Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

29 Sept 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-7

Program Bicara Buku Sesi Ke-7 telah diadakan ada 28 September 2016 bersama dua orang pensyarah iaitu Encik Teh Hang Leng (Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Encik Zainal Abidin Bin Sulaiman (GERKO) bersama dua orang pelajar dari Unit R5 iaitu Cik Meera A/P Seenivasan dan Cik Saalini A/P Paramasiwan.

Program ini diadakan pada hari Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pelajar dan pensyarah.


Program bicara buku pada ini terbahagi kepada empat sesi. Sesi pertama dimulakan dengan ulasan buku oleh Encik Teh Hang Leng dengan sebuah buku pendidikan berbahasa Cina berjudul Qing Wen Hong Lan Laoi Shi (Persoalan Pendidikan Kepada Cikgu Hong Lan). Buku ini mengutarakan tentang sistem pendidikan pada masakini . Di dalam buku ini juga terdapat persoalan-persoalan dari kalangan ibu bapa dalam peranan guru mendidik anak-anak mereka.


Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Encik Zainal Abidin Bin Sulaiman dengan buku motivasi yang berjudul 'The Success System That Never Fail' karya W. Clement Stone. Buku ini adalah ringkasan idea-idea daripada penulis mengenai prinsip-prinsip yang akan menjamin kejayaan antaranya adalah pengurusan masa, tahu arah tuju kemahuan dan kembangkan pengetahuan.


Pada sesi ketiga pula diteruskan dengan Cik Meera A/P Seenivasan dengan novel berjudul 'Ombak rindu' karya Fauziah Ashari. Novel ini mengisahkan Izzah adalah seorang anak yatim piatu yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya. Tugas memelihara Izzah diambil alih oleh bapa saudaranya iaitu Taha. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah lalu menuduh Izzah membawa bencana di dalam keluarga.


Sesi keempat pula diteruskan dengan  Cik Saalini A/P Paramasiwan dengan novel berbahasa Tamil yang berjudul 'Antima Kalam' yang bermaksud masa selepas matahari terbenam. Novel ini menceritakan mengenai kecekalan Sundaram, seorang guru besar dan juga guru disiplin yang terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya menghidapi barah otak. Selain itu, beliau juga terpaksa menerima hakikat yang cucunya juga menghidapi barah darah. Tidak berakhir disitu, beliau juga terpaksa berhadapan dengan konflik keluarga yang dihadapi oleh anak perempuannya. Tetapi walau apa pun masalah hidup, Sundaram dapat menghadapi semua masalahnya dengan tenang dan positif.

Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan pemberian sijil oleh En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Ahmad Said selaku wakil kepada Ketua Unit Perpustakaan kepada keempat-empat orang penyampai bicara buku tersebut. Tahniah diucapkan di atas sumbangan yang diberikan oleh kesemua pembicara buku pada sesi kali ini. 



27 Sept 2016

Kunjungan Guru Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah Tanjung Rambutan (SERATI)

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada 2 orang guru Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah, Tanjung Rambutan (SERATI). Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memohon kebenaran menggunakan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Mereka adalah guru yang sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.







Mesyuarat Perpustakaan Kali Ke-4 Tahun 2016


Pada 26 September 2016 telah diadakan Mesyuarat Perpustakaan kali ke-4 yang dijalankan di Ruang Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Pelbagai perkara yang dibincangkan seperti pematuhan etika kerja, jadual bertugas, penerimaan staf baharu dan sebagainya. Pelbagai idea dan cadangan dilontarkan oleh ahli mesyuarat demi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.

26 Sept 2016

Malam Warisan Perkampungan Bahasa Melayu


Pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) pukul 8.30 malam – 10.30 malam telah diadakan Malam Warisan Perkampungan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Kelihatan Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) sedang menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta sajak. Sajak ciptaan beliau bertajuk “Kasihnya Pemimpin”.  Pada malam tersebut terdapat pelbagai persembahan yang ditampilkan seperti lakonan, persembahan kebudayaan, deklamasi  sajak dan nyanyian. 

15 Sept 2016

Selamat datang Puan Mardziah Bt. Abd. Ghaffar



Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat datang kepada Puan Mardziah Bt Abd. Ghaffar - Pembantu Operasi N11. Puan Mardziah dari Unit Asrama telah menggantikan Puan Salbiah Bt. Mohd Nor berkuatkuasa 15 September 2016. Diharapkan Puan Mardziah dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 

Dikesempatan ini juga Unit Perpustakaan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Salbiah di atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menjadi staf sokongan di Unit Perpustakaan ini. Segala tenaga yang telah dicurahkan oleh beliau dalam pengurusan dan pembangunan perpustakaan ini amatlah besar dan akan diingati sampai bila-bila.

9 Sept 2016

Latihan Pengurusan Dan Penggunaan Sistem ILMU IPGM Zon IPG Utara & IPG Zon Timur

Pada 06 hingga 08 September 2016, Unit Perpustakaan, Sektor Khidmat Pengurusan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan Latihan Pengurusan Dan Penggunaan Sistem ILMU IPGM Zon IPG Utara & IPG Zon Timur di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran bersama IPGM dan Knowledge Link Sdn. Bhd dan dihadiri oleh pegawai dan staf sokongan unit perpustakaan di IPG masing-masing.

Staf sokongan dari Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh iaitu Cik Azliana, Puan Asrofah dan Encik Manogran telah dipilih untuk menghadiri latihan selama 3 hari itu. Antara modul-modul latihan sistem ILMU yang ajar adalah Circulation, Cataloging, Foundation, Receipting dan Webopac.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Aidah, Cik Siti Hidayah dan Cik Wan Ainol, fasilitator dari Knowledge Link Sdn. Bhd. dan juga urusetia Puan Maiyumi, pustakawan dari IPGM di atas tunjuk ajar yang telah diberikan. Semoga usaha ini dapat diteruskan di hari-hari yang akan datang.











8 Sept 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-6

Pada 07 September 2016, Unit Perpustakaan telah mengadakan Program Bicara Buku Sesi Ke-6 di Ruang Santai Perpustakaan. Program ini telah dihadiri oleh guru pelatih dari Unit R1, R3 dan R5. Pembicara buku pada kali ini ialah Dr. Wong Kiet Wah (Jabatan Ilmu Pendidikan), Darshni A/P Jayabalan (Unit R5) dan Arivirkarasi A/P Selvarasan (Unit R5).

Idea dan intipati buku yang diutarakan oleh ahli panel sungguh menarik dan memberi impak positif kepada guru pelatih yang hadir. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih dia atas kerjasama yang diberikan.




1 Sept 2016

Pameran Bahan Kemerdekaan

Sempena bulan kemerdekaan ini, Unit Perpustakaan turut menyediakan papan pameran. Di papan pameran tersebut dipamerkan gambar-gambar pejuang menentang komunis, tokoh-tokoh atau pejuang kemerdekaan, sajak-sajak kemerdekaan, pantun-pantun dan artikel kemerdekaan. Kelihatan para pengunjung perpustakaan tidak melepaskan peluang untuk melihat papan kenyataan tersebut.