Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Buku Jalanan IPGKI. Show all posts
Showing posts with label Buku Jalanan IPGKI. Show all posts

23 Jul 2019

Sumbangan Buku 2019 : Dr. Haji Zabidin Ismail


Pada 22 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPGKI telah dikunjungi oleh Dr. Hj.Zabidin Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak. Beliau di sambut mesra oleh Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaanipgki). Dalam kunjungan ini, beliau menyumbangkan 3 buah buku terbitan Persatuan Karyawan Perak yang berjudul Dikotomi Pemikiran (Pengarang : Zabidin Haji Ismail) , Puigrafi : Kumpulan Puisi Biografi (Pengarang : Zabidin Haji Ismail) dan Salju Sarajevo : Sajak-sajak Kembara Dunia (Pengarang : M Zaki Arif).

Terima kasih Dr. Haji Zabidin atas sumbangan buku-buku ini.🌷🌷🌷

16 Jul 2019

Mesyuarat Buletin ICETD 2019


16 Julai 2019 - jam 3.00 petang Unit Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Buletin ICETD 2019 bersama-sama Sidang Redaksi Buletin yang telah dilantik. Pihak Perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama padu yang diberikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Tn. Hj. Mohd Taufik , Pn Hjh Nor Aziah, Pn. Nor `Azah Aziz dan Pn. Sabariah Khairuddin bersama pelatih yang terlibat Cik Nurul Atiqah, Cik Arina, Nur Fatin Izyani. Semoga perjalanan menjayakan Buletin ICETD peringkat antarabangsa ini berjalan dengan lancar

10 Aug 2018

Bengkel Literasi Maklumat : Unit U4, U5, U6 dan U7


Pada 10 Ogos 2018, seramai 60 orang guru pelatih dari Unit U4, U5, U6 dan U7 telah hadir ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menyertai "Bengkel Literasi Maklumat" yang disampaikan oleh Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin). Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal dan Pn. Nazariah Bt Mizar. Bengkel ini memberi tunjuk ajar dalam melayari jurnal online secara percuma.  Guru pelatih berasa seronok dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel ini. Pelbagai maklumat dan info terkini diperoleh hasil daripada bengkel tersebut. Harapan Unit Pusat Sumber, semoga bengkel tersebut dapat memberi impak positif kepada para guru pelatih untuk membantu mereka menyiapkan tugasan dan tesis.

30 Jun 2014

Buku Jalanan IPGKI

Buku Jalanan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka Tuhan mengatur strategi buat manusia sekalian supaya dipimpin dengan pegangan Iqra, Bacalah, seperti yang tertulis di dalam kalamnya Surah Al-Alaq. Secara jelas, Tuhan tidaklah menetapkan satu-satu hal tanpa mengimbal balik secara total perihalnya (membaca) dalam kehidupan manusia sejagat.

Ali Syariati dalam Pandangan Dunia dan Ideologinya berpendapat bahawa ideologilah yang mampu mengubah masyarakat. Justeru, ideologi yang dibawa sebuah acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan secara percuma dan aktiviti-aktiviti seni serta dicetuskan atas rasa membuak untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dipilih untuk dibawa secara lebih dekat dengan masyarakat mahasiswa IPG Ipoh.

Pada tahun 2013, secara rasminya Buku Jalanan Institut Pendidikan Guru Ipoh; BJIPGKI (atau terdahulunya dengan nama #BukuLepakSantai) mula mengambil tempat di kawasan astaka pulako dengan berkadar dua minggu sekali. Ketika itu, penulis dan rakan-rakan berpendapat bahawa acara sebegini seharusnya diperluaskan ke setiap institusi untuk menyemai nilai intelektual dalam setiap bakal guru kerana membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai sesuatu adalah penting bagi keberlangsungan sebagai guru efektif di sekolah. Kalau tidak silap penulis, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh juga merupakan penggerak pertama Buku Jalanan didalam maktab dan diikuti pula dengan penubuhan acara tersebut di Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa.

Jujurnya, terdapat beberapa pandangan negatif ketika Buku Jalanan IPGKI mula beroperasi. Antara pandangan yang diberikan, “Mengapa perlu membaca diwaktu petang?”, “Waktu petang adalah untuk beriadah” dan sebagainya. Pada pendapat penulis, hal sedemikian merupakan sesuatu yang biasa kerana ketidakbiasaan para penuntut lain melibatkan diri dalam acara sebegitu secara langsung atau tidak. Begitu juga yang hendak penulis pesankan buat rakan-rakan diluar yang berada dalam apa jua organisasi untuk tidak patah semangat meskipun respon yang diterima tidak begitu memberangsangkan. Jangan khuatir, kita punya banyak masa dan ruang untuk memperbaik acara-acara yang telah dirancang demi kebaikan bersama. Selain hal yang dinyatakan, di kawasan Ipoh sendiri kita mempunyai komrad khas yang menggerakkan Buku Jalanan Ipoh di Padang Polo; rata-ratanya juga dikendalikan oleh pelajar maktab sendiri juga. Maka, tidak ada salahnya jika kita turut mewujudkan acara yang sama diperingkat masyarakat penuntut IPGKI.

Pada awalnya, buku-buku yang digunakan semasa acara Buku Jalanan dijalankan diperoleh daripada penulis bersama rakan-rakan dan pustakawan maktab, Puan Norhafiza. Berbekalkan segulung tikar, ‘placard’ yang tercatat sedikit pengenalan dan sebuah ‘luggage’ berisikan buku; Buku Jalanan IPGKI mula beroperasi. Namun begitu, langit tidak selalu cerah kerana di penghujung tahun 2013, ‘luggage’ yang penuh berisi buku tadi hilang diatas sebab-sebab yang penulis sendiri tidak ketahui. Wallahualam.








Meskipun Buku Jalanan IPGKI kelihatan menyepi pada awal tahun 2014 disebabkan – ketiadaan buku, kaki & tangan untuk pengelolaannya; penulis percaya pelbagai usaha akan dilakukan oleh krew semester ini.


Semoga bertemu lagi di lain penulisan !