Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

13 Sept 2025

JOHAN : Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2025



🌟Tahniah diucapkan kepada En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial 🌟
Staf Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bersama anggota Kumpulan Sokongan Red Spider yang terdiri daripada pelbagai jabatan/unit telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh pada 26 & 27 Ogos 2025.

Lebih membanggakan, kumpulan ini telah berjaya meraih JOHAN dengan inovasi bertajuk KITA (Kit Amaran Teknikal Asrama), satu usaha kreatif dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan dan keselamatan asrama.

Kejayaan ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya inovasi di IPG Kampus Ipoh serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus. πŸ“š

" MembacaSentiasa,IntelektualDiperkasa "

10 Sept 2025

Koleksi Buku Baru September 2025









10 September - Koleksi bacaan terkini kini berada di rak kami!
✔ Menarik & pelbagai genre
✔ Sesuai untuk rujukan & bacaan santai
✔ Sedia untuk dipinjam oleh semua warga kampus
Jom jadi yang terawal mendapatkan pengalaman membaca daripada koleksi terbaharu ini 🌟
πŸ“ Kunjungi Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh hari ini!
πŸ’‘ Jangan lupa juga untuk menyertai Program “Buku Pertamaku” — peluang menarik untuk menjadikan buku pertama anda sebagai permulaan pengalaman membaca yang lebih bermakna! πŸ“–✨
πŸ“šMembaca Sentiasa, Intelektual DiperkasaπŸ“š

9 Sept 2025

Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2025












10 September - Unit Pusat Sumber bersama-sama dengan penganjur utama, Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh pada 26 & 27 Ogos 2025 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGMKI.

Dengan bertemakan “Inovasi Madani Pemangkin Pendidikan Global”, pertandingan ini telah menghimpunkan warga IPGMKI yang terdiri daripada:
✅ Pensyarah
✅ Pegawai Pengurusan
✅ Anggota Kumpulan Pelaksana
✅ Pelajar

Program ini menjadi wadah bagi mencungkil idea kreatif dan inovatif dalam usaha memperkasa bidang pendidikan ke arah kecemerlangan global.
🌟 Tahniah & syabas kepada semua peserta dan pemenang! Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin transformasi pendidikan yang bermakna.

πŸ“šMembaca Sentiasa Intelektual DiperkasaπŸ“š

Program Buku Pertamaku 2025

 

9 September - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menjemput semua pelajar untuk menyertai Program Buku Pertamaku!
πŸ“Œ Syarat & Cara Penyertaan:
1️⃣ Membuat pinjaman buku pertama di Pusat Sumber (11 Ogos – 20 September 2025).
2️⃣ Ambil selfie bersama buku yang telah dipinjam.
3️⃣ Muat naik & kongsi di akaun Facebook/Instagram milik sendiri.
4️⃣ Sertakan caption menarik beserta tajuk buku pertama dalam hantaran.
5️⃣ Gunakan hashtag rasmi:
🎁 Hadiah Misteri menanti anda!
πŸ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan:
πŸ—“ 20 September 2025
⚠️ Pihak Pusat Sumber akan menyemak kesahihan tajuk buku pertama yang dipinjam dalam sistem serta menilai kreativiti caption. Segala keputusan adalah muktamad.
✨ Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa ✨

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan 2025

 


πŸ“š✨ANUGERAH PEMINJAM BUKU TERBANYAK BULANAN ✨πŸ“š
Berita baik untuk semua warga IPGMKI! πŸŽ‰
Nak dapat hadiah MISTERI setiap bulan? 🎁
Mudah saja ➡️ PINJAM buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh!
πŸ’‘ Lagi banyak anda pinjam, lagi cerah peluang untuk jadi:
πŸ† TOP BORROWER OF THE MONTH!πŸ†
πŸ“Œ Syarat ringkas:
πŸ”Ή Pinjaman melalui kaunter sirkulasi sahaja
πŸ”Ή Pinjaman ulang (renew) tidak diambil kira
πŸ”Ή Tiada denda tertunggak
πŸ“Œ Terbuka kepada:
πŸ‘©‍πŸŽ“ Pelajar
πŸ‘¨‍🏫 Pensyarah / Pegawai Pengurusan
πŸ‘©‍πŸ’Ό Staf Sokongan
✨ Jangan lepaskan peluang ini!
πŸŽ‰ *Hadiah misteri menanti anda setiap bulan!* πŸŽ‰

πŸ“– Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa πŸ“–