Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

22 May 2020

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin



Kami di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan maya Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih atas penyertaan dan sokongan dalam menjayakan program yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

#staysafe
#stayathome
#salamaidilfitri2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Pn. Sabariah Bahari



21 Mei 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Dr Mohd Nazri bin Zainuddin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn. Sabariah binti Bahari (AJK Persatuan Karyawan Perak) kerana sudi menyumbangkan buku-buku hasil penulisan beliau. Semoga sumbangan yang diberikan oleh beliau dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pensyarah dan guru pelatih opsyen Pengajian Melayu kerana buku-buku tersebut lebih kepada bidang Kesusasteraan Melayu.

Program Antologi Kreatif Peringkat IPGM : #ipgmembaca 🌸



📚Assalamualaikum dan selamat sejahtera📚

🌸PERKARA: Program Antologi Kreatif Peringkat IPGM : #ipgmembaca 🌸

🔲 Semua Warga IPG Kampus Ipoh, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah dan Staf Sokongan dan semua pelajar.

🔳 Sukacita dimaklumkan bahawa program #ipgmembaca akan diteruskan pada tahun ini bagi mengekalkan kecemerlangan budaya membaca dalam kalangan warga IPGM khususnya di peringkat IPG Kampus Ipoh.

🔲 Sehubungan itu, Program Antologi Kreatif IPG telah dirangka bagi mencungkil bakat kreatif semua warga IPGM khasnya.

🔳 Mohon kerjasama dan sokongan semua warga IPG Kampus Ipoh mengambil kesempatan ini utk melahirkan idea kreatif dalam pantun,sajak ataupun syair.

🟥 Semua warga IPG Kampus Ipoh adalah DIWAJIBKAN melahirkan sekurang-kurangnya 1 hasil karya kreatif (pantun/ sajak/ syair).

Penulisan kreatif YBrs. Tuan/ Dr./ Encik/ Puan/ Cik yang telah siap boleh dihantar melalui kaedah berikut:
1.  Emel perpustakaan 
        🌸 perpustakaanipgki@gmail.com;
2. Emel Dr. Mohd Nazri
        🌸 mohdnazri@ipgmipoh.edu.my

🌸Tarikh tutup : 15 Jun 2020.🌸

Maklumat lanjut Penulisan Antologi Kreatif boleh didapati di sini :

Syarat penulisan : Syarat penulisan

Borang penyertaan : Borang Penyertaan

Selamat berkarya YBrs. Tuan/ Dr./ Encik/ Puan/ Cik.

#ipgmembaca
#dekadmembacakebangsaan
#perpustakaanipgki
#staysafe

📖 Terima kasih 📖

20 May 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima Kasih Tn. Haji Ahmad bin Ahmad Rusdi


20 Mei 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Dr Mohd Nazri bin Zainuddin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Ahmad bin Ahmad Rusdi (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) kerana sudi menyumbangkan buku-buku beliau. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPG Kampus Ipoh untuk bacaan dan rujukan.

Program Bicara Buku Atas Talian : Bahagian 5


Tahniah dan terima kasih kepada Pensyarah, guru pelatih IPG Kampus Ipoh dan pelayar maya media sosial Perpustakanipgki yang menyertai Program Bicara Buku Atas Talian.
Berikut adalah pautan video penuh :

1. Pn. Hajah Norehan Muhammad,  Cik Nurain Fitrah & Cik Tavanisha PBBAT Pn. Hajah Norehan, Cik Nurain Dan Cik Tavanisha

2. Pn.  Shamsiaton Ilyas, En.  Araahvindan a/l Ganesan & Cik Thineswari Santhana Kumar PBBAT Pn. Shamsiaton, En. Araahvindan & Cik Thineswari

3. Dr. Mariah Kamaruddin & Cik Erny Harmiza PBBAT Dr. Mariah Kamaruddin & Cik Erny Harmiza

4. Cik Nur Maizan bt Mohamed Nor,  Pgan Chei Lei & Sineega Gobi PBBAT Cik Nur Mazian, Cik Pgan Chei Lei & Cik Sineega Gobi


19 May 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Dr. Badariah



19 Mei 2020. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Badariah binti Hashim (Pen. Ketua Jabatan Sains Matematik) kerana sudi menyumbangkan buku penulisan beliau yang bertajuk "Manual Pengajaran Bagi Pembelajaran Berasaskan Pemikiran Mengkonsepsikan" terbitan 2019. Semoga sumbangan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPG Kampus Ipoh.

18 May 2020

Artikel ' Kepentingan Membaca Dalam Kalangan Guru Pelatih'



Tahniah Dr Nazri Zainuddin merupakan Ketua Pusat Sumber Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Artikel beliau yang bertajuk
"KEPENTINGAN MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH" telah terpilih disiarkan di Facebook rasmi KomunitiBuku Karya Johor.pada 18 Mei 2020. Semoga kita mendapat inspirasi dan manafaat  daripada penulisan beliau.

Teks penuh Kepentingan Membaca Dalam Kalangan Guru Pelatih

14 May 2020

Program Bicara Buku Atas Talian : Bahagian 4



Tahniah dan terima kasih kepada Pensyarah, guru pelatih IPG Kampus Ipoh dan pelayar maya media sosial Perpustakanipgki yang menyertai Program Bicara Buku Atas Talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Berikut adalah pautan video penuh :

1. Dr. Hasnah, Cik Nur Zinnirah & Cik Nur Adilah PBBAT : Dr. Hasnah

2. Dr. Nor Hasimah bt Ismail (pensyarah UUM), Cik Saalini & En. Nareesh Naidu PBBAT : Dr. Nor Hasimah

3. Pn. Zaharah Abdul Manaf, En. Mohd Islah Hannan & Cik Janani PBBAT : PN.Zahara

4. Cik Aziatul Safira bt Ollah , Cik Tracy Tiung anak Morris dan Cik Thanusha Ramachandran PBBAT : Cik Aziatul Safira

Program #QuranHour : IPG Kampus Ipoh



13 Mei 2020 - Tahniah dan terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang berjaya menyemarakkan program ini.

Alhamdulillah kita telah bersama-sama menggemakan ruang udara dunia dengan kalimat suci, semoga kita dapat mengembalikan keharmonian sejagat. Insyaallah amin.

#QuranHour_IPGKampusIpoh
#QuranHour
#QuranHour_pnm
#RebootGlobalHarmony
Perpustakaan Negara Malaysia
Kumpulan Media Karangkraf

10 May 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020


Untuk makluman dan hebahan : Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 . Oleh itu, proses pemulangan buku-buku Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan dilanjutkan sehingga 10 Jun 2020 dan denda lewat pemulangan buku tidak akan dikira sehingga 10 Jun 2020. Harap maklum.
Jom share, sebarkan info ini kepada sahabat-sahabat yang lain.

#stayathome
#staysafe
#perpustakaanipgkampusipoh

4 May 2020

Pelancaran Program Antologi Kreatif IPG KPM 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌺🌺🌺
YBrs. Dr./Tuan/Puan

Jangan lupa untuk saksikan Pelancaran Antologi Kreatif IPG KPM 2020, oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Tajuk :  Program Antologi kreatif IPG KPM 2020
Tarikh: 4 Mei 2020 (Isnin)
Masa: 3.00 Petang
Siaran langsung : Pelancaran Antologi Kreatif IPG KPM 2020

Maklumat lanjut Penulisan Antologi Kreatif boleh didapati di sini : Maklumat penulisan
Syarat penulisan : Syarat penulisan
Borang penyertaan : Borang Penyertaan Antologi Kreatif

Rekod Kehadiran Anda di sini: Borang Kehadiran IPGKI Pelancaran Anrologi Kreatif IPG KPM 2020



SELAMAT BERKARYA

#antologikreatif #ipgmembaca #ciptasejarah #staysafe
#kitajagakita

Cabaran Deklamasi Puisi Maya


Syabas dan terima kasih buat Dr. Saidah Harith dan Pn. Hajah Norehan bt Muhammad kerana sudi menyertai Cabaran Deklamasi Puisi Maya anjuran  Perpustakaan Negara Malaysia. Puisi pilihan Dr. Saidah Harith bertajuk 'Hidup Bersama' manakala Pn. Hajah Norehan Bt Muhammad memilih puisi yang bertajuk 'Berdiri di Pangkalan'. Berikut adalah video penuh Cabaran Deklamasi Puisi Maya dan jangan lupa like, share dan subscribe.

Klik : Cabaran Deklamasi Puisi Maya

#perpustakaannegaramalaysia
#puisicovid19
#cabaranpuisipnm

2 May 2020

Program Bicara Buku Atas Talian : Bahagian 3


Tahniah dan terima kasih kepada Pensyarah, guru pelatih IPG Kampus Ipoh dan pelayar maya media sosial Perpustakanipgki yang menyertai Program Bicara Buku Atas Talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Berikut adalah pautan video penuh :

1. Cik Nurain Bt Abu Abas & Cik Nur Syafiqah bt Ishak PBBAT Bersama Nurain & Nur Syafiqah

2. Cik Nurul Husna bt Badrulzaman & Cik Siti Zadidah Bt Ramsyah PBBAT Bersama Cik Nurul Husna & Cik Siti Zadidah

3. Pn. Nordiana bt Hamzah & Cik Faizatul Hazimah bt Ramli PBBAT Bersama Pn. Nordiana & Cik Faizatul Hazimah

4. Pn. Hajah Norehan bt Muhammad, En. Hamdan bin Haji Yaakub & Cik Aulia bt Razman PBBAT Bersama Pn. Hajah Norehan, En.Hamdan & Cik Aulia