Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Apr 2015

Kibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati turut serta mengibarkan bendera negeri Perak di sekitar kawasan koridor perpustakaan bagi menyambut seruan kerajaan negeri Perak sempena dengan Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sebagai Sultan Perak XXXV pada 6 Mei 2015 nanti. Arahan kibarkan bendera negeri Perak ini bermula pada 25 April 2015 sehingga...

27 Apr 2015

Sambutan Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes)

Pada 23 April yang lalu, satu Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes) telah dijalankan di Perpustakaan IPGKI serta dikawasan sekitar IPGKI dimana ianya dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh warga IPGKI untuk menjayakan program ini sungguh memuaskan. Pelbagai aksi dan gaya membaca dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung di IPG Kampus Ipoh ini. Terima...

Perkhidmatan Akhbar Atas Talian (Online Newspaper)

Bermula 1 April yang lalu, pihak perpustakaan telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan dan memperkenalkan Sudut Bacaan Akhbar Atas Talian yang terletak di dalam Bilik IT sebagai langkah untuk menggalakkan budaya membaca dengan menggunakan pelbagai sumber seperti membaca akhbar atas talian (Online Newspaper). Dua buah komputer telah disediakan khas untuk Akhbar Atas Talian Bahasa Melayu (BHOnline, Harian Metro, Utusan Online, Kosmo! Online)...

Naiktaraf Perisian Terbaru dan Monitor Baru di Bilik IT.

23 Mac 2015 yang lalu, pihak perpustakaan telah menukarkan kesemua skrin monitor dan operasi sistem yang lama di dalam bilik IT kepada yang baru. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai perisian terbaru yang digunakan untuk perkhidmatan bilik IT di Perpustakaan IPG Ipoh: Monitor: ASUS VS197 Skrin Resolusi: 1366x786 Sistem Operasi: Window 8.1 Pro  (copyright 2013 Microsoft Corporation) Processor: Intel(R) Pentium(R) CPU G2030 @ 3.00GHz RAM:...

24 Apr 2015

Tahukah Anda??? Perpustakaan Pertama di Dunia Yang Mempunyai Pawagam 6D.

Tahukah Anda??? Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor merupakan perpustakaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem pawagam 6D. Perkara ini telah pun dicatatkan di dalam  "The Malaysia Book of Records", Edisi Kesembilan 2014. Sebuah bilik khas dibina khusus untuk pawagam 6D dimana anda boleh merasai pelbagai deria 6D ketika menggunakan bilik ini. Anda juga akan dapat menikmati suasana pengalaman pembelajaran...

22 Apr 2015

Promo!!! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Promo!!! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kini kembali menemui anda bertempat di PWTC bermula pada 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Jualan pesta buku akan bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 7.00malam (setiap hari Isnin dan Khamis sahaja) manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jualan akan bermula pada 10.00pagi sehingga 9.00malam. Pembelian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diterima di sini. Anda semua dijemput datang beramai-ramai...

21 Apr 2015

Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes)

Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes) akan diadakan serentak di seluruh Malaysia. Program ini merupakan inisiatif yang diadakan setiap tahun bagi memupuk masyarakat Malaysia dalam minat membaca.  Untuk program kali ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan kesemua Perpustakaan Awam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan program ini secara serentak pada...

Program Karnival Galakan Membaca (27 - 28 Mac 2015)

Kira - kira hampir sebulan yang lalu, pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menganjurkan program "Karnival Galakan Membaca" selama dua hari iaitu pada 27 Mac 2015 (Jumaat) sehingga 28 Mac 2015 (Sabtu) dengan kerjasama dari Unit ICT IPG Kampus Ipoh bertempat di Dewan Seri Budiman. 5 buah syarikat pembekal buku yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut adalah: PGN Media Services Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka Pustaka M.Didik Cahaya...