Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Peraturan Peminjaman Bahan

Peraturan Pinjaman Bahan di Perpustakaan IPGKI

Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan pinjaman. Pengguna hendaklah menunjukkan kad pelajar/ staf untuk urusan pinjaman. Pinjaman bahan boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan sirkulasi.

Peraturan meminjam bahan adalah seperti berikut:
  • Mesti berdaftar sebagai ahli perpustakaan.
  • Mesti menunjukkan kad pelajar/staf setiap kali membuat urusan pinjaman.
  • Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna yang lain.
  • Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan sirkulasi atau Sistem OPAC dan melalui e-mel kepada perpustakaan: library@ipip.edu.my
  • Pembaharuan pinjaman melalui e-mel hendaklah dilakukan 2 hari sebelum tarikh pinjaman tamat. Melalui perkhidmatan e-mel, pengguna hendaklah menyertakan nombor perolehan buku dan nombor kad pengenalan bagi memudahkan urusan pembaharuan pinjaman dan pihak perpustakaan akan menghantar e-mel kepada pengguna untuk memberitahu maklumat terkini tarikh pemulangan bahan.
  • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
  • Bahan yang dipinjam mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.
  • Peminjam bertanggungjawab memastikan bahan yang dipinjam direkodkan sebelum meninggalkan kaunter pinjaman.
  • Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan, merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam. Denda lewat pemulangan buku adalah RM0.20 sen satu hari.
  • Bahan yang hilang/rosak mestilah dilaporkan segera di kaunter pinjaman. Peminjam diberikan tempoh dua minggu untuk mencari/menggantikan bahan yang hilang/rosak.
  • Bahan perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjam secara sah.
  • Jadual di bawah menunjukkan kelayakan pinjaman mengikut kategori ahli.

Kategori Ahli Buku Am Majalah Bahan Multimedia Buku RedSpot
Kakitangan
Akademik
30 hari
(10 naskhah)
10 hari
(3 bahan)
3 hari
(2 buah)
1 hari
(2 naskhah)
Kakitangan
Bukan
Akademik
30 hari
(10 naskhah)
10 hari
(3 bahan)
3 hari
(1 buah)
-
Pelajar 14 hari
(5 naskhah)
10 hari
(3 bahan)
3 hari
(1 buah)
1 hari
(2 naskhah)
Rakan
Perpustakaan
30 hari
(5 naskhah)
10 hari
(3 bahan)
3 hari
(2 buah)
1 hari
(2 naskhah)

1 comment:

  1. Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400

    ReplyDelete