Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Diari Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Diari Perpustakaan. Show all posts

28 Feb 2025

Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

 


27 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati dengan kunjungan Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Maiyumi binti Ahmat (Penolong Pengarah Kanan) dan disertai oleh Pn. Fazlina binti Fauzi dan Pn. Ummie Salwanee binti Pak Chu Adik.

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Haji Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh kerana dapat meluangkan masa bersama-sama pihak PNM untuk membincangkan isu-isu dan khidmat nasihat dalam menambah baik kualiti perkhidmatan pusat sumber masa akan datang.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgkampusipoh

#perpustakaannegaramalaysia

#khidmatnasihat




5 Jan 2023

Hebahan : Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera


Kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dengan Jabatan Pengajian Melayu & Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh .

#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki

28 Aug 2020

Naib Johan Anugerah Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan Dalam Talian Peringkat IPG Kampus Ipoh 2020 : Tahniah Unit Perpustakaan



 28 Ogos 2020 : Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya merangkul Naib Johan Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Secara Dalam Talian Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kategori Pengurusan anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh.

3 Mar 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Puan Zalilah bt Mohd Sulaiman



3 Mac 2020 - Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zalilah bt Mohd Sulaiman (mantan Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Cik Nur Azah bt Ahmad (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) atas sumbangan buku kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang berjudul 'Warkah Untukmu Bonda'. Sumbangan ini diterima  oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) bagi mewakili Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber).

Dalam penerbitan buku ini turut memuatkan karya  Dr. Yahya Osman yang bertajuk 'Pisang Nangka Goreng Masakan Terakhir Bonda'. Manakala karya Cik Nur Azah bt Ahmad bertajuk 'Aku Rindu Pelukan Bonda' dan karya Pn. Norhani Bebe bertajuk 'Sanggup Bergadai Untuk Bantu Orang Lain' . Tahniah atas penerbitan karya  yang menjadi motivasi dan pendidikan keibubapaan untuk generasi sekarang.
Moh dapatkan perkhidmatan peminjaman buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 😍😍😍

28 Feb 2020

Majlis Santunan Budi : Selamat Bersara En. David a/l Rayappan


28.2.2020 - Majlis Santunan Budi sempena hari persaraan En. David a/l Rayappan telah di adakan di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran isteri beliau Pn. Lourd Mary a/p Soosa. Turut hadir En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Dalam majlis ini juga diselitkan sambutan hari lahir En.David a/l Rayappan yang ke 58 tahun . Happy Birthday Mr.David
Dave Ray
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan En. David a/l Rayappan selama 13 tahun bertugas di sini. Moga En.David a/l Rayappan dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Tidak lupa jua ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.
Happy Retirement Mr.David ..

19 Feb 2020

Sumbangan Majalah 2020 : Terima kasih En. Kunaseelan a/l Subramaniam


19 Februari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kunaseelan a/l Subramaniam (pensyarah Unit Pengajian Tamil) kerana sudi menyumbangkan majalah dalam bahasa Tamil. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh guru pelatih untuk membaca majalah tersebut.

8 Feb 2020

Sumbangan Lukisan 2020 : Terima kasih Cik Cheong Pei Jie


8 Februari 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) mewakili Unit Perpustakaan menerima sumbangan sebuah lukisan daripada Cheong Pei Jie (guru pelatih opsyen Peng. Cina) Unit S4. Cheong Pei Jie mengambil subjek elektif Pendidikan Seni di bawah bimbingan En. Khir Muzammil. Semoga Cheong Pei Jie menjadi guru yang komited, dedikasi, kreatif dan berinovasi semasa bertugas kelak.

Tahniah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin


8 Februari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) kerana artikel dan gambar beliau dimuatkan dalam facebook Komuniti Buku Karya Johor. Artikel beliau bertajuk " Kezaliman Tentera Jepun dan Lahirnya Semangat Nasionalisme Berdasarkan Novel Lidah Api Karya Atan Long". Semoga beliau terus menulis demi menyumbang dan menyemarakkan bidang kesusasteraan Melayu.

4 Feb 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu - Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8


4 Februari 2020. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustskawan) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu. Perbincangan meliputi kos, ahli panel, audiens dan sijil. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan memberi impak positif kepada audiens dan pihak penganjur.

15 Jan 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh







15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin 
(Pustakawan) serta Pn. Nor Hasni bt Yeop Ghazali (Pensyarah P. Inggeris) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh untuk mengadakan konsultasi perkhidmatan dan kolaborasi aktiviti tahun 2020. Wakil perpustakaan tersebut iaitu Pn. Hasrifah dan Pn. Nurul menyambut mesra kehadiran mereka. Semoga konsultasi ini dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Aiman (guru pelatih Unit R1)




15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Aiman (guru pelatih Unit R1) kerana sudi menyumbang bahan bacaan iaitu Perkembangan Kanak-kanak, Pengantar Penyelidikan Tindakan, Pendidikan Insklusif, Murid dan Pembelajaran serta Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku.
Terima kasih, Aiman 

14 Jan 2020

Menyerahkan Sumbangan Kepada Waris Arwah En. S. Ahmad Suhaimi


14 Januari 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abd. Jal (Pembantu Pustakawan) telah mengunjungi balu arwah En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said (mantan pensyarah IPGK Ipoh) untuk bertanya khabar dan menyerahkan wang sumbangan daripada warga IPGK Ipoh. Didoakan semoga beliau sentiasa ceria dan tabah menghadapi cabaran kehidupan.

13 Jan 2020

Memperkasa Capaian Internet di IPGKI




13.1.2020- Juruteknik komputer telah melaksanakn konfigurasi suis yang baru diterima daripada Syarikat HP bagi memastikan terdapat kemudahan capaian internet di kawasan Perpustakaan, Unit Latihan dan Teknikal. Tetapan dan konfigurasi juga telah dilaksanakan bagi suis di Makmal Bahasa.

Terima kasih Unit ICT Pn. Siti Zubaidah, En. Mohd Uzir dan En. Baie 

8 Jan 2020

Penghargaan Kepada Team Perpustakaan IPG Kampus Ipoh



Congratulations
8 Januari 2020. Sempena menghargai jasa, pengorbanan (masa dan tenaga) dan komitmen staf Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh maka Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) mengambil inisiatif memberi anugerah kepada mereka. Di antaranya ialah Pn. Nasimah bt Abd. Jal (Anugerah Staf Komited dan Dedikasi), En. David a/ l Rayappan (Anugerah Staf Efisien), Pn. Asrofah bt Anuas (Anugerah Staf Kehadiran Terbaik), Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Anugerah Staf Kreatif dan Inovatif) dan En. Mustafa bin Isram (Anugerah Staf Penyayang). Teruskan kecemerlangan dan dedikasi anda semua demi menaikkan nama Unit Perpustakaan dan IPG Kampus Ipoh.

3 Jan 2020

Semoga Maju Jaya di Tempat Baru : Pn. Hayati bt Mat Desa dan Dr. Nor'Azah bt Abdul Aziz



3 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan tahniah kepada Pn. Hayati Bt Mat Desa dan Dr. Nor'Azah bt Abd. Aziz kerana bertukar ke SMK Raja Perempuan Ipoh dan SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Semoga dapat menjalankan tugas dengan komited dan dedikasi. Terima kasih membantu melancarkan pengurusan perpustakaan.

14 Dec 2019

Bengkel Asas Penulisan Kreatif


14 Disember 2019 - Tiga orang pensyarah IPG Kampus Ipoh telah terlibat menjayakan Bengkel Asas Penulisan Kreatif di Pusat Latihan Pertanian Lekir, Sitiawan. Mereka ialah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Pn. Norehan bt Muhamad dan Pn. Hayati bt Mat Desa. Turut membantu melancarkan bengkel ini ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (pustakawan) dan Nurain bt Abu Abas (guru pelatih Unit T7). Bengkel ini berlangsung dari 14-15 Disember 2019. Perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Yahaya bin Mat Nor (ADUN Pasir Panjang). Bengkel ini disertai oleh warga penduduk sekitar Lekir. Mereka didedahkan tentang sajak, cerpen dan novel. Semoga bengkel ini dapat melahirkan para penulis yang hebat dan kreatif.

11 Nov 2019

Kunjungan En. Dariah (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Tuanku Bainun)


11 November 2019. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan En. Dariah (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Tuanku Bainun). Pelbagai perkara dibincangkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan. Semoga kolaborasi ini dapat dimantapkan lagi agar idea-idea baharu dapat diketengahkan.



7 Nov 2019

Sumbangan Buku 2019 : Cik Wan Nadiah bt Sazali



7.11.2019, Cik Wan Nadiah bt Sazali telah menyumbangkan sebuah buku karya beliau bersama rakan iaitu Siti Aminah Abdul Aziz. Buku tersebut bertajuk 'Komik Tatabahasa Mudah: Tahun 4.5.6 KSSR'. Sumbangan ini diterima oleh Puan Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Buku ini sangat sesuai kepada anak-anak tahap 2. Penyampaian yang santai dan mudah difahami, buku ini juga berwarna dan berilustrasi dapat menarik minat membaca di kalangan anak-anak. Tuan/Puan bolehlah berkunjung ke Perpustakaan untuk melihat sendiri buku tersebut.

Terima Kasih Cik Wan Nadiah 🌹🌹🌹

24 Oct 2019

Sumbangan Buku 2019 : Puan Ratna Laila bt Shahidin



24 Oktober 2019. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Ratna Laila bt Shahidin (pensyarah Jabatan Pengajian Melayu) kerana sudi menyumbangkan buku-buku karya beliau. Buku-buku itu bertajuk Pelabuhan Matahari, Benarlah Katamu, Lautan Bukan Pemisah dan Suara Dari Laman Bougainvillea. Semoga para pengunjung dapat menikmati nilai sastera dan membaca buku-buku tersebut.

Sumbangan Buku 2019

Terima kasih Puan Ratna 🌷🌷🌷

23 Oct 2019

Kursus Adobe Photoshop dan Wordpress Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP IPG Kampus Ipoh


Pada 22-23 Oktober 2019, Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Kursus Adobe Photoshop dan Wordpress Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP IPG Kampus Ipoh. Kursus tersebut diadakan di Makmal 1, Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKI. Pn. Nasimah bt Abdul Jal selaku webmaster Unit Perpustakaan IPGKI telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Diharapkan kursus ini dapat menambahbaik dan mengemaskini portal Unit Perpustakaan IPGKI bagi memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan Perpustakaan.