Unit Perpustakaan IPGK Ipoh telah dijemput hadir ke aktiviti
Jom Ngeteh Borak Buku bersama Meor Farid Asyradi; penulis novel “Travelog MR.
Traveller” yang mendapat sambutan meriah terutama sekali di kalangan golongan
belia seluruh Malaysia. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Puteri UMNO dengan
kerjasama ADUN Manjoi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohamed Ziad. Program
santai Jom Ngeteh ini diadakan di Restoran Tihani’s, Meru Raya dan dihadiri
para pemuda-pemudi UMNO. Program ini dijalankan secara santai pada petang Ahad (03/04/2016).
Pada petang tersebut, saudara Meor telah berkongsi
pengalaman beliau merantau ke 15 buah negara sepanjang 15 hari beliau merantau
di Eropah dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. Saudara Meor telah
banyak berkongsi pengalaman beliau terutama sekali cabaran beliau dalam
mengawal perbelanjaan sepanjang perantauan beliau tersebut seperti hanya
berbekalkan mee segera dan biskut. Namun perantauan beliau telah membuka mata
pembaca bahawasanya ia tidaklah mustahil bagi seseorang pemuda itu untuk
menjelajah Eropah dengan semangat nekad dan keyakinan yang tinggi.
Program Bicara Buku ini dijayakan lagi dengan pembentangan
daripada Dr. Nazri sendiri yang mengulas mengenai sifat kepimpinan yang ada
pada si perantau, Meor sepanjang perantauan beliau di Eropah. Selain itu,
pensyarah IPGK Ipoh iaitu Haji Hamdan Bin Yaakub juga telah membentangkan hasil
kajian beliau tentang buku novel Travelog Mr. Traveller tersebut mengenai
kemahiran insaniah saudara Meor semasa merantau di Eropah.
Program tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh Restoran Tihani’s kepada para tetamu yang hadir pada petang tersebut.
No comments:
Post a Comment