Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

28 Feb 2020

Majlis Santunan Budi : Selamat Bersara En. David a/l Rayappan


28.2.2020 - Majlis Santunan Budi sempena hari persaraan En. David a/l Rayappan telah di adakan di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran isteri beliau Pn. Lourd Mary a/p Soosa. Turut hadir En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Dalam majlis ini juga diselitkan sambutan hari lahir En.David a/l Rayappan yang ke 58 tahun . Happy Birthday Mr.David
Dave Ray
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan En. David a/l Rayappan selama 13 tahun bertugas di sini. Moga En.David a/l Rayappan dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Tidak lupa jua ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.
Happy Retirement Mr.David ..

22 Feb 2020

Program Kembara Diskusi Ilmu Siri 3 /2020 : Kepentingan Pendidikan



22 Februari 2020. Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah menyelaraskan Program Kembara Diskusi Ilmu dengan temanya Kepentingan Pendidikan di MyLIKE, Ulu Kuang, Chemor, Perak. Terima kasih kepada Pn. Norhasrifah bt Maakhir, Cik Norulaisyah bt Ramli dan Cik Nuraisyah bt Dzulkifli yang bekerja keras membantu demi menjayakan program ini. Semoga kolaborasi ini dapat dimantapkan lagi agar pelbagai aktiviti/program lain dapat dilaksanakan kelak.

21 Feb 2020

QR Code Permohonan ISBN/ISSN


Mahu menerbitkan buku? Tidak tahu cara mudah untuk memohon nombor ISBN atau nombor ISSN? Mudah sahaja...
Muat turun contoh bahan dibawah bagi memudahkan urusan anda, untuk kegunaan warga IPG Kampus Ipoh sahaja.
Mudahkan?

IMBAS QR CODE INI..


20 Feb 2020

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JAKOA Perak dan IPG Kampus Ipoh Sempena Program Kembara Diskusi Ilmu Siri 2/2020 di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U), Perak


20 Februari 2020 - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara JAKOA Negeri Perak dan IPG Kampus Ipoh sempena Program Kembara Diskusi Ilmu Siri 2/2020 di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U), Perak. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Asmuni Awi (Exco Kerajaan Negeri Perak - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak). Dalam majlis ini menyaksikan En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh) dan Tuan Harulnizam b. Abd Rahman ( Pengarah JAKOA Perak dan Kedah) menandatangani nota kerjasama. Hasil daripada kerjasama serta kolabarasi di antara Jakoa Perak dan IPG Kampus Ipoh ini akan membolehkan Jakoa Perak menggunakan tenaga-tenaga pakar serta fasiliti yang terdapat di IPG Kampus Ipoh dalam program-program yang melibatkan masyarakat Orang Asli terutamanya dalam aspek pendidikan.

Turut hadir, Dr. Abdul Hadi bin Dawi (Pensyarah Cemerlang), Dr. Kasran bin Mat Jiddin dan ramai lagi. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Pn. Sabariah binti Khairuddin dan Pn. Nazariah binti Mat Mizar mewakili Unit Perpustakaan. Di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah galakan membaca (penyerahan bahan bacaan), fun learning, motivasi, bimbingan pra sekolah, dialog akademik, aktiviti seni dan pembelajaran bermakna kepada guru-guru. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli bahawa betapa pentingnya pendidikan demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

19 Feb 2020

Sumbangan Majalah 2020 : Terima kasih En. Kunaseelan a/l Subramaniam


19 Februari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kunaseelan a/l Subramaniam (pensyarah Unit Pengajian Tamil) kerana sudi menyumbangkan majalah dalam bahasa Tamil. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh guru pelatih untuk membaca majalah tersebut.

Program Bicara Buku Siri 1/2020 : Dr. Baskaran a/l Kannan



































Program Bicara Buku Siri 1/2020 telah diadakan pada 19 Februari 2020 yang akan disampaikan oleh Dr.
Baskaran a/l Kannan . Program ini berlangsung selama 1 jam (
8.00pagi - 9.00 pagi). Seramai 24 orang guru pelatih dari Unit T1 dan Unit T13 menghadiri program ini. Dalam program ini juga, guru pelatih turut sama mengisi 2 slot iaitu En. Umar Azraie dan Chin Kian Rong. Syabas buat guru pelatih yang turut mengisi slot program ini.

18 Feb 2020

Program Jaringan Perkongsian Pintar : Oh! My English Cam

Pada 18 Januari 2020- Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Program Jaringan Perkongsian Pintar : Oh! My English Cam dengan kerjasama SK Syed Idrus, Chemor. Program ini melibatkan seramai 14 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan 42 orang murid-murid SK Syed Idrus. Banyak acara yang mengisi program tersebut antaranya ialah Talentime practice , Tougue Twister , Recycle Instruction, Simon Says dan Scavenger Hunt. Keseluruhannya program ini berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang. Berikut adalah pautan acara program tersebut:

Oh! My English Camp : Part 1
Oh! My English Camp : Part 2
Oh! My English Camp : Talentime Practice
Oh! My English Camp : Tougue Twister
Oh! My English Camp : Recycle Instruction
Oh! My English Camp : Simon Says
Oh! My English Camp : Scavenger Hunt
Oh! My English Camp : Part 3
Oh! My English Camp : Part 4
Oh! My English Camp : Majlis Penutup


Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tokoh Membaca Terbanyak Bulan Januari 2020 ( Kategori Staff ) : Pn. Taslimah Bt Sairi



18 Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada Pn. Taslimah bt Sairi kerana terpilih sebagai "Pembaca Buku Terbanyak Kategori Staf Sokongan" bagi bulan Januari 2020. Hadiah disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) IPG Kampus Ipoh. Semoga kejayaan beliau memberi inspirasi dan motivasi kepada staf sokongan lain untuk membaca dan meminjam lebih banyak buku di perpustakaan.
Congrats

15 Feb 2020

Program Kembara Diskusi Ilmu: Menangani Stress


15 Februari 2020. Tahniah kepada Unit Perpustakaan kerana telah menganjurkan Program Kembara Diskusi Ilmu: Menangani Stress di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Program ini adalah kolaborasi di antara Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Turut hadir En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh), En. Sabri (Pegawai JAKOA), Ustaz Abd. Halim (PK HEM, SMK Ulu Kinta), Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Masmiza dan Pn. Hasrifah (Pegawai Perpustakaan Desa). Seramai 50 orang audiens hadir iaitu terdiri daripada guru pelatih dan murid-murid SMK Ulu Kinta. 5 orang ahli panel membicarakan perkara menangani stress dalam konteks budaya Melayu dan Islam, Seni, Sains, Sastera dan Muzik. Semoga program ini dapat memberi info baharu kepada audiens dan dapat menangani stress seperti yang disarankan oleh ahli panel. Tahniah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

8 Feb 2020

Sumbangan Lukisan 2020 : Terima kasih Cik Cheong Pei Jie


8 Februari 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) mewakili Unit Perpustakaan menerima sumbangan sebuah lukisan daripada Cheong Pei Jie (guru pelatih opsyen Peng. Cina) Unit S4. Cheong Pei Jie mengambil subjek elektif Pendidikan Seni di bawah bimbingan En. Khir Muzammil. Semoga Cheong Pei Jie menjadi guru yang komited, dedikasi, kreatif dan berinovasi semasa bertugas kelak.

Tahniah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin


8 Februari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) kerana artikel dan gambar beliau dimuatkan dalam facebook Komuniti Buku Karya Johor. Artikel beliau bertajuk " Kezaliman Tentera Jepun dan Lahirnya Semangat Nasionalisme Berdasarkan Novel Lidah Api Karya Atan Long". Semoga beliau terus menulis demi menyumbang dan menyemarakkan bidang kesusasteraan Melayu.

5 Feb 2020

Khidmat Sosial 2020 : Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8


5 Februari 2020. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada En. Zainal Azhar dan. En. Mohd Rohana kerana membantu Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta menyiapkan pentas bercerita kanak-kanak. Semoga kolaborasi ini sentiasa berterusan agar khidmat bakti ini disalurkan kepada komuniti yang memerlukan kepakaran mereka

Tokoh Membaca Januari 2020 : Tahniah Cik Tung Wai Kuen (Kategori Pensyarah)



5 Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada Cik Tung Wai Kuen (Pensyarah Bahasa Cina) kerana memenangi pembaca buku terbanyak (kategori pensyarah). Semoga kemenangan beliau memberi inspirasi kepada pensyarah lain untuk membaca dan meminjam buku dan dapat memanafaatkan perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Terdahulu, Tokoh Membaca Januari 2020 telah dipilih mengikut 3 kategori iaitu Kategori Pelajar
( Cik Devi Bavani a/p Savanan) , Kategori Pensyarah ( Cik Tung Wai Kuen - Pensyarah Pengajian Bahasa Cina) dan Kategori Staff ( Pn. Taslimah bt Sairi )

#MembacaBangsaBerjaya

4 Feb 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu - Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8


4 Februari 2020. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustskawan) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu. Perbincangan meliputi kos, ahli panel, audiens dan sijil. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan memberi impak positif kepada audiens dan pihak penganjur.