Pada 3 Mei 2017, semua staf Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Mesyuarat Pusat Sumber Bil. 2/2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan. Selain itu, staf-staf diperingatkan agar mengekalkan prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengunjung Pusat Sumber.
No comments:
Post a Comment