Pada 17 Julai 2019. Bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus
Ipoh telah diadakan Seminar Klik, Share & Viral yang dianjurkan oleh Jabatan Agama
Islam Perak dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh. Seminar ini telah dihadiri oleh
pelbagai jabatan dari sekitar Ipoh; di antaranya Mahkamah Syariah Ipoh, IPG
Kampus Ipoh (pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih), Kementerian Dalam
Negeri, Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti Sungai Siput, Jabatan
Pengangkutan Jalan dan Institut Latihan Perindustrian.
Seminar ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama
disampaikan oleh Ustaz Ahmad Munawir bin Salahudin (Jabatan Agama Islam
Perak) yang bertajuk "Fitnah: Media Baharu". Manakala slot kedua pula
oleh Ustaz Mohd Faizal bin Mohd Akhir (Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk
"Gara-gara Obses Media Sosial". Seminar ini telah dirasmikan oleh
Datuk Mohd Yusof bin Husin (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak).
No comments:
Post a Comment