Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor merupakan perpustakaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem pawagam 6D. Perkara ini telah pun dicatatkan di dalam "The Malaysia Book of Records", Edisi Kesembilan 2014.
Sebuah bilik khas dibina khusus untuk pawagam 6D dimana anda boleh merasai pelbagai deria 6D ketika menggunakan bilik ini. Anda juga akan dapat menikmati suasana pengalaman pembelajaran yang amat menyeronokkan dan ianya dapat memberi kelainan serta merangsang kepekaan terhadap deria anda. Pawagam ini juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara khas yang dapat memberikan deria rasa yang lebih realistik. Kesan 3D dan pergerakan turut digunakan bagi membolehkan anda menikmati pengalaman seperti haba, sejuk dan angin bertiup ke wajah anda selama 5 minit.
Perpustakaan ini diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada 10 September 2012.
(Sumber asal daripada: The Malaysia Book of Records.(9th ed.).(2014).Kuala Lumpur, Malaysia: Malaysia Book of Records Sdn Bhd.)
(Gambar sumber daripada Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor: Teater XD/6D. (2014). Retrived 2015, April 24 from: http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/6d)
No comments:
Post a Comment