23 September 2020 bermula jam 2.30 petang - 4.30 petang, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini diadakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh Pn.Nasimah bt Abdul Jal , Pn.Nazariah bt Mat Mizar dan Pn. Asrofah Anuas.
Seramai 36 orang guru pelatih dari Unit W4 dan W13 yang menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dijalankan dalam 2 sesi bagi mematuhi SOP Covid 19.
Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan PNM (U-Pustaka) bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan membuat tesis /assignment.
Bahan-bahan dalam talian seperti e-book, e-jurnal dan e- magazine ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. Tips pencarian bahan juga turut dikongsi dalam bengkel ini.
Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan Cik Phun dan Pn Rosmah (mentor & pensyarah) bagi guru pelatih ini.
No comments:
Post a Comment