Pada 30 Julai 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan S22), Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22 KUP), Pn. Nazariah bt Mat Mizar ( Pembantu Operasi) , dan En. Mohd Taha bin Alang Othman (Pembantu Operasi).
Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada 2018 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan uacapan syabas dan terima kasih kepada Pegawai dan kakitangan Unit Pusat Sumber yang komited dalam tugas dan usaha meningkatkan keceriaan dekorasi di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.
No comments:
Post a Comment