21 April 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan dapat melaksanakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dengan jayanya.
Di peringkat Institusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program ini telah dilaksanakan pada jam 10.30 pagi - 10.40 pagi di Dewan Seri Tanjung atas faktor kesesuaian masa dan tempat siswa/siswi iaitu selepas berlangsungnya Program Bicara Warkah Cinta Tuhan. Pada masa yang sama, Program Jom Baca juga dilaksanakan dalam kalangan peserta Bengkel Vaksin Diri Melalui Terapi Kreatif di Mini Teater dan anak-anak didik Prasekolah Seri Mawar serta pengunjung di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Unit Perpustakaan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral (JAPIM) , Unit Psikologi dan Kaunseling , Jabatan Ilmu Pendidikan dan seterusnya semua warga kampus yang menyertai dan menyokong pelaksanaan program ini walau di mana pun berada.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah disiarkan secara langsung di platform Youtube pada minit ke 1:58:32
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkibethefirst
#makeadifference
#jombaca2022
#perpustakaanipgki
No comments:
Post a Comment