Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Jul 2020

Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020


Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tema ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

27 Jul 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima Kasih En. Mohammad Fadhil bin Amiruddin




27 Julai 2020. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Mohammad Fadhil bin Amiruddin kerana sudi menyumbangkan buku berkaitan penyelidikan pendidikan untuk dijadikan sumber rujukan tambahan kepada pengguna perpustakaan. Kami amat mengalukan kesudian warga IPG Kampus Ipoh yang ingin menyumbang / menginfakkan bahan rujukan untuk kegunaan ramai. Selamat beramal.

21 Jul 2020

Majlis Penghargaan Tn Hj Meor dan Dr Nazri Zainuddin anjuran Perpustakaan Desa Batu 8 Ulu Kinta



21 Julai 2020 - Unit Perpustakaan telah menghadiri Majlis Penghargaan Tn Hj Meor dan Dr

Nazri Zainuddin anjuran Perpustakaan Desa Batu 8 Ulu Kinta. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tn. Haji Meor dan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin atas sokongan dan kerjasama dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bersama Perpustakaan Desa Batu 8 ini. Pihak penganjur juga merakamkan penghargaan kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan semoga jalinan kerjasama akan diteruskan.

17 Jul 2020

Buku terkini terbitan IPG Kampus Ipoh



Buku-buku terkini terbitan IPG Kampus Ipoh. Buku-buku ini dihasilkan semasa tempoh PKPB dan PKPP ini. Tahniah kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam penghasilan buku yang penuh manfaat ini. Jom ke perpustakaan.

16 Jul 2020

PERHATIAN: PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN NO. ISBN BAHARU PERPUSTAKAN NEGARA MALAYSIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua.
Kepada pelajar kami yang sedang tercari-cari apakah prosidur untuk memohon No. ISBN atau No. ISSN bagi penerbitan sebuah buku atau terbitan bersiri, sila imbas kod pantas ini (QR Code) untuk maklumat lanjut.
Bagi permohonan E-Book, sila pastikan pautan yang disediakan mengandungi sekurang-kurangnya sebuah artikel penuh dan lain-lain maklumat yang diperlukan telah dimuatnaik.
Untuk pengetahuan, pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menambah sedikit maklumat berkaitan jumlah muka surat di dalam borang permohonan ISBN yang terbaharu ini.

8 Jul 2020

Majlis Sejambak Budi & Menabur Bakti : Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin & En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor



8 Julai 2020 - Majlis Sejambak Budi & Menabur Bakti telah diadakan untuk Dr. Mohd
kerana telah bertukar ke Jabatan Pengajian Melayu dan turut meraikan Ketua Pusat Sumber IPGKI yang baharu iaitu En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor. Di dalam majlis ini turut diselitkan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Jom Baca 2020 yang telah diadakan buat julung-julung kalinya di dalam talian pada 24 April 2020 iaitu semasa Tempoh PKP fasa 2.
Ucapan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Mantan Ketua Pusat Sumber Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin diatas kesemua kecemerlangan yang telah diukir selama ini.
Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Jom Baca 2020!

Ketua Pusat Sumber : Selamat Datang En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor


8 Julai 2020 - Selamat datang kepada Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor ke Unit Perpustakaan IPGKI.

7 Jul 2020

Penyerahan Gegantung 'Jom Baca' dan 'u-Pustaka' : Perpustakaan Hospital Bahagia Ulu Kinta


7 Julai 2020 - Terima kasih kepada En. Faishal bin Abdul Razak dari Perpustakaan Hospital Bahagia Ulu Kinta kerana sudi berkunjung ke Perpustakaan IPGKI untuk mengambil gegantung dari Perpustakaan Negara Malaysia. Beliau turut mewakili Perpustakaan Hospital Besar Raja Perempuan Bainun untuk mengambil gegantung ini.

Penyerahan Sijil Rakan Rujuk antara Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Perpustakaan IPGKI




Video penuh klik link ini 

6 Jul 2020

Penyerahan Gegantung 'Jom Baca' dan 'u-Pustaka' : Perpustakaan Politeknik Ungku Omar


6 Julai 2020 - Terima kasih kepada Pn. Fiza Jusoh dari Perpustakaan Politeknik Ungku Omar Ipoh kerana sudi berkunjung ke Perpustakaan IPGKI untuk mengambil gegantung dari Perpustakaan Negara Malaysia.

3 Jul 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima Kasih Pn. Hani Bebe binti Altamiah


3 Julai 2020 - Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hani Bebe binti Altamiah (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) kerana sudi menyumbangkan buku yang bertajuk "Antologi Puisi: Suara Dari Laman Yang Hilang". Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPG Kampus Ipoh.

Sumbangan Buku 2020 : Terima Kasih En. Azmi bin Abdul Hamid


3 Julai 2020 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Azmi bin Abdul Hamid (pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik) kerana sudi menyumbangkan 14 buah novel dan buku. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPG Kampus Ipoh.

1 Jul 2020

Proses Keceriaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh



1 Julai 2020 - Syabas diucapkan kepada staf Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berkerjasama dan saling membantu bagi menceriakan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Masing-masing berasa bertanggungjawab dan ceria semasa melaksanakan proses keceriaan tersebut. Semoga semangat kerjasama ini dapat dikekalkan demi menaikkan nama Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.