Pada tanggal 6 April yang lalu, Unit Perpustakaan telah
mengadakan program Bicara Buku bersama pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa
Melayu iaitu Puan Hajah Norehan Muhamad dan juga Puan Normah Kamarodzan.
Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pensyarah
dan juga pelajar membicarakan sedikit sebanyak mengenai buku-buku yang pernah
dibaca selama 45 minit bermula 2.30 petang sehingga 3.15petang. Program
tersebut telah dihadiri oleh 20 orang guru pelatih Pengajian Tamil, para staf
sokongan dan juga beberapa orang pelajar praktikal daripada UPSI.
Bicara buku tersebut terbahagi kepada dua sesi yang
dimulakan oleh Puan Norehan Muhamad dan diteruskan dengan sesi kedua bersama
Puan Normah Kamarodzan.
Istimewanya disini, Puan Norehan memilih untuk membicarakan
buku hasil tangannya sendiri yang berjudul “Biarkan Ia Terbang”. Beliau telah
menerbitkan buku tersebut pada tahun 2007. Buku beliau mengisahkan tentang
kisah seorang gadis yang bernama Nohan yang hidup di zaman Melayu lama dimana
gadis-gadis pada zaman itu hanya dibenarkan untuk berada di dapur sahaja.
Selain itu, buku ini juga mengisahkan pengorbanan yang Nohan lakukan demi
kejayaan adik-adiknya sehingga berjaya. Sekiranya pembaca ingin mengetahui
lebih mengenai buku ini, buku ini boleh didapati di Perpustakaan IPGK Ipoh ini
sendiri di rak 800-900.
Sesi kedua diteruskan lagi dengan bicara buku oleh Puan
Normah dengan buku yang telah beliau kaji berjudul “Panas Salju” oleh Talib Samat. Buku
ini pula mengisahkan tentang kisah hidup Nadhirah yang menghidapi penyakit
leukimia. Ibunya, Busrah sanggup mempetaruhkan nyawanya dengan memindahkan
hatinya kepada Nadhirah. Buku ini juga merupakan salah satu novel komsas yang
digunakan di peringkat sekolah menengah iaitu tingkatan 3. Buku ini boleh
didapati di perpustakaan IPGK Ipoh juga di rak 800-900.
Sebagai penutup, Dr. Mohd Nazri selaku Ketua Unit
Perpustakaan telah menyampaikan sijil kepada pensyarah yang telibat pada hari
tersebut.
No comments:
Post a Comment