Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

12 Apr 2022

e-Buletin UPIPGKI Bil 1/2022

 



12 April 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan telah berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 1/2022. e-Buletin ini merangkumkan aktiviti dan pencapaian Unit Perpustakaan sepanjang bulan Januari hingga Mac. Tahniah team 👍👍👍

e-Buletin UPIPGKI Bil. 1/2022


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

13 Jan 2022

e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021

 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021

113 Januari 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021. Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit) merakamkan ucapan tahniah  kepada pasukan perpustakaan di atas komitmen yang diberikan dalam menyiapkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021 ini. 


Selamat membaca.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia






http://online.anyflip.com/hfyja/iuvm/

1 Nov 2021

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021

 


1 November 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021 dengan jayanya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan Perpustakaan yang komited menerbitkan e-buletin ini. 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3 /2021

22 Oct 2021

eBuletin UPIPGKI Bil. 1/2021 dan eBuletin UPIPGKI Bil.2/2021

 

 

Alhamdulillah eBuletin UPIPGKI telah diterbitkan. En . Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada staff Perpustakaan IPG Kampus Ipoh di atas usaha menyiapkan eBuletin UPIPGKI ini. Berikut adalah pautannya :





Nantikan eBuletin UPIPGKI Bil. 3/2021 akan datang........


#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#perpustakaanipgki 
#ebuletinipgki

31 Jul 2018

Buletin UPS Edisi 1/2018

Alhamdulillah....Unit Pusat Sumber telah berjaya menerbitkan Buletin Unit Pusat Sumber Bil. 1/2018. Di dalamnya memaparkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang semester 1 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga berjaya melaksanakan penerbitan ini. Oleh itu, sesiapa ingin membaca buletin ini, silalah berkunjung ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

5 Jun 2017

Buletin Unit Pusat Sumber Siri 1/2017


5 Jun 2017 ~ Alhamdulillah Buletin Unit Pusat Sumber Siri 1/2017 telah diterbitkan. Penerbitan siri 1/2017 ini merangkumi aktiviti Unit Pusat Sumber yang di jalankan sepanjang bulan Januari - Mei 2017. Anda boleh dapati di ruang santai Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.



5 May 2016

Buletin & Taman Berkarya Edisi Mei 2016

Lembaga Pengarang Perpustakaan IPGKI telah menerbitkan Buletin Siri Ketiga dan juga Taman Berkarya Siri Kedua pada awal Mei yang lalu. 
  Buat makluman pembaca sekalian, Buletin siri kedua kali ini mengandungi kupasan aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Unit Perpustakaan IPGKI sepanjang bulan April dan Mac yang lalu.


Di samping itu. Unit Perpustakaan turut menerbitkan Taman Berkarya Siri Kedua yang mengandungi koleksi karya-karya kreatif dari pensyarah IPGKI sendiri seperti pantun, seloka dan juga beberapa artikel tentang sejarah dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) di Malaysia.


Risalah-risalah tersebut boleh didapati di ruangan legar atau didapati di depan kaunter perkhidmatan perpustakaan IPGKI.

2 Mar 2016

Buletin Unit Perpustakaan siri2/2016



Unit perpustakaan telah menerbitkan Buletin Perpustakaan Bil. 2/2016. Buletin ini diterbitkan dengan pelbagai informasi berkaitan aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak perpustakaan. Aktiviti yang dijalankan pada bulan januari 2016 dan Februari 2016 telah diterbitkan dalam buletin ini seperti penambahbaikan sudut santai unit perpustakaan, program jom mengimarahkan perpustakaan, menceriakan papan informasi, menerima kehadiran pelatih UiTM Merbuk Kedah, lawatan ke universiti Teknologi Petronas, Penerimaan staf Perpustakaan Baharu, menyimpan dan merekod data dan menyunting dan memilih artikel yang bermanfaat. Selain itu, sudut karya juga diterbitkan dalam buletin ini bagi mempamerkan hasil karya puisi yang dikumpulkan. Karya yang dipilih unutuk diterbitkan pada buletin kali ini adalah karya Jari-Jari Pemimpin (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) dan Bicara Garam dan Gula (Pn Kanakambal a/p Velusamy)


14 Jan 2016

Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016

Unit Perpustakaan telah bergerak maju setapak lagi dengan menerbitkan Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016. Buletin ini diterbitkan dalam usaha untuk menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada semua pengguna. Ianya telahpun diedarkan di setiap jabatan dan unit di IPGKI.

Adalah diharapkan agar penerbitan buletin ini dapat mendekatkan lagi pengguna perpustakaan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang telah disediakan.