Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Perpustakaan IPGKI


 PENGENALAN


Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) memainkan peranan penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kursus kurikulum Institut. Perpustakaan menggariskan beberapa panduan menuju ke arah pembangunan perkhidmatan yang bersistematik, terancang dan bercirikan teknologi. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat kursus sama ada kursus jangka pendek ataupun kursus jangka masa panjang kepada pelajar IPGKI.

Sesuai dengan peranannya sebagai pusat maklumat, perpustakaan sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan memberi perkhidmatan maklumat yang tepat dan efektif sejajar dengan kehendak pengguna serta infrastruktur keilmuan yang selesa untuk warga institut.  Pengguna perpustakaan juga bolehlah melayari WebOPAC Perpustakaan IPGKI dan PNM Digital untuk pencarian bahan perpustakaan.



0 comments:

Post a Comment