Koleksi Penerbitan

PENERBITAN

25 Sept 2020

Bengkel Literasi Maklumat Unit W9

24 September 2020 : Tahniah Unit W9 Pengajian Agama Islam kerana berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih kepada Puan Sabariah Khairuddin Pustakawan, Puan Nasimah Abdul Jal dan Puan Nazariah Mat Mizar kerana menjayakan bengkel pada hari ini. Semoga maklumat yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua guru pelatih.

Majlis Penutupan Audit Dalaman 2020 MS ISO 9001:2015 : Tahniah Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

24 September 2020. Majlis Penutupan Audit Dalaman 2020 MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh) dan merasmikan majlis penutupan ini. Beliau berharap para pensyarah dan semua staf menjalankan tugas dengan penuh komited dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Tahniah kepada Unit Perpustakaan kerana memudahkan pengguna perpustakaan dalam pencarian buku, menyediakan google form dalam membuat Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan semasa PKP dan menyediakan Sudut Seri Refflesia.

Bengkel Literasi Maklumat Unit W4 Dan W13

23 September 2020 bermula jam 2.30 petang - 4.30 petang, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini diadakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh  Pn.Nasimah bt Abdul Jal , Pn.Nazariah bt Mat Mizar dan Pn. Asrofah Anuas.

Seramai 36 orang guru pelatih dari Unit W4 dan W13 yang menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dijalankan dalam 2 sesi bagi mematuhi SOP Covid 19. 

Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan PNM (U-Pustaka) bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan  membuat tesis /assignment. 

Bahan-bahan dalam talian seperti e-book, e-jurnal dan e- magazine ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. Tips pencarian bahan juga turut dikongsi dalam bengkel ini. 

Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan Cik Phun dan Pn Rosmah (mentor & pensyarah) bagi guru pelatih ini.

22 Sept 2020

Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015 : Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pada 22 September 2020, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015. 

Juru audit kali ini  ialah En. Mustafa Kamal bin Alias. Tahniah En. Nurul Azmi Mat Nor, Ketua Pusat Sumber dan Pn. Sabariah bt Khairuddin, Pustakawan serta semua kakitangan Perpustakaan dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik. Moga selepas ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik. 

Congratulations 🌷🌷🌷 
tingkatkan kerjasama dalam pasukan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh!!

Bengkel Literasi Maklumat Unit W15

22 September 2020 : Tahniah dan terima kasih kepada Pensyarah Bimbingan Kaunseling Unit W15 Puan Mastura Karimuddin dan Pelajar kerana telah mengikuti Bengkel Literasi dan Maklumat. Taklimat penerangan bahan di perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Nes Eima, Pembantu Pustakawan dan pencarian bahan dalam talian menggunakan pangkalan data U-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia dan E-Perpustakaan IPGM telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Saba Khairuddin. Turut membantu Pn. Nazariah Mizar . En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini.   Terima kasih semua.🥰🥰

18 Sept 2020

Bengkel Literasi Maklumat Unit W1

18.9.2020 : Terima kasih kepada mentor Unit W1 Dr. Mohd Nazri Zainuddin kerana sudi meluangkan masa membawa mentee beliau mempelajari teknik pencarian bahan secara berkesan di dalam Bengkel Literasi anjuran Unit Perpustakaan.

17 Sept 2020

Bengkel Literasi Maklumat - Unit W2


Pada 17 September 2020 (3.30 ptg -4.30 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini diadakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. 

Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh  Pn.Nasimah bt Abdul Jal, Pn.Nazariah bt Mat Mizar dan En. Mustafa Isram. Seramai 18 orang guru pelatih dari Unit W2 yang menghadiri bengkel ini. 

Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan PNM (U-Pustaka) bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan  membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. 

Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan Dr. Mohd Nazri Zainuddin  pensyarah Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek Pengenalan Kebudayaan Melayu.

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat mengalu-alukan kepada semua pensyarah dan pelatih yang berminat untuk mengikuti bengkel ini mengikut kesesuaian masa masing-masing. Tempahan boleh dibuat di kaunter Sirkulasi

10 Sept 2020

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Anugerah Khidmat Setia : Tahniah

 


10 September 2020. Unit Perpustakaan Seri Rafflesia IPG Kampus Ipoh berasa sangat berbangga atas pencapaian cemerlang yang diraih oleh 2 orang kakitangan dari Unit Perpustakaan. Tahniah Pn.
Nazariah Mizar  penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan mantan Ketua Pusat Sumber Dr. Mohd
Nazri Zainuddin 
menerima Anugerah Khidmat Seti
a

Acara Ringkas Perasmian Sudut Seri Rafflesia dan Melancarkan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh Tahun 2021-2025

 


10 September 2020 - Ybrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) telah membuat lawatan kerja ke Majlis Anugerah Cemerlang IPG Kampus Ipoh.
Seusai Majlis Anugerah Cemerlang, YBrs. Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim berkesempatan ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk acara ringkas perasmian Sudut Seri Rafflesia dan melancarkan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh Tahun 2021-2025. Beliau juga melawat Bengkel Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Bermakna (KPPB) Fasa 2, IPGM selain melawat bahan penerbitan perpustakaan dan Sudut KIK di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Seluruh warga IPG Kampus Ipoh merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBrs. Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim.

7 Sept 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Cik Annur Humaira Azhar

 


Terima kasih kepada saudari Annur Humaira Azhar , pelajar IPG Kampus Ipoh diatas sumbangan buku karya pertama beliau. Semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh untuk terus menulis dan menghasilkan karya yang menjadi kegemaran pembaca di Malaysia! Tahniah adik!

4 Sept 2020

Buletin Taman Berkarya Edisi Khas Covid 19 (eISSN 2710-6683)





 

Selamat membaca. Terima kasih kepada semua penyumbang karya Buletin Taman Berkarya Edisi Khas Covid 19. Tahniah kepada semua warga IPG Kampus Ipoh kerana anda semua berbakat dalam bidang penulisan

3 Sept 2020

Pemantauan Pematuhan Standard Operating Procedure (S.O.P) Bagi Pembukaan Semula IPG : Perpustakaan IPG Kampus Ipoh



3 September 2020 - Rektor IPGM, Ybrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad. telah membuat lawatan kerja ke IPG Kampus Ipoh. Antara misi lawatan beliau adalah untuk memantau pematuhan Standard Operating Procedure (S.O.P) bagi pembukaan semula IPG.

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa amat berbangga kerana Perpustakaan menjadi tempat pilihan untuk dilawati seterusnya beliau turut merasmikan Keluaran Khas Karya Covid untuk Buletin Taman Berkarya Perpustakaan.

2 Sept 2020

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 2020


 

2 September 2020 - En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor@ Ahmad Nor (Ketua Unit  Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah memberi taklimat mengenai perkhidmatan Perpustakaan dalam norma baharu ini kepada pelajar baharu PPISMP Ambilan 2020.

Calon Sebagai Penerima Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia 2020.

 



Unit Perpustakaan IPGKI merakamkan ucapan Tahniah buat dua orang Pensyarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Mohd Nazri Zainuddin  dan Dr. Mohd Razak Mohd Nordin  kerana tercalon sebagai penerima Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia  2020.


Jom mengundi di sini
https://rb.gy/i7aamx

Semoga buku ini diangkat sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Anugerah Buku PNM 2020 yang dijadualkan pada 27 Oktober 2020. Tarikh tutup undian adalalah pada 20 September 2020.

1 Sept 2020

Buku Baharu September 2020




Jom dapatkan bahan bacaan baharu di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu PPISMP Bagi Kemasukan Tahun 2020

 


Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu PPISMP Bagi Kemasukan Tahun 2020 ke institusi ini.


Kredit : JPP dan BkdM IPG Kampus Ipoh