Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

13 Jan 2021

Hebahan Penghantaran Karya Untuk Diterbitkan Dalam Taman Berkarya Siri 1/2021 Akan Datang


 

Panduan untuk menghantar artikel, cerpen, esei, puisi atau bahan karya kreatif untuk Taman Berkarya Siri 1/2021 :


πŸ“š Semua karya yang dihantar adalah menjadi hak milik Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

πŸ“•Terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh dan semua yang berminat dalam bidang penulisan.

πŸ“—Karya yang dihantar untuk diterbitkan hendaklah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan sama ada di dalam atau di luar negara.

πŸ“˜ Karya yang dihasilkan hendaklah bebas daripada sentimen perkauman, tidak menghasut dan tidak menimbulkan prejudis terhadap mana-mana pihak dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

πŸ“’Penghantaran karya hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.

πŸ“•Penulis hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan maklumat dan fakta yang diberikan dalam artikel adalah tepat dan saintifik. 

0 comments:

Post a Comment