Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

25 Jul 2023

Bengkel Kerja Penyediaan dan Pemurnian Buku Laporan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2022



17 hingga 19 Julai 2023 – En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan di IPGK Ipoh, telah menghadiri Bengkel Kerja Penyediaan dan Pemurnian Buku Laporan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2022 di Hotel Prescott, Kuala Lumpur sebagai Naib Pengerusi buku laporan tahunan 2022. 


Tujuan dari bengkel ini adalah untuk membantu jawatankuasa buku laporan tahunan 2022 IPG Kampus Ipoh dalam menyusun dan memperbaiki laporan tahunan di jabatan/unit masing-masing.


Semoga melalui bengkel ini, laporan tahunan yang disusun akan menjadi sumber maklumat yang bermanfaat dan membantu dalam pembangunan dan kemajuan Unit Perpustakaan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh di masa hadapan. 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#story

#laporantahunan2022

19 Jul 2023

Salam Maal Hijrah



SALAM MAAL HIJRAH 1445 H.


Doa Awal Tahun: Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.


Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal 'alamin.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#1445H

#salammaalhijrah

13 Jul 2023

Bicara Bedah Buku 'Man Are From Mars, Woman Are From Venus' @Library



BICARA BEDAH BUKU ‘MAN ARE FROM MARS, WOMAN ARE FROM VENUS’@ LIBRARY'.

13 Julai 2023 -  Bertempat di ruang bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah diadakan bicara bedah buku yang menarik bertajuk "Man Are from Mars, Woman Are from Venus". Bicara bedah buku ini dijalankan dengan tujuan untuk mendalami kandungan ringkasan maklumat kursus (RMK) FKIK3013 kekeluargaan Islam dan berjaya menarik perhatian pengunjung yang berminat untuk mendalami topik hubungan antara lelaki dan perempuan yang diungkapkan dalam buku terkenal karya John Gray. Bicara bedah buku ini merupakan salah satu syarat untuk melengkapkan kursus pengajian pelajar PISMP Ambilan Jun 2020. 


Secara keseluruhan, bicara bedah buku "Man Are from Mars, Woman Are from Venus" memberikan pemahaman mendalam tentang perbezaan jantina dalam hubungan, meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara pasangan, serta memberikan tips rumahtangga dalam menciptakan hubungan yang lebih harmoni dan bahagia kepada peserta. 


Diharapkan pengetahuan yang diperoleh dari bicara bedah buku ini akan bermanfaat bagi para peserta dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#bedahbuku

#kolaborasi

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference





12 Jul 2023

Penyertaan Staf Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Dalam Program Jalan-Jalan Virtual Ke Perpustakaan UNIMAP



PENYERTAAN STAF PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH DALAM PROGRAM JALAN-JALAN VIRTUAL KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SECARA DALAM TALIAN, ANJURAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA.


12 Julai 2023 : Program ini diadakan secara dalam talian, memanfaatkan teknologi Video-conference untuk menghubungkan peserta dari IPG Kampus Ipoh, Perpustakaan UniMAP dan pengguna maya di Malaysia dengan Perpustakaan Universitas Airlangga di Indonesia.


Dalam program ini, staf perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat mengikuti jelajah virtual yang dikendalikan oleh Perpustakaan Universitas Airlangga. Pelbagai ruang dan fasiliti perpustakaan, termasuk perpustakaan digital, koleksi khas, dan ruang kolaborasi ditunjukkan dan peserta diberikan penerangan mengenai sistem pengurusan perpustakaan, teknologi terkini yang digunakan, serta perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.


Program Jalan-Jalan Virtual ke Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini memberikan manfaat yang besar kepada staf perpustakaan IPG Kampus Ipoh dalam membantu memperluas pengetahuan  perspektif dan pemahaman tentang pengurusan perpustakaan, mendorong pelbagai idea dan inisiatif baru serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan dan memenuhi keperluan pengguna di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


Penghargaan kepada 2 orang pelajar latihan industri UITM cawangan Merbok, Sg. Petani kedah iaitu Nur Diyanah Binti Mohd Zan dan Siti Fatimah Zahra Binti Azero bersama Universitas Airlangga (UNAIR) Indonesia telah berjaya menganjurkan program ini dan memberi peluang kepada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menyertai.


Untuk pengetahuan mereka berdua adalah pelajar latihan industri Perpustakaan IPG Kampus Ipoh selama 1 bulan 7 hari sebelum menyambung Latihan Industri meraka di UNAIR.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#story2023






Hebahan : Bicara Bedah Buku 'Man Are From Mars, Woman Are From Venus's @ Library

 BICARA BEDAH BUKU ‘MAN ARE FROM MARS, WOMAN ARE FROM VENUS’@ LIBRARY'.




Tarikh : 13 Julai 2023

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Ruang Bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Anjuran : Kursus Elektif Fkik3012 ) Fiqh Kekeluargaan Islam), Unit Perpustakaan Dan Unit Pembangunan Latihan, IPG Kampus Ipoh.


🌹Semua warga IPG Kampus Ipoh dijemput hadir🥰


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#bedahbuku

#kolaborasi

#libraryipgki2023

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

11 Jul 2023

KPPB : Bengkel Penulisan dan Penerbitan Suara Pensyarah JIP


Tarikh : 11 Julai 2023

Anjuran : Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh

Penyelaras : Dr. Hamdiah binti Jailani

Penceramah jemputan : En. Hasri bin Abu (KPS)

Editor : Dr. Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi (JPM)


En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, IPGK Ipoh telah diberi tanggungjawab untuk memberi panduan tentang penerbitan buku dan proses-prosesnya dalam Bengkel Penulisan Dan Penerbitan Suara Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh. Bengkel dihadiri oleh para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ipoh.  


En Hasri bin Abu, telah memberikan panduan yang komprehensif mengenai langkah-langkah penting dalam penerbitan buku.


Bengkel ini diharapkan memberikan pengetahuan yang bermanfaat kepada para penulis dan pensyarah di IPGK Ipoh. Dengan panduan dari En. Hasri bin Abu, diharapkan bahawa peserta dapat meningkatkan prestasi mereka dalam penerbitan buku dan menghasilkan karya yang berkualiti.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#story2023

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst

#makeadifference






10 Jul 2023

Top Borrower Bagi Bulan Jun 2023

 




🎉🎉TOP BORROWER JUN 2023🎉🎉


Tahniah diucapkan kepada semua ‘Top Borrower Of The Month’.


🎁Hadiah misteri bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh🎁


📚JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.📚


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Topborrower2023

#mohpinjambuku

6 Jul 2023

Program Literasi Maklumat : Unit Y4 Dan Unit Y5




6 Julai 2023 - Sesi perkongsian maklumat bersama siswa guru Unit Y4 dan Y5 dibawah bimbingan En. Mohd Zaki bin Jamaluddin mengenai pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM adalah inisiatif yang baik dalam meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan siswa guru yang telah disampaikan oleh Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan). Kemahiran literasi maklumat sangat penting dalam era informasi digital ini. Dengan perkembangan teknologi dan internet, terdapat banyak sumber maklumat yang tersedia dengan mudah.


Mereka juga diajar cara menggunakan Opac Apps Perpustakan dalam pencarian koleksi bahan yang terdapat dalam perpustakaan dan cara menggunakan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dengan lebih efektif. 


Penyertaan siswa guru dalam sesi perkongsian maklumat ini merupakan langkah yang positif dalam meningkatkan kemahiran literasi maklumat mereka. Dengan kemahiran ini, mereka akan dapat menjadi pengguna maklumat yang bijaksana, membuat keputusan yang berinformasi, dan berkomunikasi dengan tepat. Ini akan memberi manfaat kepada mereka dalam menyediakan tugasan yang berkualiti tinggi dan membantu mereka dalam peranan mereka sebagai pendidik.


#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst

#makeadifference

#literasimaklumat&media2023

#IPGKampusIpoh