Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Koleksi Perpustakaan


Koleksi Perpustakaan

  • Koleksi Am
  • Merangkumi bahan dari pelbagai bidang/bahan ini boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan pinjaman. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kelayakan pengguna mengikut kategori.

  • Koleksi Rujukan
  • Merupakan koleksi bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, almanak, bibliografi, indeks, abstrak dan lain-lain. Bahan dalam koleksi ini diberi tanda "RUJ" dan hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

  • Koleksi Redspot
  • Terdiri daripada bahan rujukan yang disyorkan oleh pensyarah bagi pinjaman jangka pendek (1 hari sahaja). Pensyarah akan memaklumkan perpustakaan dari masa ke masa judul-judul bahan yang perlu ditempatkan di koleksi ini bagi bidang masing - masing. Pensyarah boleh mencadangkan judul bahan pada setiap semester dengan melengkapkan Borang Cadangan Pesanan Buku. Buku -buku ini adalah buku yang popular dan bilangannya agak terhad di perpustakaan.

  • Koleksi Terbitan Bersiri
  • Menempatkan jurnal, majalah, dan lain-lain bahan bersiri (dalam dan luar negara) termasuk surat khabar tempatan. Koleksi ini dibahagikan kepada beberapa kategori.

  • Jurnal Kini
  • Merupakan jurnal keluaran terbaru dan semasa. Koleksi ini ditempatkan di bilik RedSpot dan disusun mengikut jenis bahan. Pengguna perlu berurusan di kaunter bilik RedSpot untuk merujuk bahan ini.

  • Jurnal Kebelakangan
  • Merupakan jurnal keluaran tahun-tahun terdahulu. Ia disusun mengikut nombor panggilan dan pengguna boleh terus merujuk di rak dalam bilik RedSpot.

  • Majalah
  • Merupakan majalah berbentuk rekreasi yang sering dirujuk oleh pengguna. Koleksi ini ditempatkan di sudut suratkhabar dan majalah. Pengguna perlu berurusan di kaunter bilik RedSpot untuk rujukan bagi majalah berjilid.

  • Surat Khabar
  • Merupakan surat khabar semasa dan kebelakangan. Surat khabar semasa boleh dirujuk terus di sudut majalah dan suratkhabar, manakala untuk merujuk suratkhabar kebelakangan pengguna perlulah berhubung dengan kakitangan yang bertugas di bilik RedSpot.

  • Prospektus IPG
  • Menempatkan prospektus IPG dan universiti tempatan. Prospektus ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

  • Koleksi Perdana
  • Merupakan sumber rujukan kepada sejarah pemerintahan, idea, pemikiran Perdana Menteri Malaysia dahulu dan kini. Koleksi ini juga merupakan bahan penyelidikan kepada tenaga pengajar dan para pelajar.

  • Koleksi Penyelidikan (Tesis)
  • Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik IPG serta tesis para pelajar. Koleksi ini hanya untuk rujuakn di dalam perpustakaan sahaja dan pengguna dilarang membuat salinan. Koleksi ini ditempatkan di Bilik RedSpot.

  • Koleksi CD-ROM
  • Merupakan koleksi yang merangkumi bahan multimedia seperti CD dan carta. Pengguna perlu berurusan dengan kakitangan di kaunter untuk menggunakan bahan ini. Bahan ini ditempatkan di dalam Bilik Akses.

  • Koleksi Arkib
  • Merupakan koleksi khas yang merangkumi bahan terbitan IPG, karya kakitangan akademik, kertas soalan dan lain-lain bahan seperti keratan akhbar dan sebagainya. Koleksi ini dilabel dengan mengikut jenis bahan dan tidak boleh dipinjam keluar melainkan untuk kegunaan aktiviti rasmi IPG sahaja. Keratan akhbar ditempatkan di Bilik RedSpot.

  • Koleksi Kanak-Kanak
  • Merupakan koleksi yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Koleksi ini lebih tertumpu kepada bahan-bahan fiksyen dan koleksi ini ditempatkan di Rak Kanak-Kanak. 


Pengkelasan Koleksi Perpustakaan

Koleksi bahan di Perpustakaan IPGKI dikelaskan mengikut pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC). Berikut adalah pengkelasan bahan mengikut Dewey Decimal System (DDC) mengikut subjek:


0 comments:

Post a Comment