
3 Jan 2020
Semoga Maju Jaya di Tempat Baru : Pn. Hayati bt Mat Desa dan Dr. Nor'Azah bt Abdul Aziz
3 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada Pn. Hayati Bt Mat Desa dan Dr. Nor'Azah bt Abd. Aziz kerana bertukar ke SMK Raja Perempuan Ipoh dan SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Semoga dapat menjalankan tugas dengan komited dan dedikasi. Terima kasih membantu melancarkan pengurusan perpustakaan.
Sumbangan Buku/Jurnal/Tesis 2020 : Pn. Ratna Laila
3 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn. Ratna Laila (pensyarah Jab. Pengajian Melayu) kerana menyumbangkan 3 buah buku bertajuk "Suara Dari Lembah Lenggong". Diharapkan pengunjung perpustakaan membaca dan meminjam buku tersebut. Terima kasih Pn. Ratna Laila.