Peraturan Perpustakaan IPGKI
- Pengguna hendaklah mempamerkan kad matrik/ kad staf/ kad pelawat semasa memasuki perpustakaan.
- Keahlian tidak boleh ditukar milik.
- Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam perpustakaan. Sila simpan di rak bilik beg yang disediakan.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam perpustakaan. Pelajar dimestikan mematuhi peraturan pakaian pelajar yang dikuatkuasakan oleh HEP IPG Kampus Ipoh semasa berada di dalam perpustakaan.
- Semua bahan yang dibawa keluar dari perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas di kaunter sirkulasi.
- Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan perpustakaan untuk membolehkan pengguna lain menggunakan meja tersebut.
- Dilarang berbual atau membuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam perpustakaan.
- Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan keluar dari perpustakaan.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam perpustakaan.
- Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke satu koleksi yang lain.
- Pengguna haruslah mengembalikan bahan yang telah digunakan ke rak khas atau troli yang disediakan. Jangan biarkan bahan tersebut bersepah di atas meja.
- Dilarang mengalihkan perabot atau menyalahgunakannya.
- Dilarang membuang sampah dalam atau luar bangunan perpustakaan merata-rata.
- Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan AKTA HAKCIPTA 1987.
- Kehilangan Kad Pelajar/Staf/Ahli Luar atau bahan perpustakaan haruslah dilaporkan segera di kaunter sirkulasi.
- Denda akan dikenakan terhadap bahan-bahan perpustakaan yang lewat dipulangkan. Satu hari denda adalah RM0.20 seperti yang tercatat dalam MS ISO Perkhidmatan Perpustakaan (LAM-PT-08).
- Pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan mengenai pinjaman bahan yang dibenarkan dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pengguna mestilah mematuhi setiap peraturan tambahan yang ditetapkan ketika menggunakan perkhidmatan/kemudahan perpustakaan seperti perkhidmatan Bilik IT dan Ruang Santai, Bilik Diskusi, Bilik Redspot, Bilik Rujukan dan sebagainya.
- Pengguna dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan.
- Pelajar yang menangguhkan pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat pengajian dikehendaki memulangkan semula semua bahan yang dipinjam.
- Nama pelajar akhir tahun yang tidak menjelaskan denda atau tidak memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tamat pengajian akan dihantar nama ke HEP dan Unit Peperiksaan dan Penganugerahan untuk tindakan lanjut.
- Kakitangan akademik yang bercuti belajar atau sabatikal di luar negara wajib memulangkan semua bahan yang dipinjam.
- Kakitangan akademik atau bukan akademik yang tamat perkhidmatan/kontrak, berhenti atau bersara wajib memulangkan semua bahan yang dipinjam.
- Kakitangan perpustakaan berhak menegur atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Sila rujuk kesalahan dan denda bagi pengguna yang melanggar peraturan perpustakaan.
- Pihak perpustakaan berhak menambah peraturan perpustakaan dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment