9 Mac 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 minggu ini diserikan oleh pameran dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang bertemakan 'Memori Konvokesyen '.
Sebagai info; sehingga tahun 2019, Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia dijalankan secara berpusat di IPGM dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Peperiksaan dan Penilaian kampus masing-masing. Bermula tahun 2020, Majlis Konvokesyen telah diuruskan hampir sepenuhnya oleh IPGM dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Penilaian setiap kampus. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kini Majlis Konvokesyen IPGM juga telah berubah 'wajah'. Suatu ketika dahulu, Majlis Konvokesyen juga pernah dijalankan di Kampus Ipoh sendiri. Pameran ini membawa para pengunjung untuk merasai suasana Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah dijalankan di beberapa lokasi terkemuka seperti PICC dan MAEPS termasuklah di Dewan IPG Kampus Ipoh yang tersergam indah. Jubah milik IPGKI, gambar-gambar dan cenderahati semasa majlis tersebut menggamit memori yang indah dan diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua bakal guru di IPGKI untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan melalui detik bersejarah masing-masing suatu hari nanti.
Kredit : Pn. Nisya Aqeela bt Mazlan, JHEP
Tahniah JHEP, pameran ini berjaya menerbitkan rasa bangga dengan kejayaan Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah diuruskan oleh IPG Kampus Ipoh.
Jom ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#pameranbertema
0 comments:
Post a Comment