PENYERTAAN STAF PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH DALAM PROGRAM JALAN-JALAN VIRTUAL KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SECARA DALAM TALIAN, ANJURAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA.
12 Julai 2023 : Program ini diadakan secara dalam talian, memanfaatkan teknologi Video-conference untuk menghubungkan peserta dari IPG Kampus Ipoh, Perpustakaan UniMAP dan pengguna maya di Malaysia dengan Perpustakaan Universitas Airlangga di Indonesia.
Dalam program ini, staf perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat mengikuti jelajah virtual yang dikendalikan oleh Perpustakaan Universitas Airlangga. Pelbagai ruang dan fasiliti perpustakaan, termasuk perpustakaan digital, koleksi khas, dan ruang kolaborasi ditunjukkan dan peserta diberikan penerangan mengenai sistem pengurusan perpustakaan, teknologi terkini yang digunakan, serta perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna.
Program Jalan-Jalan Virtual ke Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini memberikan manfaat yang besar kepada staf perpustakaan IPG Kampus Ipoh dalam membantu memperluas pengetahuan perspektif dan pemahaman tentang pengurusan perpustakaan, mendorong pelbagai idea dan inisiatif baru serta dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan dan memenuhi keperluan pengguna di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Penghargaan kepada 2 orang pelajar latihan industri UITM cawangan Merbok, Sg. Petani kedah iaitu Nur Diyanah Binti Mohd Zan dan Siti Fatimah Zahra Binti Azero bersama Universitas Airlangga (UNAIR) Indonesia telah berjaya menganjurkan program ini dan memberi peluang kepada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menyertai.
Untuk pengetahuan mereka berdua adalah pelajar latihan industri Perpustakaan IPG Kampus Ipoh selama 1 bulan 7 hari sebelum menyambung Latihan Industri meraka di UNAIR.
'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'
#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki
#libraryipgki2023
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#story2023
0 comments:
Post a Comment