Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

22 Nov 2022

Pameran Bertema : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh


Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan. 

Pameran yang disediakan adalah bertemakan “PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN MEMACU KESEJAHTERAAN HIDUP”. Tema ini adalah bertepatan dengan amalan dan budaya yang sentiasa dilazimi oleh para pensyarah dan penuntut program Jabatan PJPK IPG Kampus Ipoh. Ianya diserlahkan dalam pelbagai bentuk amalan; antaranya amalan pemakanan sihat, beriadah sekitar kampus, bertanding dalam acara sukan seperti KAGUM serta menghayati nilai estetika dalam pergerakan manusia tatkala memberi sokongan kepada pasukan Malaysia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Peranan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk membekalkan siswa guru dengan ilmu yang membolehkan mereka mendorong lahirnya masyarakat yang aktif, cergas dan sihat selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan. Bak kata pepatah Latin yang kekal relevan selama-lamanya “Mens sana en corpore sano”, minda yang waras letaknya di dalam tubuh yang sihat.

Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Pemakanan, Kaedah Latihan serta Fisiologi senam.

Selain itu, dipamerkan juga model tubuh manusia dengan organ-organ dalaman yang boleh dicerai dan dipasangkan semula. Tidak ketinggalan, model beberapa sendi utama tubuh juga dipertontonkan.

Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung agar proses pembelajaran mahupun amalan sebarang aktiviti fizikal menjadi lebih bermakna sepertimana yang disarankan dalam konsep KPPB, bukannya sekadar omongan dan persembahan canggih di dunia maya.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#perpustakaanipgki

#perpustakaanipgikampusipoh 

#pameranbertema


#sudutserirafflesia





8 Nov 2022

Top Borrower Bulan Oktober 2022 : Shalena Kaur a/p Harvinder Singh

Tahniah diucapkan kepada Shalena Kaur a/p Harvinder Singh, pelajar Unit Y4 IPG Kampus Ipoh kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Oktober 2022    

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#topborrower

3 Nov 2022

Sumbangan Buku : Tahniah Dan Terima Kasih Unit T10 Dan X13

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada Unit T10 dan X13 kerana telah berjaya menerbitkan buku. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima sumbangan buku ini dan menjadi bahan bacaan serta rujukan di Perpustakaan.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki

1 Nov 2022

Top Borrower Bulan September 2022 : Cik Tee Huee Rou

Tahniah diucapkan kepada Cik Tee Huee Rou, pelajar Unit Y6 IPG Kampus Ipoh kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan September 2022    

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#topborrower