Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

16 Jan 2026

Hebahan : Jom Sertai Rakan Pusat Sumber

 

📢 JOM SERTAI RAKAN PUSAT SUMBER! 📚✨

Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh membuka peluang kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh untuk menyertai Rakan Pusat Sumber — satu platform penglibatan pelajar dalam menyokong aktiviti Pusat Sumber serta memupuk budaya membaca di kampus.

✨ Kelebihan menyertai:
✔ Menimba pengalaman dan kemahiran insaniah
✔ Meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan
✔ Penglibatan aktif dalam program Pusat Sumber
✔ Peluang menerima sijil penghargaan

⏳ Pendaftaran terhad kepada 30 orang sahaja!
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera.

Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!


📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”


#pusatsumberipgkipoh
#institutpendidikangurukampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia

7 Mar 2022

Hebahan : Penggunaan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan


7 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat penambahbaikan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan. Oleh itu, semua warga IPG Kampus Ipoh  hendaklah diwajibkan mematuhi  Sistem Daftar Masuk yang telah disediakan setiap kali memasuki Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Langkah 1 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengisi  maklumat dengan lengkap dalam Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan terlebih dahulu.
Langkah 2 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengambil 1 tag nombor bilangan pengunjung. Pengunjung TIDAK DIBENARKAN berkongsi tag nombor.

Langkah 3 : ⏩ Pengunjung hendaklah meletakkan tag nombor di tempat yang sediakan (berhampiran kaunter ) sebelum meninggalkan Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Diharapkan, semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya demi kesejahteraan bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

5 Feb 2020

Tokoh Membaca Januari 2020 : Tahniah Cik Tung Wai Kuen (Kategori Pensyarah)



5 Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada Cik Tung Wai Kuen (Pensyarah Bahasa Cina) kerana memenangi pembaca buku terbanyak (kategori pensyarah). Semoga kemenangan beliau memberi inspirasi kepada pensyarah lain untuk membaca dan meminjam buku dan dapat memanafaatkan perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Terdahulu, Tokoh Membaca Januari 2020 telah dipilih mengikut 3 kategori iaitu Kategori Pelajar
( Cik Devi Bavani a/p Savanan) , Kategori Pensyarah ( Cik Tung Wai Kuen - Pensyarah Pengajian Bahasa Cina) dan Kategori Staff ( Pn. Taslimah bt Sairi )

#MembacaBangsaBerjaya

19 Feb 2019

Sumbangan Buku 2019 : Dr. Arulnanthan Visurasam


Pada 19 Februari 2019, Dr. Arulnathan Visurasam (pensyarah Pengajian Tamil) IPG Kampus Ipoh telah menyumbangkan hasil penulisan beliau sendiri bertajuk "Researh In Educatian: An Introducion" dalam versi Bahasa Tamil. Menurut beliau, buku ini merupakan merupakan terbitan yang pertama kali diterbitkan di Malaysia khususnya dalam bidang penyelidikan dalam Bahasa Tamil. Tahniah dan terima kasih Dr. Arulnathan.

8 Aug 2018

Perbincangan Lanjutan Program Kelas Pengenalan Bahasa Cina

Pada 8 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diadakan pertemuan dan perbincangan di antara Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), En. Yu Chee Han (Pensyarah Bahasa Cina) bersama beberapa orang pelajar DPLI Beijing. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas pengenalan bahasa Cina kepada guru pelatih major Bahasa Melayu. Dengan adanya kelas ini, akan menambahkan lagi kemahiran berbahasa dalam kalangan guru pelatih. Semoga kelas yang akan diadakan ini berjaya dilaksanakan.


31 Jul 2018

Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018

Pada 30 Julai 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah  Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan S22), Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22 KUP), Pn. Nazariah bt Mat Mizar ( Pembantu Operasi) , dan En. Mohd Taha bin Alang Othman (Pembantu Operasi).

Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada 2018 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan uacapan syabas dan terima kasih kepada Pegawai dan kakitangan Unit Pusat Sumber yang komited dalam tugas dan usaha meningkatkan keceriaan dekorasi di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

20 Jul 2018

Persidangan IFLA WLIC 2018 Kali Ke-84

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan IFLA WLIC 2018 bagi kali ke-84. Persidangan ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia yang akan bermula pada 24 sehingga 30 Ogos 2018. 

Persidangan ini akan dihadiri oleh seramai 3,500 orang peserta yang terdiri daripada para pustakawan, golongan profesional dan pembekal perkhidmatan perpustakaan dari serata dunia. 

Bertemakan "Transform Libraries, Transform Societies", IFLA WLIC 2018 dijangka akan menjadi platform untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman dan idea-idea baharu bagi memajukan industri kepustakawanan setanding dengan industri kerjaya profesional yang lain.​



8 Feb 2018

Waktu Perkhidmatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh terbaharu 2018


Bermula bulan Februari 2018 ini terdapat perubahan waktu perkhidamatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Diharap semua warga IPG Kampus Ipoh mengambil maklum perkara ini.

16 Jun 2016

Online Book Renewal


Pengguna Perpustakaan IPGKI yang tidak berkesempatan untuk memperbaharui tarikh pinjaman buku di kaunter perpustakaan adalah digalakkan untuk menghantar email kepada kami di alamat perpustakaanipgki@gmail.com. Kemudahan ini dapat mengelakkan pengguna daripada didenda kerana lewat pemulangan buku.

Email tersebut perlulah dihantar 2 hari sebelum tarikh pemulangan buku. Di dalam email tersebut perlulah dinyatakan:
  • Nama
  • No. kad pengenalan
  • Judul buku
  • No. perolehan buku
Adalah diharapkan agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pengguna Perpustakaan IPGKI.


5 May 2016

Buletin & Taman Berkarya Edisi Mei 2016

Lembaga Pengarang Perpustakaan IPGKI telah menerbitkan Buletin Siri Ketiga dan juga Taman Berkarya Siri Kedua pada awal Mei yang lalu. 
  Buat makluman pembaca sekalian, Buletin siri kedua kali ini mengandungi kupasan aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Unit Perpustakaan IPGKI sepanjang bulan April dan Mac yang lalu.


Di samping itu. Unit Perpustakaan turut menerbitkan Taman Berkarya Siri Kedua yang mengandungi koleksi karya-karya kreatif dari pensyarah IPGKI sendiri seperti pantun, seloka dan juga beberapa artikel tentang sejarah dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) di Malaysia.


Risalah-risalah tersebut boleh didapati di ruangan legar atau didapati di depan kaunter perkhidmatan perpustakaan IPGKI.

2 Mar 2016

Buletin Unit Perpustakaan siri2/2016



Unit perpustakaan telah menerbitkan Buletin Perpustakaan Bil. 2/2016. Buletin ini diterbitkan dengan pelbagai informasi berkaitan aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak perpustakaan. Aktiviti yang dijalankan pada bulan januari 2016 dan Februari 2016 telah diterbitkan dalam buletin ini seperti penambahbaikan sudut santai unit perpustakaan, program jom mengimarahkan perpustakaan, menceriakan papan informasi, menerima kehadiran pelatih UiTM Merbuk Kedah, lawatan ke universiti Teknologi Petronas, Penerimaan staf Perpustakaan Baharu, menyimpan dan merekod data dan menyunting dan memilih artikel yang bermanfaat. Selain itu, sudut karya juga diterbitkan dalam buletin ini bagi mempamerkan hasil karya puisi yang dikumpulkan. Karya yang dipilih unutuk diterbitkan pada buletin kali ini adalah karya Jari-Jari Pemimpin (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) dan Bicara Garam dan Gula (Pn Kanakambal a/p Velusamy)


14 Jan 2016

Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016

Unit Perpustakaan telah bergerak maju setapak lagi dengan menerbitkan Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016. Buletin ini diterbitkan dalam usaha untuk menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada semua pengguna. Ianya telahpun diedarkan di setiap jabatan dan unit di IPGKI.

Adalah diharapkan agar penerbitan buletin ini dapat mendekatkan lagi pengguna perpustakaan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang telah disediakan.

29 May 2015

Pengumuman - Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Sempena Minggu Peperiksaan

Bersempena dengan minggu peperiksaan yang berlangsung dalam bulan ini, pihak perpustakaan IPGKI telah melanjutkan waktu perkhidmatan dari 8.15 PAGI sehingga 8.00 malam setiap hari  (kecuali hari AHAD) yang bermula pada tarikh hari ini iaitu 11 MEI 2015 sehingga tamatnya minggu peperiksaan iaitu pada 29 MEI 2015.
Perpustakaan juga akan dibuka pada hari Sabtu dan akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari sahaja.



*Nota: Jadual waktu perkhidmatan ini hanya beroperasi pada tarikh berkenaan sahaja.

27 Apr 2015

Perkhidmatan Akhbar Atas Talian (Online Newspaper)

Bermula 1 April yang lalu, pihak perpustakaan telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan dan memperkenalkan Sudut Bacaan Akhbar Atas Talian yang terletak di dalam Bilik IT sebagai langkah untuk menggalakkan budaya membaca dengan menggunakan pelbagai sumber seperti membaca akhbar atas talian (Online Newspaper).
Dua buah komputer telah disediakan khas untuk Akhbar Atas Talian Bahasa Melayu (BHOnline, Harian Metro, Utusan Online, Kosmo! Online) dan juga Akhbar Atas Talian Bahasa Inggeris (News Strait Times Online dan The Star).

Beberapa orang pelajar menggunakan sudut bacaan suratkhabar atas talian


Naiktaraf Perisian Terbaru dan Monitor Baru di Bilik IT.

23 Mac 2015 yang lalu, pihak perpustakaan telah menukarkan kesemua skrin monitor dan operasi sistem yang lama di dalam bilik IT kepada yang baru. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai perisian terbaru yang digunakan untuk perkhidmatan bilik IT di Perpustakaan IPG Ipoh:

Monitor: ASUS VS197
Skrin Resolusi: 1366x786
Sistem Operasi: Window 8.1 Pro 
(copyright 2013 Microsoft Corporation)
Processor: Intel(R) Pentium(R) CPU G2030 @ 3.00GHz
RAM: 4Gb
Maklumat mengenai perisian komputer yang baru
Sistem Operasi Window 8.1 terpapar pada permukaan skrin komputer ASUS VS197

Walaubagaimana pun, buat masa ini hanya 3 buah komputer sahaja yang boleh digunakan iaitu komputer ICT 1, ICT 2, dan ICT 3.
ICT4, ICT5 dan ICT6 masih belum boleh digunakan lagi dan dalam proses untuk dinaiktarafkan sistem dari sistem yang lama kepada Window 8.1.

Diharap para pengguna dapat memberi kerjasama kepada perpustakaan atas kesulitan kerana kerja - kerja menaiktaraf komputer di bilik IT.

22 Apr 2015

Promo!!! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Promo!!!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kini kembali menemui anda bertempat di PWTC bermula pada 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Jualan pesta buku akan bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 7.00malam (setiap hari Isnin dan Khamis sahaja) manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jualan akan bermula pada 10.00pagi sehingga 9.00malam.
Pembelian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diterima di sini.
Anda semua dijemput datang beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Pas masuk adalah PERCUMA!!!


21 Apr 2015

Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes)

Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes) akan diadakan serentak di seluruh Malaysia.
Program ini merupakan inisiatif yang diadakan setiap tahun bagi memupuk masyarakat Malaysia dalam minat membaca. 

Untuk program kali ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan kesemua Perpustakaan Awam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh, dan waktu yang sama iaitu pada 23 April 2015 (Khamis), jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi.

Konsep dan pilihan program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour dimana semua peserta di kehendaki bersama-sama berhenti sebentar (tanpa mengira apa jua aktiviti atau pekerjaan yang sedang dilakukan) dan membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit secara serentak.

Oleh itu, kami pihak perpustakaan IPG Kampus Ipoh berminat untuk turut serta menyahut seruan program ini dengan menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh menyertai dan beramai-ramai membaca selama 10 minit di Perpustakaan IPGKI dan dalam sekitar kampus IPG Ipoh.

Diharapkan dengan perlaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga IPG Kampus Ipoh dan juga seluruh masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah butiran program tersebut:


Tarikh: 23 April 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00 pagi - 10.10 pagi
Tempat: Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan dalam sekitar IPG Kampus Ipoh




Kedatangan anda ke Perpustakaan IPGKI adalah amat kami nanti-nantikan. Marilah sama - sama kita menjayakan program ini.

2 Feb 2015

Selamat Datang Pelajar Praktikal UiTM Ke Perpustakaan IPGKI

Kami telah mengalu-alukan dan menerima kehadiran seorang pelatih praktikal perpustakaan dari UiTM Sungai Petani, Kedah.

Ribuan terima kasih diucapkan kerana telah memilih Perpustakaan IPGKI sebagai tempat untuk menjalani latihan praktikal selama 5 bulan bermula dari 2 Februari 2015 sehingga 30 Jun 2015 nanti.

Diharapkan dapat memberi kerjasama dan sumbangan yang memuaskan. Gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sepanjang menjalani latihan praktikum disini.


15 Dec 2014

Abstrak Bahan Baru Disember 2014 (Bahagian 2)




Abstrak Bahan Baru Disember 2014 (Bahagian 2)






21.       Herberholz, D & Herbaholz, B. Artworks for elementary teachers: Developing artistic and perceptual awareness (9th ed.)


CALL NO: 372.5044 HER


Well-researched and complete with art images, the ninth edition of Artworks for Elementary Teachers serves elementary education majors with little or no prior background in art. It provides introductory experiences both in knowing how to create art and how to respond to it. The four areas of study in discipline-based art education--aesthetics, art production, art criticism and art history--are covered thoroughly and have been thoroughly updated to include the latest in state and national standards.




22.       Smith, K . J. (2012). The nature of mathematics (12th ed.)


CALL NO: 510 SMI 1

Experience mathematics--and develop problem-solving skills that will benefit you throughout your life--with THE NATURE OF MATHEMATICS. Karl Smith introduces you to proven problem-solving techniques and shows you how to use these techniques to solve unfamiliar problems that you encounter in your day-to-day world. You'll find coverage of interesting historical topics, and practical applications to real-world settings and situations, such as finance (amortization, installment buying, annuities) and voting. With Smith's guidance, you'll both understand mathematical concepts and master the techniques.




23.       Kleiner, F. S. (2013). Gardener’s art through the ages: a global history (14th ed.)


CALL NO: 709.024 KLE

The market-leading text for the art history survey course, GARDNER'S ART THROUGH THE AGES has served as a comprehensive and thoughtfully crafted guide to the defining phases of the world's artistic tradition. The story of art unfolds in its full historical, social, religious, economic, and cultural context, deepening students' understanding of art, architecture, painting, and sculpture. This Concise version features color photographs, a stunning design, and the most current research and scholarship. What's more, the ancillary package that accompanies GARDNER'S ART THROUGH THE AGES: A CONCISE HISTORY features a wealth of tools to enhance your students' experience in the course. With each new copy of the book, students receive a copy of the ArtStudy CD-ROM-an interactive electronic study aid that fully integrates with the text and includes hundreds of high-quality digital images, plus maps, quizzes, and more.




24.       Pica, R. (2013). Experiences in movement & music : birth to age eight (5th ed.)


CALL NO: 372.8623 PIC

Experiences in music and movement, fifth edition, helps you develop a movement – oriented setting for teaching children ages birth to eight years. In addition to providing a complete, ready – to – implement movement program, the author presents techniques for weaving movement and music into your day and across your curriculum. Ample resources and appendices include websites and other sources for ordering music, instruments, equipment, and props, and more.




25.       Mayesky, M. (2003). How to foster creativity in all children.


CALL NO: 372.1321 MAY

How to Foster Creativity in All Children is designed for those dedicated to helping young children reach their full potential. This book has also been written for people who want to know more about creativity, creative children, creative teaching and creative activities in all areas of the curriculum. In our world of rapidly changing technology, it is even more crucial to encourage and cherish creativity in all children. Young children will need to know how to ask questions and search for answers. Creativity is not limited to the art medium; it also extends to every curriculum area. This book was written to help present creative learning opportunities for children throughout the curriculum.





26.       Poole, D. (2015). Linear algebra a modern introduction (4th ed.)


CALL NO: 512.523 POO

David Poole's innovative book prepares students to make the transition from the computational aspects of the course to the theoretical by emphasizing vectors and geometric intuition from the start. Designed for a one- or two-semester introductory course and written in simple, "mathematical English" the book presents interesting examples before abstraction. This immediately follows up theoretical discussion with further examples and a variety of applications drawn from a number of disciplines, which reinforces the practical utility of the math, and helps students from a variety of backgrounds and learning styles stay connected to the concepts they are learning. Poole's approach helps students succeed in this course by learning vectors and vector geometry first in order to visualize and understand the meaning of the calculations that they will encounter and develop mathematical maturity for thinking abstractly.




27.       Coles, D. & Copeland, T. (2002). Numeracy and mathematics across the primary curriculum.


CALL NO: 372.7044094121bCOL

The key to good primary teaching of numeracy and mathematics is confidence in mathematical knowledge and its relevance to the real world. In particular, effective implementation of the National Numeracy Strategy requires student teachers, primary teachers and mathematics coordinators to realize the place of mathematics across the range of National Curriculum subjects.
This book explores mathematics as a set of tools for thinking about, designing, evaluating and changing the world of the child through the broader curriculum, rather than focusing on skills and concept building exclusively in the ‘mathematical world.’ Practical activities are included to stimulate readers to apply these ideas with confidence both within and beyond the mathematics lesson.




28.       Bates, J. K. (2000). Becoming an art teacher.


CALL NO: 707.12 BAT

This book introduces the student to the field of teaching, discusses theory and practice of Art Education, and synthesizes and prepares students to make the transition from student to Art teacher. It presents art education as an integration of philosophy, history, theory, and practice. Bates illustrates how to apply theory to practice as an art educator. Models, methods, and experiences are provided to enlighten, inspire, and amuse. BECOMING AN ART TEACHER is a refreshing approach to art methods.




29.       Anderson, W. M & Lawrence, J. E. (2014). Integrating music into the elementary classroom (9th ed)


CALL NO: 372.87044 AND

The market-leading text for the Elementary School Music Methods course, INTEGRATING MUSIC IN THE ELEMENTARY CLASSROOM was the first to emphasize the theme of integrating music throughout the school day. Anderson and Lawrence show future educators how to make music an effective part of the entire elementary curriculum. The text introduces the songs, instruments, sources of age-appropriate music, and methods of making music in a multicultural environment--making the text perfect for students with no prior knowledge of the fundamentals of music. With easy-to-use techniques for teaching young children how to sing, play instruments, move to music, create music, listen to music, and understand music, this text relates music to all subject areas. Notably, the authors provide sample lesson plans for kindergarten through grade six, along with more than 150 songs from different cultures and historical. 




30.       Muliyadi Mahamood. (2011). Seni lukis moden Malaysia: era perintis hingga era pluralis (1930 – 1990).


CALL NO: 709.595 MUL
Seni Lukis Moden Malaysia Era Perintis Hingga Era Pluralis (1930-1990) ini ditulis bagi tujuan mendedahkan para pembaca kepada sejarah perkembangan seni tanah air dari tahun 1930-an hingga 1990-an. Di samping suatu dokumentasi tentang perkembangan seni lukis Malaysia, buku ini turut menekankan peri pentingnya pendidikan seni di kalangan remaja dan masyarakat. Seni lukis merupakan sebahagian daripada hasil kebudayaan sesuatu bangsa; justeru itu, menghayati karya-karya seni akan membolehkan seseorang itu mengenali nilai-nilai tertentu dalam sesebuah masyarakat yang melahirkannya.
Buku ini mengupas perkembangan seni lukis moden Malaysia dengan memfokus kepada stail ataupun gaya sesebuah kumpulan, aliran, serta pelukis tertentu. Ini dilakukan dengan melihat perkembangannya dari satu dekad ke dekad yang lain, menerusi bab-bab yang dirangka dengan mengambil kira faktor perubahan masa serta kumpulan pelukis. Pendekatan ini diharapkan berupaya mempertingkatkan kefahaman pembaca dalam proses mengapresiasi seni yang melibatkan aspek bentuk, makna, dan konteks penghasilan sesebuah karya.




31.      Stewart, J. (2010). Concepts and contexts calculus.


CALL NO: 515.22 STE
Stewart's CALCULUS: CONCEPTS AND CONTEXTS, 4e, INTERNATIONAL METRIC EDITION offers a streamlined approach to teaching calculus, focusing on major concepts and supporting those with precise definitions, patient explanations, and carefully graded problems. CALCULUS: CONCEPTS AND CONTEXTS, INTERNATIONAL METRIC EDITION is highly regarded because this text offers a balance of theory and conceptual work to satisfy more progressive programs as well as those who are more comfortable teaching in a more traditional fashion. Each title is just one component in a comprehensive calculus course program that carefully integrates and coordinates print, media, and technology products for successful teaching and learning.





32.       Audersirk, T., Audesirk, G & Byers, B. E. (2011). Biology: life on earth with physiology.


CALL NO: 570 AUD

Known for its thorough coverage of diversity, ecology, and environmental issues, this comprehensive book engages you with integrated, relevant case studies, and challenges you with thought-provoking questions throughout each chapter.   

The fully revised Biology: Life on Earth with Physiology, Ninth Edition, has the same friendly writing style appreciated by thousands of students, but with greater emphasis on engaging, real-world applications. New to this edition are “Case Study Continued” sections, which connect a chapter’s case study to relevant biological topics covered in the chapter, and “Have you ever wondered?” features that respond to commonly asked questions from students. Thoroughly revised illustrations and expanded critical thinking questions have been added to each chapter.   

For courses not covering plant and animal anatomy & physiology, an alternate version—Biology: Life on Earth, Ninth Edition —is also available.




33.       Coutinho, S. C. (1999). The mathematics of ciphers: number theory and RSA cryptography.


CALL NO: 512.7 COU

This book is an introduction to the algorithmic aspects of number theory and its application to cryptography, with special emphasis on the RSA crptosystem. It covers many of the familiar topics of elementary number theory, all with an algorithmic twist. The text also includes many interesting historical notes.




34.       Gardner, H. (1982). Art, mind & brain: a cognitive approach to creativity.


CALL NO: 700.19 GAR

In a provocative discussion of the sources of human creativity, Gardner explores all aspects of the subject, from the young child’s ability to learn a new song through Mozart’s conceiving a complete symphony.




35.       Housecroft, C. E & Constable, E. C. (2010). Chemistry:an introduction to organic,inorganic and physical chemistry (4th ed.)


CALL NO: 540 HOU

Chemistry provides a robust coverage of the different branches of chemistry with unique depth in organic chemistry in an introductory text helping students to develop a solid understanding of chemical principles, how they interconnect and how they can be applied to our lives. "Covers Physical Chemistry in an accessible format for first years...good for covering the gap between varied levels of knowledge from different schools' curricula and the much more demanding University courses." Dr. Kataky, DEPT OF CHEMISTRY, UNIVERSITY OF DURHAM




36.       Barnett, R. A., Zieglar, M. R, Byleen, K. E & Sobecki, D. (2009). Precalculus graph & models (3rd ed.)


CALL NO: 515 PRE

The Barnett Graphs & Models series in college algebra and precalculus maximizes student comprehension by emphasizing computational skills, real-world data analysis and modeling, and problem solving rather than mathematical theory. Many examples feature side-by-side algebraic and graphical solutions, and each is followed by a matched problem for the student to work. This active involvement in the learning process helps students develop a more thorough understanding of concepts and processes. A hallmark of the Barnett series, the function concept serves as a unifying theme. A major objective of this book is to develop a library of elementary functions, including their important properties and uses. Employing this library as a basic working tool, students will be able to proceed through this course with greater confidence and understanding as they first learn to recognize the graph of a function and then learn to analyze the graph and use it to solve the problem. Applications included throughout the text give the student substantial experience in solving and modeling real world problems in an effort to convince even the most skeptical student that mathematics is really useful.




37.       Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun.


CALL NO: 909 BEB
Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun merupakan hasil penulisan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asas di Universiti Teknologi Malaysia. TITAS 2 ialah mata pelajaran elektif yang diwajibkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Justeru, penulis cuba menyelusuri dan memaparkan empat tamadun penting Asia, iaitu Melayu, India, China dan Jepun. Secara umumnya, kandungan buku ini diolah secara deskriptif dan penekanan kandungannya dibuat secara faktual, konseptual dan kefalsafahan. Buku ini sarat dengan nilai, etika dan pemikiran yang mampu memberikan kefahaman dan kesedaran kepada pelajar khususnya tentang harga sebuah peradaban. Buku ini juga memberikan gambaran kepada pembaca tentang betapa hebatnya tamadun Asia dalam konteks membangunkan bangsa Asia menjadi satu bangsa yang bermaruah dan disegani di dunia. Dunia mengakui bahawa keempat-empat tamadun ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia – politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya, pemikiran dan nilai–nilai luhur, sama ada dalam konteks tradisi mahu pun kontemporari. Paling menarik, tiga daripada empat tamadun yang dipaparkan dalam buku ini memberi kesan langsung kepada masyarakat majmuk di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, paparan keempat-empat tamadun ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk lebih memahami, menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Buku ini merupakan rujukan tambahan kepada beberapa buah buku yang ada di pasaran. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan khususnya para pelajar yang mengambil mata pelajaran TITAS 2. Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh sesiapa juga yang berminat untuk memperluas pengetahuan yang berkaitan dengan keempat–empat tamadun ini. Justeru, diharapkan agar buku ini mampu memberikan kefahaman yang jelas tentang beberapa aspek tamadun Asia – Melayu, India, China dan Jepun.




38.       Idris Aman. (2014). Analisis wacana.


CALL NO: 808.02 IDR
Analisis wacana adalah salah satu cabang ilmu yang terangkum dalam disiplin linguistik. Analisis Wacana juga memberi pendedahan awal berkaitan wacana tertentu yang merangkumi penjelasan konsep dan dipermudahkan pemahamannya dengan mengemukakan beberapa contoh analisis. Sejajar dengan dengan perkembangan ilmu analisis wacana kini, buku ini juga bukan sahaja bergerak untuk matlamat kritis. Sembilan bab pertama berkisar pada matlamat deskriptif, manakala bab akhir adalah tentang matlamat kritis. Penekanan lebih kepada deskriptif kerana bahagian ini adalah topik – topik asas dalam analisis wacana yang perlu dikuasai. Matlamat deskriptif meliputi analisis dimensi tekstual dan dimensi kewacanaan, amanakala matlamat kritis memfokus kepada pemanfaatan analisi wacana untuk memahami dimensi lain di luar wacana, khususnya dalam masyarakat, seperti proses dan praktis sosial. Namun begitu, pada penghujung buku ini turut dimuatkan soalan perbincangan dan analisis bagi memberi kefahaman yang lebih kepada para pembaca, malah ada antara soalan berkenaan boleh mencetuskan kajian lanjut. Konsep atau istilah tertentu turut diberikan dalam bahasa inggeris supaya pembaca boleh mengetahui konsep berkenaan dan boleh merujuk lanjut buku dalam bahasa tersebut.




39.       Roff, W. R. (2003). Nasionalisme melayu.


CALL NO: 320.54009595 ROF

Roff bukan sahaja mengisi sesuatu kekosongan, bahkan telah menulis sesuatu  yang wajarnya dapat diistilahkan sebagai sejarah sosialogis yang pertama tentang masyrakat Melayu moden. Buku ini bukanlah sebuah karya sejarah yang berupa pemeriksaan terhadap perubahan sosial yang ditimbulkan oleh keadaan sekeliling yang berubah, iaitu munculnya golongan atasan yang baru dalam lapangan politik yang menjadi inti analisisnya.
Kita diperkenalkan dengan tiga golongan atasan, yang berbeza – beza kerana asal – usul sosial mereka dan yang lebih penting lagi, oleh orientasi pendidikan dan seterusnya kebudayaan dan politik mereka. Yang mula – mula di antara mereka datang daripada borjois Islam yang warak, yang kebanyakan tinggal di Negeri – negeri Selat. Golongan yang kedua ialah intelek Melayu. Mereka memperoleh pendidikan di sekolah – sekolah Melayu dan datang daripada kalangan petani dan bukan daripada latar belakang kota. Golongan yang ketiga ialah orang – orang Melayu rapat dengan istana serta mendapat pendidikan Inggeris. Oleh sebab mereka menikmati kedudukan dan kemudahan tradisional serta pendidikan moden, maka golongan ini, dengan hubungan rapatnya dengan penjajah, menjadi golongan yang dominan dalam perjuangan nasionalisme Melayu.




40.       Tan, Y. S. (2010). Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalam sistem pendidikan Malaysia.


CALL NO: 370.9595 TAN

Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa amat sinonim dalam sistem pendidikan negara ini. Buku ini mengupas isu – isu tersebut dengan meninjau beberapa aspek seperti:

·         Kedudukan pendidikan bahasa ibunda etnik minoriti yang dipinggirkan oleh pendidikan aliran perdana
·         Punca dan implikasi pengasingan etnik dalam sistem pendidikan
·         Keberkesanan langakah – langkah menghapuskan pengasingan etnik yang dijalankan oleh kerajaan
·         Pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah
·         Perubahan dasar bahasa dalam sistem pendidikan dan impaknya terhadap pembinaan negara bangsa
·         Cabaran mengintegrasikan pelajar sekolah rendah

Huraian isu – isu pendidikan dalam buku ini sesuai dibaca oleh pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi, terutamanya sebagau bahan bacaan tambahan dalam kursus Hubungan Etnik. Selain itu, ia juga sesuai dibaca oleh pegawai pendidikan, pentadbir dan guru sekolah yang ingin memahami isu – isu pendidikan yang memperlihatkan kepentingan sosiobudaya dan politik di negara ini.