Pada 5 Jun 2015 yang lalu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan IPG Batu Lintang, Sarawak dan juga ke Perpustakaan UNIMAS yang dikenali sebagai Centre of Academic Information Services (CAIS).
3 JUN 2015 (RABU)
Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada Staff Perpustakaan, Staff Sokongan, para pensyarah IPGKI serta seorang pelajar praktikal termasuk 3 orang kanak - kanak telah menyertai lawatan ini.
Perjalanan ke Sarawak ini sebenarnya bermula pada 3 haribulan Jun iaitu pada hari Rabu. Ahli rombongan lawatan diminta berkumpul di perkarangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada 10.30 malam sebelum bertolak ke KLIA2 dengan mengunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh IPG Kampus Ipoh.
4 JUN 2015 (KHAMIS)
Rombongan tiba di KLIA2 kira - kira pukul 3. 15 pagi dan masing-masing merehatkan diri di sana sementara menunggu waktu penerbangan ke Sarawak pada pukul 9. 45 pagi.
Excited nak naik kapal terbang ni.. |
Penerbangan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kuching kira-kira pada pukul 11 pagi dan setibanya kami di sana, Bas IPG Batu Lintang telah pun menunggu ketibaan kami di sana.
Safely landed.. |
Pesawat Air Asia yang kami naiki. |
Ketua rombongan mengira jumlah ahli di dalam bas sebelum bertolak ke IPG Batu Lintang |
Permandangan Lapangan Terbang Kuching dari dalam bas |
Setibanya kami di IPG Batu Lintang......
Pihak IPG Batu Lintang telah menyediakan asrama buat kami untuk menginap sepanjang kami berada di sini.
Check in asrama |
Asrama yang disediakan oleh IPG Batu Lintang untuk kami menginap |
Selepas check-in asrama, kami terus berehat di bilik masing -masing untuk melepaskan lelah setelah semalam perjalanan bertolak dari Ipoh ke Sarawak.
Ucapan terima kasih tak terhingga daripada kami kepada pihak IPG Batu Lintang kerana menyediakan kemudahan penginapan asrama yang amat selesa kepada kami.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment