Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Aug 2020

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 63 Tahun

 


31 Ogos 2020 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 63 Tahun buat semua rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


Jom hayati Rukun Negara πŸ₯°πŸ₯°

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-Undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan


Semoga Malaysia sentiasa aman damai dan sentiasa dalam redha Illahi...aaminn



28 Aug 2020

Naib Johan Anugerah Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan Dalam Talian Peringkat IPG Kampus Ipoh 2020 : Tahniah Unit Perpustakaan



 28 Ogos 2020 : Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya merangkul Naib Johan Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Secara Dalam Talian Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kategori Pengurusan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh.

27 Aug 2020

Sanitasi Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ipoh

 


27 Ogos 2020 : Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah disanitasi oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ipoh. En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Ahmad Hisham Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh kerana sudi berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung memberi khidmat nasihat kepada kami untuk bersiap siaga menerima kehadiran pelajar baharu ke perpustakaan bagi memutuskan rangkaian Covid 19.

19 Aug 2020

Rakaman Pendaftaran Pelajar Baharu Mengikut SOP Covid-19

 


19 Ogos 2020 : Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar menjayakan rakaman Pendaftaran Pelajar Baharu mengikut SOP Covid 19. Tahniah semua

Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil. 2/2020

 



18.8.2020 : Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil. 2/2020. Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sudi hadir memberi cadangan dan pandangan yang bermanfaat bagi penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.

17 Aug 2020

Pemantauan Kepatuhan SOP Covid-19 Unit Perpustakaan Oleh Pihak IPGM Cyberjaya

 

17 Ogos 2020: Pemantauan Kepatuhan SOP Covid 19 Unit Perpustakaan oleh pihak IPGM Cyberjaya diiringan barisan Pengurusan IPG Kampus Ipoh, termasuk Pengarah dan Timbalan.

14 Aug 2020

Koleksi Terbaharu Bulan Ogos 2020

 Jom ke Perpustakaan ..




6 Aug 2020

Peraduan Ucapan Hari Kebangsaan Ke-63





πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena Bulan Kebangsaan ini, Unit Perpustakaan IPGKI mengadakan Peraduan Ucapan Hari Kebangsaan Ke-63. Syarat-syaratnya ialah:

1. Peraduan ini bermula 7 Ogos - 16 September 2020.

2.Penyertaan terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh (kecuali Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh)

3. Satu penyertaan bagi satu individu sahaja.

4. Add / follow facebook Perpustakaanipgki dan instagram

5. Menulis ucapan kemerdekaan tidak lebih daripada 15 patah perkataan , kemudian lekatkan di tempat yang di sediakan di photobooth Merdeka Perpustakaan IPGKI

6. Bergambar di photobooth Merdeka di Perpustakaan IPGKI dengan mengibarkan jalur gemilang dan ucapan merdeka, kemudian muat naik ke media sosial facebook/instagram masing-masing dan tag facebook Perpustakaan IPGKI / instagram perpustakaanipgki2019

7. Hadiah diberikan kepada pemenang mengikut kategori pensyarah/pegawai, kakitangan sokongan.

8. Pemilihan pemenang berdasarkan gambar dan ucapan merdeka yang menarik.

9. Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.

10. Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan dan protes tidak akan dilayan.

4 Aug 2020

Pertandingan Foto Hari Kebangsaan Malaysia Prihatin Anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh



Syarat-syarat Pertandingan Foto Hari Kebangsaan Malaysia Prihatin Anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
πŸ‡²πŸ‡Ύ Tempoh masa pertandingan Pertandingan fotografi bermula dari 3 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020
πŸ‡²πŸ‡Ύ Terbuka kepada semua Pensyarah, Staf, Pelajar IPG Kampus Ipoh dan Warga Maya Facebook (FB) dan Instagram (IG) IPG Kampus Ipoh.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Gambar yang dipertandingkan adalah bertemakan Hari Kebangsaan mengikut SOP Covid 19 dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.
πŸ‡²πŸ‡ΎGambar mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
πŸ‡²πŸ‡ΎMuat naik gambar bertemakan Hari Kebangsaan mengikut SOP Covid 19anda di FB atau IG dan Tagged FB/ IGPerpustakaan IPGKI.
πŸ‡²πŸ‡ΎPenyertaan hanya dibenarkan satu kali sahaja sama ada di FB atau IG
πŸ‡²πŸ‡ΎGambar yang dimuatnaik ke dalam FB/IG Perpustakaan IPGKI akan menjadi hakmilik Perpustakaan IPGKI.
πŸ“Έ Adakah gambar anda yang kami cari?
πŸ“ΈGambar menarik melalui undian Like terbanyak akan menerima hadiah menarik daripada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Undian Like akan ditutup pada 31 Ogos 2020.
4 kategori hadiah :
🎁 Kategori Pelajar IPGKI
🎁 Kategori Pensyarah IPGKI
🎁 Kategori Staf IPGKI
🎁 Kategori Rakan Maya FB / IG
ATAU
klik sini untuk penyertaan di Instagram: