Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Galeri Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Galeri Aktiviti. Show all posts

15 Jun 2026

LAWATAN UPS IPG IPOH KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026


LAWATAN PUSAT SUMBER IPG IPOH KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026

05 Jun 2026 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (WTC). Seramai 20 peserta telah menyertai lawatan ini termasuk Pensyarah, Pegawai Pengurusan & AKP IPG Kampus Ipoh. Kunjungan ini sebagai sokongan padu kepada penganjuran PBAKL dan Institusi Perbukuan Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku rujukan dan bacaan dengan kadar harga yang berpatutan serta berkesempatan berjumpa dengan penulis-penulis hebat tempatan dan antarabangsa.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
"Malaysia Membaca: Merayakan Buku"-

23 Jun 2022

Sumbangan Buku/ Terbitan Bersiri/Tesis : Tahniah dan Terima Kasih Unit T

 

23 Jun 2022 - Unit Perpustakaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar Unit T kerana berjaya menghasilkan kajian tindakan dalam bidang masing-masing.

Terima kasih atas sumbangan kajian tindakan sebagai rujukan pengguna di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'




10 Jun 2022

Sanitasi Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

10 Jun 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mensanitasi semua ruang yang terdapat di Perpustakaan bagi usaha memastikan penggunaan Perpustakaan sentiasa selamat dari penularan covid-19. 

#perpustakaanipgki
#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst

16 Feb 2022

Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP

 





16 Februari 2022 - Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Kursus Pengurusan Laman Web untuk Webmaster Jabatan/Unit dan JPP dengan jayanya. Kursus ini anjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Laman Web dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Kursus ini juga di adakan di Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh dan disampaikan oleh En. Mohd Zaki bin Jamaluddin serta dihadiri seramai 16 orang pensyarah dan kakitangan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan laman web di setiap jabatan dan unit.

Layari portal Perpustakaan di pautan ini http://pustaka.ipgki.my/?m=1

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

20 Jan 2022

Program One Fun Day with Kids

20 Januari 2022 - Tahniah kepada semua kakitangan di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, Pelajar Latihan Industri UiTM Merbuk, Kedah dan Prasekolah Seri Mawar di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh diatas penganjuran program ini.

Tujuan program ini sejajar dengan Pelan Strategik iaitu dalam aspek perkongsian pintar. Ia selaras dengan inisiatif keenam iaitu mewujudkan penglibatan dengan pelbagai agensi media cetak dan digital bagi menyebarluaskan informasi atau maklumat. Justeru, karya-karya yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan memberi impak yang besar kepada para pembaca.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh, En. Zulkufli bin Mahayudin kerana sudi merasmikan Program One Fun Day with Kids seterusnya melancarkan buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh Guru Prasekolah Seri Mawar, Cik Zety Aziz.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

3 Mar 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Puan Zalilah bt Mohd Sulaiman



3 Mac 2020 - Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zalilah bt Mohd Sulaiman (mantan Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Cik Nur Azah bt Ahmad (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) atas sumbangan buku kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang berjudul 'Warkah Untukmu Bonda'. Sumbangan ini diterima  oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) bagi mewakili Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber).

Dalam penerbitan buku ini turut memuatkan karya  Dr. Yahya Osman yang bertajuk 'Pisang Nangka Goreng Masakan Terakhir Bonda'. Manakala karya Cik Nur Azah bt Ahmad bertajuk 'Aku Rindu Pelukan Bonda' dan karya Pn. Norhani Bebe bertajuk 'Sanggup Bergadai Untuk Bantu Orang Lain' . Tahniah atas penerbitan karya  yang menjadi motivasi dan pendidikan keibubapaan untuk generasi sekarang.
Moh dapatkan perkhidmatan peminjaman buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 😍😍😍

5 Feb 2020

Tokoh Membaca Januari 2020 : Tahniah Cik Tung Wai Kuen (Kategori Pensyarah)



5 Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada Cik Tung Wai Kuen (Pensyarah Bahasa Cina) kerana memenangi pembaca buku terbanyak (kategori pensyarah). Semoga kemenangan beliau memberi inspirasi kepada pensyarah lain untuk membaca dan meminjam buku dan dapat memanafaatkan perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Terdahulu, Tokoh Membaca Januari 2020 telah dipilih mengikut 3 kategori iaitu Kategori Pelajar
( Cik Devi Bavani a/p Savanan) , Kategori Pensyarah ( Cik Tung Wai Kuen - Pensyarah Pengajian Bahasa Cina) dan Kategori Staff ( Pn. Taslimah bt Sairi )

#MembacaBangsaBerjaya

16 Jan 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U)



16 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ipoh. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U) yang dijangkakan pada 13 Februari 2020. Kedatangan mereka disambut oleh Cik Laila (pegawai JAKOA) dan bersetuju untuk membantu bagi menjayakan program tersebut.

13 Jan 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih En. Kunaseelan Subramaniam



13 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kunaseelan Subramaniam (pensyarah Peng. Tamil) kerana sudi menyumbangkan buku beliau (terbitan Januari 2020). Tajuk buku beliau ialah "Thondanin Payanam". Diharapkan para pengunjung perpustakaan dapat membaca dan meminjam buku tersebut.
Tahniah , En. Kunaseelan Subramaniam dapat menerbitkan buku ini.

8 Jan 2020

Konsultasi Dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta



8 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), dan En. David a/ Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah membuat konsultasi dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Pn. Masmiza dan Pn. Rehan mewakili perpustakaan tersebut. Konsultasi ini melibatkan cara-cara meningkatkan mutu perkhidmatan dan kerjasama melaksanakan program / aktiviti. Semoga konsultasi ini dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak.

3 Jan 2020

Sumbangan Buku/Jurnal/Tesis 2020 : Pn. Ratna Laila

 
3 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn. Ratna Laila (pensyarah Jab. Pengajian Melayu) kerana menyumbangkan 3 buah buku bertajuk "Suara Dari Lembah Lenggong". Diharapkan pengunjung perpustakaan membaca dan meminjam buku tersebut. Terima kasih Pn. Ratna Laila.

6 Dec 2019

Lawatan ke Win Kraf, Sayong, Kuala Kangsar


5.12.2019 - Selepas lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Raja Ashman Shah USAS, rombongan ini turut melawat Win Kraf, salah satu tempat pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar. Peserta lawatan diberi penerangan mengenai langkah-langkah pembuatan labu sayong yang berkualiti. Peserta lawatan juga diberi peluang merasai sendiri pengalaman membuat labu sayong. Tahniah Pn. Sabariah Bt Khairuddin berjaya membuat labu sayong

24 Oct 2019

Sumbangan Buku 2019 : Puan Ratna Laila bt Shahidin



24 Oktober 2019. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Ratna Laila bt Shahidin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) kerana sudi menyumbangkan buku-buku karya beliau. Buku-buku itu bertajuk Pelabuhan Matahari, Benarlah Katamu, Lautan Bukan Pemisah dan Suara Dari Laman Bougainvillea. Semoga para pengunjung dapat menikmati nilai sastera dan membaca buku-buku tersebut.

Sumbangan Buku 2019

Terima kasih Puan Ratna 🌷🌷🌷

23 Oct 2019

Kursus Adobe Photoshop dan Wordpress Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP IPG Kampus Ipoh


Pada 22-23 Oktober 2019, Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop dan Wordpress Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP IPG Kampus Ipoh. Kursus tersebut diadakan di Makmal 1, Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKI. Pn. Nasimah bt Abdul Jal selaku webmaster Unit Perpustakaan IPGKI telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Diharapkan kursus ini dapat menambahbaik dan mengemaskini portal Unit Perpustakaan IPGKI bagi memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan Perpustakaan.


17 Oct 2019

Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan 2019


17 Oktober 2019. Unit Perpustakaan berasa bangga kerana Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) telah terpilih untuk mengikuti Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan di IAB Enstek, Nilai, N. Sembilan. Beliau juga mempamerkan serta mempromosikan kejayaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dalam bidang penerbitan (buletin Perpustakaan dan buletin Taman Berkarya) serta sijil-sijil kejayaan semasa Pesta Buku IPG di IPG Kampus Pulau Pinang tempohari.

11 Oct 2019

Program Perkongsian Pengalaman Mengelilingi Dunia : Pn. Anita Yusof


11.10.2019 -Sempena Bulan Akademia ini ,Unit Perpustakaan IPGKI dengan bangganya menjemput semua warga IPGKI hadir ke Program Perkongsian Pengalaman Mengelilingi Dunia : Pn. Anita Yusof. Program ini diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan. Beliau berkongsi pengalaman cabaran dan tips menjelajah dunia menaiki motorsikal. Beliau turut menayangkan video semasa mengelilingi dunia.
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) juga menyampaikan Sijil Penghargaan Pesta Buku IPG dan cenderahati kepada Pn. Anita Yusof. Seramai 40 orang (14 orang pensyarah dan kakitangan, 26 orang guru pelatih) IPGKI yang hadir.

Tahniah kepada semua warga IPGKI yang dapat hadir program ini. Moga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua.

#dekadmembacakebangsaan
#perpustakaannegaramalaysia
#bulanakademia

Buku Terkini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh : Oktober 2019


Dapatkan bahan bacaan anda di sini ^___^

8 Oct 2019

Program Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di Perpustakaan Negara Malaysia


8 Oktober 2019 Unit Perpustakaan IPGKI telah dijemput untuk ke Program Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di Perpustakaan Negara Malaysia untuk memeriahkan Cetera Teromba : Puisi Melayu yang kian dilupakan oleh Y Bhg. Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin di Perpustakaan Negara Malaysia. Turut hadir ke program ini Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nazariah binti Mat Mizar dan En. Mustafa bin Isram.

7 Oct 2019

Majlis Sejambak Budi : Pn. Siti Hajar bt Ibrahim & AJK PPTL 2019


Pada 7.10.2019 (Isnin) - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Sejambak Budi bagi meraikan pertukaran Pn. Siti Hajar bt Ibrahim (Pembantu Operasi) ke IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur dan Penghargaan kepada AJK Program Puisi Tiang Lampu 2019.
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan selama lebih kurang 4 bulan bertugas di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Diharapkan, semoga Pn. Siti Hajar bt Ibrahim bertugas dengan cemerlang di tempat baru.
Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada AJK Program Puisi Tiang Lampu 2019. Selain itu, turut diselitkan penyampaian hadiah bagi Persembahan Terbaik (Pensyarah) Pn. Hayati bt Mat Desa dan Persembahan Terbaik (Guru Pelatih) En. Jason (V16 Unit Kaunseling) 

30 Sept 2019

Program Puisi Tiang Lampu 2019


30.09.2019 (8.30 malam -10.30 malam) telah berlangsungnya Program Puisi Tiang Lampu yang diadakan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. Program ini berkonsepkan santai. Program ini juga bertujuan menggalakkan peserta mengetengahkan bakat seni dan meningkatkan keyakinan dalam diri. Alhamdulillah , seramai 20 orang peserta mempersembahkan persembahan yang menarik termasuklah deklamasi sajak, guridam dan menyanyi. Diselitkan jua sesi cabutan nombor bertuah. Antara pensyarah IPG Kampus Ipoh yang hadir ialah En.Meor Zahidi b Meor Mohd Tahir, Dr. Kanakambal a/p Velusamy, Pn. Nor'Azah bt A.Aziz, Pn Hayati bt Mat Desa, En.Zainal Ariff bin Mat, En. Rosli bin Ngah, Pn. Liew Phaik Hoon, Pn. Sellina Liew dan Dr. Hairani bt Haris. Turut hadir ahli Persatuan Karyawan Perak. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
tahniah kepada pensyarah serta semua guru pelatih Unit V yang memberi menghadiri program ini.Terima kasih atas sokongan yang diberikan. 🌷🌷🌷

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada team UPIPGKI dan AJK program atas komitmen yang diberikan.🌷🌷🌷
Gambar lain : Puisi Tiang Lampu 2019