Pada 17 September 2020 (3.30 ptg -4.30 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini diadakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan.
Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh Pn.Nasimah bt Abdul Jal, Pn.Nazariah bt Mat Mizar dan En. Mustafa Isram. Seramai 18 orang guru pelatih dari Unit W2 yang menghadiri bengkel ini.
Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan PNM (U-Pustaka) bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih.
Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan Dr. Mohd Nazri Zainuddin pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek Pengenalan Kebudayaan Melayu.
No comments:
Post a Comment