Buku Jalanan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka Tuhan mengatur strategi buat manusia sekalian supaya dipimpin dengan pegangan Iqra, Bacalah, seperti yang tertulis di dalam kalamnya Surah Al-Alaq. Secara jelas, Tuhan tidaklah menetapkan satu-satu hal tanpa mengimbal balik secara total perihalnya (membaca) dalam kehidupan manusia sejagat.
Ali Syariati dalam Pandangan Dunia dan Ideologinya
berpendapat bahawa ideologilah yang mampu mengubah masyarakat. Justeru,
ideologi yang dibawa sebuah acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan
secara percuma dan aktiviti-aktiviti seni serta dicetuskan atas rasa membuak
untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dipilih untuk dibawa secara
lebih dekat dengan masyarakat mahasiswa IPG Ipoh.
Pada tahun 2013, secara rasminya Buku Jalanan Institut
Pendidikan Guru Ipoh; BJIPGKI (atau terdahulunya dengan nama #BukuLepakSantai)
mula mengambil tempat di kawasan astaka pulako dengan berkadar dua minggu
sekali. Ketika itu, penulis dan rakan-rakan berpendapat bahawa acara sebegini
seharusnya diperluaskan ke setiap institusi untuk menyemai nilai intelektual
dalam setiap bakal guru kerana membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai sesuatu adalah penting bagi keberlangsungan sebagai guru efektif di
sekolah. Kalau tidak silap penulis, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh juga merupakan
penggerak pertama Buku Jalanan didalam maktab dan diikuti pula dengan penubuhan
acara tersebut di Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa.
Jujurnya, terdapat beberapa pandangan negatif ketika Buku
Jalanan IPGKI mula beroperasi. Antara pandangan yang diberikan, “Mengapa perlu
membaca diwaktu petang?”, “Waktu petang adalah untuk beriadah” dan sebagainya. Pada
pendapat penulis, hal sedemikian merupakan sesuatu yang biasa kerana
ketidakbiasaan para penuntut lain melibatkan diri dalam acara sebegitu secara
langsung atau tidak. Begitu juga yang hendak penulis pesankan buat rakan-rakan
diluar yang berada dalam apa jua organisasi untuk tidak patah semangat meskipun
respon yang diterima tidak begitu memberangsangkan. Jangan khuatir, kita punya
banyak masa dan ruang untuk memperbaik acara-acara yang telah dirancang demi
kebaikan bersama. Selain hal yang dinyatakan, di kawasan Ipoh sendiri kita
mempunyai komrad khas yang menggerakkan Buku Jalanan Ipoh di Padang Polo;
rata-ratanya juga dikendalikan oleh pelajar maktab sendiri juga. Maka, tidak
ada salahnya jika kita turut mewujudkan acara yang sama diperingkat masyarakat
penuntut IPGKI.
Pada awalnya, buku-buku yang digunakan semasa acara Buku
Jalanan dijalankan diperoleh daripada penulis bersama rakan-rakan dan
pustakawan maktab, Puan Norhafiza. Berbekalkan segulung tikar, ‘placard’ yang
tercatat sedikit pengenalan dan sebuah ‘luggage’ berisikan buku; Buku Jalanan
IPGKI mula beroperasi. Namun begitu, langit tidak selalu cerah kerana di
penghujung tahun 2013, ‘luggage’ yang penuh berisi buku tadi hilang diatas
sebab-sebab yang penulis sendiri tidak ketahui. Wallahualam.
Meskipun Buku Jalanan IPGKI kelihatan menyepi pada awal
tahun 2014 disebabkan – ketiadaan buku, kaki & tangan untuk pengelolaannya;
penulis percaya pelbagai usaha akan dilakukan oleh krew semester ini.
Semoga bertemu lagi di lain penulisan !
No comments:
Post a Comment