Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Perkhidmatan Perpustakaan


Perkhidmatan dan Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan IPGKI

  1. Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi
  2. Kaunter Sirkulasi memberi perkhidmatan kepada para pengguna perpustakaan IPGKI untuk melakukan proses peminjaman dan pemulangan bahan serta menguruskan proses penerimaan bayaran denda lewat pemulangan bahan dari pengguna. Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi ini terletak di ruang hadapan dan berhampiran dengan pintu masuk Perpustakaan IPGKI.

    Kaunter Sirkulasi


  3. Perkhidmatan Wifi/Internet
  4. Perpustakaan IPGKI menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan khas bagi memudahkan pengguna perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang ingin mengakses maklumat dengan menggunakan komputer riba peribadi atau gajet persendirian masing-masing.

  5. Perkhidmatan Katalog Atas Talian (Web OPAC)
  6. Katalog atas talian (Online Public Access Catalog) merupakan satu medium atau pendekatan berasaskan web yang digunakan untuk memudahkan pencarian buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan. Selain itu, Pengguna boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai keahlian dan proses pinjaman dan pemulangan buku atau bahan perpustakaan. Web OPAC Perpustakaan IPGKI boleh diakses di URL 10.12.160.22/equip-ipip. Pengguna boleh rujuk di sini untuk mengetahui cara-cara penggunaan Web OPAC.

    Komputer khas untuk penggunaan Web OPAC


  7. Perkhidmatan Pembaharuan Pinjaman (Book Renewal)
  8. Boleh dibuat di kaunter perkhidmatan sirkulasi dengan syarat bahan tersebut tidak boleh ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan sirkulasi atau melalui sistem WebOPAC ataupun melalui e-mel kepada perpustakaan:perpustakaanipgki@gmail.com
    Pembaharuan pinjaman melalui e-mel hendaklah dilakukan 2 hari sebelum tarikh pinjaman tamat. Sila sertakan nombor perolehan buku dan nombor kad pengenalan anda bagi memudahkan urusan pembaharuan pinjaman melalui e-mel. Pihak perpustakaan akan menghantar e-mel kepada anda untuk memberi maklum balas dan maklumat terkini mengenai tarikh baru pemulangan bahan yang telah diperbaharui tarikh pinjaman.

  1. Perkhidmatan Tempahan Bahan (Reservation)
    Boleh dibuat di kaunter perkhidmatan pengguna dengan mengisi borang yang disediakan melalui Sistem ILMU. Dihadkan kepada bahan yang ada di dalam pinjaman pengguna yang lain sahaja. Pengguna hanya boleh dan dihadkan tempahan hanya SEKALI SAHAJA untuk satu bahan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna lain menggunakan bahan tersebut. Bahan yang ditempah akan disimpan selama 5 hari sahaja. Jika lewat, bahan tersebut akan disusun kembali di rak.

  2. Perkhidmatan Pangkalan Data (PNM Digital)
  3. Perpustakaan IPGKI juga turut sama menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat melalui pangkalan data yang dinamakan PNM Digital. Melalui PNM Digital, pelbagai kemudahan pangkalan data boleh diakses secara atas talian (On-line) seperti Encyclopedia Britainnica Online, Mylib, EBSCO Host, Emerald, E-book, E-Journal, E-Newspaper dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan tersebut dihoskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Sila rujuk di sini untuk mendapatkan tutorial penggunaan PNM Digital.

  4. Perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan (PAP)
  5. Merupakan perkhidmatan untuk mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh serta dari perpustakaan IPGK atau mana-mana IPTA. Bayaran salinan foto atau perkhidmatan penghantaran segera seperti faks, pos laju atau Courier Service akan dicajkan kepada pemohon (ahli) apabila bahan diterima kelak. Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini mesti melengkapkan Borang Tempahan Antara Perpustakaan (PAP) yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan pengguna.

    *Nota: Pemohonan PAP hendaklah dibuat sebulan sebelum bahan diperlukan dan hanya pemohonan bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sahaja yang akan diproses.

  6. Perkhidmatan Interlibrary Loan (ILL)
  7. Merupakan perkhidmatan pinjaman bahan antara kampus IPG di seluruh Malaysia. Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini mestilah melengkapkan borang tempahan yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan pengguna atau pun boleh berjumpa terus dengan Pustakawan IPGKI.


  8. Bilik IT/ Ruang Santai
  9. Menempatkan beberapa buah komputer bagi memudahkan pelajar menyiapkan projek, kertas kerja dan sebagainya. Perkhidmatan ini hanya dibuka pada waktu pejabat dan penggunaan komputer adalah terhad. Pengguna perlu mengisi butiran di kaunter sirkulasi untuk menggunakan komputer yang ada di bilik IT. Di dalam bilik IT juga disediakan ruang santai bagi membenarkan para pengguna perpustakaan membaca bahan maklumat dalam suasana santai. Selain itu, penyediaan meja karel turut disediakan di dalam bilik IT bagi pengguna yang mahu ruang peribadi serta ingin memggunakan komputer riba sendiri untuk melakukan tugasan kuliah dan sebagainya.

    Bilik IT / Ruang Santai

    Suasana Bilik IT / Ruang Santai

    Meja Karel turut ditempatkan di dalam Bilik IT


  10. Bilik RedSpot
  11. Menempatkan bahan-bahan seperti majalah terkini, keratan akhbar, jurnal, koleksi kertas soalan peperiksaan IPG serta kajian tindakan pelajar IPG Kampus Ipoh. Tidak dibenarkan dibawa keluar bahan-bahan yang terdapat di dalam Bilik RedSpot. Rujukan hendaklah dibuat di dalam bilik RedSpot sahaja. Sekiranya ingin membawa bahan-bahan tersebut keluar dari Bilik RedSpot (untuk tujuan fotokopi dan rujukan di dalam perpustakaan sahaja), sila dapatkan kebenaran dari pegawai yang bertugas di dalam Bilik RedSpot. Pengguna perpustakaan IPGKI juga TIDAK DIBENARKAN untuk menyalin, membuat fotokopi dan mengambil gambar kajian tindakan (tesis) pelajar IPGKI. Pengguna Perpustakaan IPGKI hanya dibenarkan menggunakan kajian tindakan (tesis) untuk tujuan rujukan di dalam bilik RedSpot sahaja.

    Bilik Redspot


  12. Bilik Diskusi
  13. Satu bilik khas yang disediakan oleh pihak perpustakaan yang berfungsi sebagai bilik seminar untuk tujuan perbincangan. Bilik ini dilengkapi dengan meja perbincangan dan kerusi serta papan putih bagi memudahkan membuat perbincangan. Di dalam bilik ini juga turut ditempatkan majalah berjilid koleksi yang terdahulu serta ruang pembelajaran kendiri. Walaubagaimanapun, pengguna perpustakaan TIDAK DIBENARKAN membuat kelas di dalam bilik diskusi ini.

    Meja Perbincangan

    Ruang Pembelajaran Kendiri


  14. Bilik Rujukan
  15. Menempatkan bahan-bahan seperti buku rujukan, buku RedSpot, Kamus, Encyclopedia Thesaurus dan Buletin.

    Bilik Rujukan


  16. Bilik Akses
  17. Menempatkan bahan-bahan seperti bahan audio visual (cd/vcd/dvd), kaset, carta, atlas, kad aktiviti, bahan kursus/seminar dan modal kursus. Urusan peminjaman bahan-bahan ini hendaklah dibuat di kaunter peminjaman ataupun di pejabat perpustakaan. Turut disediakan satu buah komputer di dalam bilik akses yang mempunyai pangkalan data bagi memudahkan pencarian bahan audio visual (CD/VCD/DVD).

    Komputer di bilik Akses dan koleksi Audio Visual

    Penyimpanan Carta dan Atlas

    Antaramuka Pangkalan Data CD


  18. Bilik Beg & Loker Berkunci
  19. Bilik Beg & Loker Berkunci disediakan oleh pihak perpustakaan bagi memudahkan para pengguna perpustakaan IPKI untuk menyimpan beg atau barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan seperti payung, fail dan lain-lain. Pengguna hendaklah mengisi butiran di kaunter sirkulasi untuk mendapatkan khidmat loker berkunci.

    Bilik Beg

    Loker Berkunci


  20. Ruang Bacaan
  21. Ruang yang disediakan untuk memudahkan pengguna membaca bahan perpustakaan serta melakukan tugasan.



    Ruang Membaca


  22. Sudut Kanak-Kanak
  23. Menempatkan koleksi bahan yang sesuai digunakan oleh kanak - kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

    Sudut Kanak - Kanak


  24. Sudut Akhbar & Majalah
  25. Disediakan bagi memberi keselesaan para pengguna Perpustakaan IPGKI untuk membaca akhbar harian serta majalah dan bahan terbaru yang dipamerkan di sudut majalah.

    Sudut Membaca Akhbar dan Majalah


  26. Sudut Buku Teks
  27. Menempatkan buku-buku teks yang diguna pakai di dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah dari peringkat Prasekolah sehingga Sekolah Menengah.

    Sudut Buku Teks


  28. Pameran Bahan Baru
  29. Pameran bahan baru akan dibuat dari masa ke masa. Bahan ini akan dipamerkan di rak pameran selama satu hingga dua minggu.

    Bahan baru dipamerkan di sini


  30. Galeri Perpustakaan
  31. Mempamerkan gambar - gambar aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak Perpustakaan IPGKI.

    Sudut Galeri Aktiviti Perpustakaan IPGKI


  32. Peti Cadangan
  33. Membolehkan pengguna memberikan cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan. Peti ini diletakkan dipintu masuk perpustakaan.


1 comment:

  1. Are you in a financial crisis, looking for money to start your own business or to pay your bills?
    GET YOUR BLANK ATM CREDIT CARD AT AFFORDABLE PRICE*
    We sell this card to all our customers and interested buyers worldwide,Tho card has a daily withdrawal limit of $5000 and up to $50,000 spending limit in stores and unlimited on POS.
    **WHAT WE OFFER**
    *1)WESTERN UNION TRANSFERS/MONEY GRAM TRANSFER*
    *2)BANKS LOGINS*
    *3)BANKS TRANSFERS*
    *4)CRYPTO CURRENCY MINNING*.
    *5)BUYING OF GIFT CARDS*,
    *6)LOADING OF ACCOUNTS*
    *7)WALMART TRANSFERS*
    *8)BITCOIN INVESTMENTS*
    *9)REMOVING OF NAME FROM DEBIT RECORD AND CRIMINAL RECORD*
    *10)BANK HACKING*
    email blankatmmasterusa@gmail.com
    you can also call or whatsapp us Contact us today for more enlightenment

    +1(539) 888-2243
    WE ARE REAL AND LEGIT...........2019 FUNDS/FORGET ABOUT GETTING A LOAN..

    IT HAS BEEN TESTED AND TRUSTED

    whatsapp only ===>>   +1(539) 888-2243

    ReplyDelete