Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

28 May 2025

Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

 


27 Mei 2025 - Alhamdulillah, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Lawatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 dengan jayanya. Seramai 28 orang peserta mengikuti lawatan ini. Peserta berpeluang membeli buku dengan diskaun istimewa yang ditawarkan sepanjang pameran.  Peserta juga melawat reruai pempamer tempatan dan antarabangsa, termasuk Edukids, Karangkraf, Galeri Ilmu, Hijjaz Resources ,PTS dan banyak lagi.


Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 telah memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada semua peserta. Ia bukan sahaja membuka minda terhadap kepelbagaian penerbitan buku tempatan dan antarabangsa, malah telah menyemai semangat cintakan ilmu dan budaya membaca dalam kalangan peserta.
















Melalui lawatan ini para peserta berpeluang memperluas pengetahuan serta menghargai kepentingan ilmu dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif pembudayaan ilmu dan galakan literasi dalam kalangan warga IPGM Kampus Ipoh.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#ipgmkampusipoh

#pusatsumber

#pbakl2025


16 May 2025

Selamat Hari Ulang Tahun Pn. Nazariah binti Mat Mizar

 


Happy Birthday  Pn. Nazariah binti Mat Mizar🎂🥳🥳

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat…aaminnn


Terima kasih ya Allah hadirkan insan baik dan berbakat ini dalam team kami 🥰🥰🥰


#happybirthday

#raikanharijadi

#TeamLibrary

7 May 2025

Bengkel Aplikasi Maklumat Digital (Google dan Canva)

 

05-06 Mei 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Maklumat Digital ( Google dan Canva) dengan jayanya. Bengkel tersebut telah diadakan di Makmal Bestari, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh.

Bengkel bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam dan kemahiran praktikal mengenai penggunaan aplikasi digital Google dan Canva.

Seramai 26 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan staf yang menghadiri bengkel ini.


Diharapkan semua peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu,malah dapat mengaplikasikannya dalam projek atau tugasan sebenar selepas ini.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”


#canva

#pusatsumberipgmki








5 May 2025

Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streaming

 

29-30 April 2025 : Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streming. Bengkel ini telah diadakan di Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.  Bengkel tersebut disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad  Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber) dan En. Hasri bin Abu (Penolong Pengarah, Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan). Seramai 25 orang peserta yang telah hadir.


Semoga perkongsian sepanjang bengkel ini dapat dimanafaatkan pada masa akan datang.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#pusatsumberipgmki

#bengkellivestreming













3 May 2025

Hebahan : Bengkel Aplikasi Maklumat Digital (Google &Canva)


 

📢 *BENGKEL APLIKASI MAKLUMAT DIGITAL (GOOGLE DAN CANVA)*

📆 *Tarikh: 05 - 06 Mei 2025 (Isnin & Selasa)*

🕣 *Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang*

📍 *Tempat: Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh*

🎯 Anjuran: Unit Pusat Sumber


✨ Bengkel dua hari ini untuk memantapkan kemahiran anda dalam mengurus maklumat digital menggunakan aplikasi Google (Drive, Docs, Slides dan lain-lain) serta memperkasakan kreativiti melalui Canva!


📚Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa📚