Perak
merancang untuk merombak sistem perpustakaan di negeri ini bagi
memastikan ia menjadi hub penyaluran ilmu yang lebih berkesan.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perancangan itu dibuat
bagi memastikan misi menjadikan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu
pengetahuan (K-State) dapat dicapai.
Menurut beliau, di negara-negara maju, perpustakaan dianggap sebagai nadi yang mengukur kemajuan sesebuah masyarakat.
"Kita
mempunyai 108 perpustakaan dan dengan jumlah ini, kita mengharapkan
setiap satu dapat dilengkapkan dengan sistem penyampaian selaras dengan
perkembangan ilmu dan masa," katanya ketika satu sidang media selepas
membuat lawatan kerja ke Sudut Koleksi Dr Zambry di Perpustakaan Negeri
di Ipoh pada Isnin.
Menurut
beliau, antara peracangan yang akan dibuat ialah dengan mewujudkan satu
kawasan interaktif untuk semua golongan, termasuk para penyelidik.
Selain itu, beliau juga mencadangkan beberapa sudut koleksi buku tokoh-tokoh yang berasal daripada negeri ini dapat diwujudkan.
"Mereka
yang ternama dari negeri ini juga boleh memberi sumbangan kepada
perpustakaan dengan buku-buku pilihan, sebagai contoh mewujudkan sudut
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Perpustakaan
perlu memainkan peranan dalam sistem penyampaian ilmu yang lebih
berkesan termasuk perkhidmatan terbaik bagi mencapai misi kita," ujarnya
lagi.
Sumber asal daripada: Portal Perak News
0 comments:
Post a Comment