Pada 27-29
Ogos 2019, IPG Kampus Pulau Pinang telah menganjurkan Pesta Buku IPG 2019.
Terdapat beberapa pertandingan yang di adakan bagi memeriahkan Pesta Buku IPG
2019. Antaranya ialah Pertandingan Terbitan Tertinggi Antara IPG,
Pertandingan Koleksi Terbitan IPG, Pertandingan Jualan Buku Tertinggi ,
Pertandingan Grafik Buku dan Pertandingan Program Membaca Berimpak Tinggi. Program
ini di rasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , YB Dr. Maszlee Malik
manakala perasmian Majlis Penutupan oleh YB Tuan Wong Hon Wai , Ahli
Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Tahniah kepada IPG Kampus Ipoh terutamanya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mendapat tempat Naib Juara bagi Pertandingan Program Galakan Membaca Berimpak Tinggi Antara Perpustakaan IPG, Naib Johan Pertandingan Grafik Kulit Terbaik (Kategori Pelajar), Tempat Ketiga Pertandingan Grafik Kulit Buku Terbaik (Kategori Pensyarah) ,Johan Pertandingan Jualan Buku Tertinggi (Kategori Pelajar).
Sempena Pesta Buku IPG 2019 ini, booth Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
menyelitkan aktiviti Cabutan Hadiah Misteri. Pengunjung yang berminat menyertai
aktiviti ini dikehendaki mengambil sebiji kacang didalam bekas. Pengunjung yang
berjaya mendapatkan bacang bertanda mendapat hadiah misteri. Tahniah yang
berjaya mendapatkan kacang bertanda untuk hadiah misteri.
Selain itu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah menerima sumbangan
buku daripada IPG Kampus Dato Razali Ismail dan IPG Kampus Bahasa Melayu.
Buku sumbangan IPG Kampus Dato Razali Ismail yang berjudul 'Menguak Jendela
PhD' dan 'Kesukarelawan : Realiti, Cabaran dan Model Siswa Guru di Malaysia
" di sampaikan oleh Dr. Yuslaini bt Yunus. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
(Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) sangat gembira dan berbesar hati
menerima buku-buku ini. Diharapkan buku-buku ini dapat di manafaatkan oleh
pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Dr. Yus 🌷🌷
Manakala sumbangan buku yang
berjudul "Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2019 - 2025 "
daripada IPG Kampus Bahasa Melayu. Sumbangan ini di sampaikan oleh Pn.
Azlinawati. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) mengucapkan
setinggi - tinggi terima kasih atas sumbangan buku ini yang sangat sesuai
menjadi bahan rujukan di Perpustakaan. Gambar : Sumbangan Buku Daripada IPG Kampus Bahasa Melayu
Terima kasih Puan Azlinawati 🌷🌷🌷
Gambar lain : Pesta Buku IPG 2019
No comments:
Post a Comment