Pada 27 Jun 2018 yang lalu, pihak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menjalankan kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu En. Mohd Taha bin Alang Othman yang sedang mendapat rawatan penyakit kanser tahap 4. Beliau juga terpaksa membayar semula wang kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil cuti sakit melebihi had yang ditetapkan.
Pada 25 Julai 2018 Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menyerahkan kutipan sumbangan ikhlas tersebut kepada Pegawai Eksekutif Pn. Hazimah bt Sapian untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang telah menghulur sumbangan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Insyah Allah.
No comments:
Post a Comment