Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Keahlian Perpustakaan

Kategori Ahli
Keahlian perpustakaan dibahagikan kepada dua kategori:

  1.  Ahli Perpustakaan
    • Terbuka kepada:
      • Semua pelajar IPG Kampus Ipoh yang berdaftar.
      • Semua kakitangan akademik IPG Kampus Ipoh.
      • Semua kakitangan bukan akademik IPG Kampus Ipoh.
  2.  Ahli Luar
    • Ahli luar dibahagikan kepada dua kategori:
      • Ahli merujuk - individu yang dibenarkan membuat rujukan sahaja.
      • Ahli meminjam - Individu yang dibenarkan membuat rujukan dan pinjama bahan (warga IPG Kampus Ipoh).
    • Terbuka kepada:
      • Kakitangan kerajaan, badan berkanun, swasta dan orang awam.
      • Kakitangan akademik dari IPG Kampus lain.
      • Kakitangan akademik dari universiti tempatan.
      • Pesara IPG Kampus Ipoh.
      • Ahli alumni IPG Kampus Ipoh.
      • Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. 
Syarat-syarat keahlian.
  • Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
  • Kad keahlian mesti diperbaharui setiap tahun.
  • Ahli boleh mendapat semua perkhidmatan yang telah ditetapkan mengikut kelayakan masing-masing.
  • Pensyarah dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) lain yang tidak berdaftar mesti mengemukakan surat pengesahan daripada Ketua Pustakawan IPT masing-masing.
  • Pengguna luar yang tidak berdaftar hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja di perpustakaan.

0 comments:

Post a Comment